31 December 2010

0 Banner Percuma 2011 #3

Assalamualaikum...

Harap sihat-sihat sahaja. Okay. Hari ini, saya berjaya menyiapkan banner Tahun 2011. Banner Tahun 2011 yang akan dipaparkan di bawah ini merupakan koleksi banner Tahun 2011 yang terakhir. Ada empat banner sahaja. Harap kamu sukakannya ^___^.

Banner Tahun 2011 : Edisi Ketiga

Photobucket
<a href="http://s1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/?action=view&amp;current=Animated11-2.gif" target="_blank"><img src="http://i1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/Animated11-2.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

p/s : Copy code di atas untuk mengambil banner ini

Banner Tahun 2011 : Edisi Keempat

Photobucket

<a href="http://s1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/?action=view&amp;current=Animated11-1.gif" target="_blank"><img src="http://i1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/Animated11-1.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

p/s : Copy code di atas untuk mengambil banner ini

Banner Tahun 2011 : Edisi Kelima (Lap... Lap...)


Photobucket

<a href="http://s1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/?action=view&amp;current=Animated011-1.gif" target="_blank"><img src="http://i1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/Animated011-1.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

p/s : Copy code di atas untuk mengambil banner ini

Banner Tahun 2011 : Edisi Kelima (Atas)

Photobucket

<a href="http://s1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/?action=view&amp;current=Animated011.gif" target="_blank"><img src="http://i1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/Animated011.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

p/s : Copy code di atas untuk mengambil banner ini.

Banner Tahun 2011 ini adalah percuma. Syarat-syarat untuk mengambil banner Tahun 2011 ini :-

  1. Maklumkan di chatbox setelah mengambil banner Tahun 2011 ini.
  2. Pamerkan banner Tahun 2011 ini pada blog kamu.
Itu sahaja syaratnya :D Selamat Tahun Baru 2011 ^____^

0 Sekolah Dan Sekolah...



Ini hanya sekolah di alam maya - Ain Maisarah Novelis

Assalamualaikum semua...

Menaip di waktu hujan renyai-renyai. Bestkan? Memang best! Sejuk sahaja ^____^

Hari ini hari apa ya? Besok hari apa? T_____T

Persoalan yang amat menyedihkan. Sila ikut buat muka sedih. Besok menandakan berakhirnya zaman pemerintahan Tahun 2010. Ini juga menandakan bangkit pula pemerintahan Tahun 2011. Plus dan ditambah pula dengan bermulanya persekolahan bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Terasa sekejap sahaja cuti kali ini. Hmmm.... Dan hmmm...

Start buka sekolah sahaja, blog ini mungkin akan dibiarkan bersawang. Tidak bergerak. Entri pun kekal pada kedudukan yang sama. Babai blog....

Okay. Stop dahulu berkenaan dengan entri yang bernada sedih ini. Abaikan yang lepas. Chewah!!!

Hari ini, saya mahu pamerkan beberapa tips sebelum pergi ke sekolah. Ada banyak sangat tips. Izinkan saya menyenaraikannya dengan penuh bangga. Hahahahahaha ^____^


  1. Kemas beg. Pastikan tidak ada haiwan perosak di dalam beg anda. Contohnya, lembu habuk, debu dan berus gigi.
  2. Tidur awal. Seelok-eloknya tidur sebelum pukul 10 malam.
  3. Bangun awal.
  4. .....
  5. ....
  6. ....
  7. ...
  8. ....
  9. Akhirnya....
Panjangkan tipsnya? Ada kena mengena ke tips di atas dengan promosi pergi ke sekolah? Nantilah kita fikirkan. Jom sambung lagi.

Bermula dengan pembukaan sekolah pada Tahun 2011 ini, saya akan mendaftarkan diri di Tingkatan Empat. Sebut satu-satu. E.M.P.A.T. Wah! Sungguh cepat masa berlalu. Dua tahun lagi, masuk Tingkatan 5.


Bagi menghilangkan stress di hati,  mari menyanyi bersama :D Satu, Dua dan Tiga...

Selamat Datang Tahun 2011,

Selamat Datang Tingkatan Empat,

Selamat Kembali Buku Teks,

Selamat Kembali Kerja Rumah,

Selamat Tinggal Blog,

Facebook...

Selamat Tinggal Rumah (hanya buat pelajar asrama)....            3x

*Dapatkan album ini di pasaran. While stock last... Hahahahaha ^____^

Oleh kerana tahun hadapan, bermulanya persekolahan seperti biasa. Jangan memalaskan diri untuk pergi ke sekolah. Pergi tetap pergi. Bak kata pepatah : Kalau tak penuh ilmu di dada, tidak akan sampai ke puncak Everest. (Petikan skrip Hantu Kak Limah Balik Rumah) - Tuan Azree Hanifiah yang kata ^___^.

Okay. Sekiranya ada masa terluang, saya akan menaip entri yang lain.

Selamat Tahun Baru Dan Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Malaysia! You Rawk!!!

30 December 2010

0 Banner Percuma 2011 #2

Assalamualaikum semua...

Ini ada satu lagi banner Tahun 2011. Banner bagi koleksi yang kedua. Banner ini lebih kecil sedikit dari banner yang pertama. Jom tengok bannernya. Syarat-syaratnya sama sahaja :D

Photobucket

Comel tak banner ni?

<a href="http://s1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/?action=view&amp;current=animated174x174.gif" target="_blank"><img src="http://i1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/animated174x174.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

*Sila copy code di atas untuk mengambil banner Tahun 2011 ini bagi edisi yang ke dua.*

Untuk melihat koleksi banner Tahun 2011 yang lain, boleh klik sini.

Syarat-syarat untuk mengambil banner Tahun 2011 ini.
  1. Maklumkan di chatbox setelah mengambil banner Tahun 2011 ini.
  2. Pamerkan banner Tahun 2011 ini pada blog kamu.
Nantikan kemunculan banner Tahun 2011 yang lain. InsyaAllah :D

29 December 2010

0 Banner 2011 Percuma...

Assalamualaikum semua....

Diharap kalian sihat sejahtera. Terima kasih kerana masih lagi sudi melayari blog saya ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Datang Tahun 2011. Bersempena dengan kedatangan Tahun 2011 ini, saya berbesar hati ingin memberikan secara percuma banner Tahun 2011.

Photobucket
Inilah banner Tahun 2011...

<em><a href="http://s1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/?action=view&amp;current=AnimatedTahun2011.gif" target="_blank"><img src="http://i1130.photobucket.com/albums/m535/aimanafnan5/AnimatedTahun2011.gif" border="0" alt="Photobucket"></a></em>



Sebelum itu, saya ingin mengepilkan sekali syarat-syarat untuk mengambil banner Tahun 2011 ini. Jom jenguk syarat-syaratnya.


  1. Sila maklumkan pada chatbox selepas mengambil banner Tahun 2011 ini.
  2. Pamerkan banner Tahun 2011 ini di blog kamu.
Itu sahaja syaratnya. Kamu boleh copy code yang diberi untuk mengambil banner ini.

Sekian sahaja :D

p/s : Mungkin ada banyak banner lagi yang akan menanti ^____^. Tunggu!!!

26 December 2010

0 Result Sudah Keluar ^_______^ #2

Assalamualaikum semua.

Harap semuanya masih lagi tersenyum. Senyum ^_______^. Ikut senyuman seperti ikon yang disebelah ini. Sihat ke? Kalau tidak sihat, makanlah ubat mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Jangan lebih pula. Nanti lain pula jadinya. Apa-apa pun, saya doakan agar kalian yang membaca entri ini sihat selalu. Jagalah kesihatan anda :D

Ini merupakan sambungan bagi entri yang ditaip baru-baru ini. Entri ini juga mungkin akan menjadi pemanjang bagi entri yang ditaip baru-baru ini. Mungkin :D Maklumlah entri yang ditaip baru-baru ini memang agak ringkas dan pendek.

Okay. Saya akan memulakan ceritera daripada awal episod lagi. *Sedang memikir ayat*

Dua hari sebelum keputusan PMR diumumkan....

Dua hari sebelum keputusan PMR diumumkan, saya telah melancong ke kampung saya yang terletak di Machang. *Pelik sahaja bunyinya* Saya tinggal di sana selama dua hari. Pada hari pertama saya tiba di sana, kampung saya ini sudah ditenggelami banjir. Banjir paras buku lali. Hahahaha ^__________^.  Jadi, kami sekeluarga terpaksalah meredah banjir separas buku lali itu dengan jayanya untuk sampai ke garisan penamat. Jika bertuah, mungkin pacat akan melekat dan berehat di kaki kami. Buat pengetahuan kalian, banjir ini cuma berlaku dalam masa satu hari sahaja. Banjir kerana hujan yang tidak berhenti-henti.

Keesokan harinya, saya mula diserang demam. Kesian kan? T__________T. Hidung pula bertukar warna menjadi warna merah. Hidung membuat teknik TRANSFORMERS. Serupa sangat seperti hidung badut. Demam ini juga cuma berlaku dalam masa satu hari. Kiranya, demam ini merupakan petanda tarikh nak ambil result sudah dekat.

Keputusan PMR diumumkan....

Saya mari ke sekolah seawal pukul 10:45 pagi. Setiba sahaja di sekolah, keputusan PMR masih lagi belum diumumkan. Lebih kurang dalam pukul 11 lebih, barulah result PMR diumumkan. Alhamdulillah.... Akhirnya, saya berjaya juga mendapat 8A.

Itulah rentetan peristiwa yang berlaku sebelum keputusan PMR diumumkan.

* * * * * *

Hari ini merupakan hari yang paling happy. Sebab apa? Nak tahu? Sila angkat tangan di sini _____.

___
__
_
_
______

Saya mendapat sebuah hadiah. Hadiah yang sudah lama diidam-idamkan. Cantik dan best sangat hadiahnya! Jom tengok....





Inilah hadiahnya. Cantik kan?

Inilah hadiahnya. Cantik kan? Saya mendapat hadiah sebuah netbook. Colour purple :D

Netbook ini menggunakan Windows 7. Jadi terpaksalah saya berusaha untuk mempelajari Windows 7. Maklumlah selama ini, saya hanya menggunakan Windows XP. Bukan setakat Windows 7, saya juga terpaksa mempelajari untuk menggunakan Android. Memanglah agak susah.



Di atas inilah logo-logo Windows 7 dan Android.

Windows 7 merupakan windows yang terbaru keluaran Microsoft selepas Windows Vista dan Windows XP.  Mari tengok di bawah ini.



Inilah Android!!!


Ini pula Windows 7!!!

Inilah screenshot bagi Windows 7 dan Android.



Okay. Itu sambungan bagi entri yang pertama. Sekali lagi, tahniah bagi semua form 3 yang berjaya dalam PMR. Saya sudahi entri kali ini dengan ucapan Assalamualaikum.....

^______________^


23 December 2010

3 Result Sudah Keluar ^_^

Assalamualaikum semua...

Hari ini result PMR sudah keluar. ^_^

Kenapa ada icon ^_^ ni? Itu tandanya tuan empunya blog sedang tersenyum lebar sambil menaip. Nak tahu sebabnya? Angkat tangan !

Tuan empunya blog sedang tersenyum sekarang ini sebab berjaya mendapat 8A. Alhamdulillah.

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian yang sudah mendoakan semoga saya berjaya. Terima kasih ^_^.

Entry ini agak pendek dan ringkas. Nantikan sambungannya....

19 December 2010

2 ..... (Hanya tanda titik!)

Assalamualaikum Semua.... (Tolong buat muka sedih >< )

Di waktu petang yang teramat indah ini. Kipas berpusing-pusing melambai-lambai kepak gagahnya. Jari-jemari masih lagi menari-nari di papan keyboard yang bersih dan comel dengan ditemani oleh cursor yang asyik terklik-klik di laman Facebook.

Kenapa tajuk di atas itu ..... (Hanya tanda titik!)  ?  ?  ?

Hahahaha.... Sengaja menaip begitu. Adakah salah wahai sahabat yang sedang membaca entry ini? *Jangan marah. Gurau-gurau di waktu petang :D*

*Senyum please :D*

Hmmm..... Dan hmmm....

Hari ini sudah bermulanya tarikh 19 Disember 2010.  Bila-bila masa sahaja tarikh hari ini akan merapati teman baiknya Encik 23 Disember 2010. Mungkinkah patut kita memanggil teman baiknya dengan panggilan manjanya 'Tarikh Berdebar'. Mungkin juga dengan panggilan yang terlebih manja iaitu 'Tarikh Penentuan'. Harap-harap teman baiknya itu merupakan hari yang terbaik buat kita iaitu berjaya menggapai 8A Dalam PMR 2010. Amin......

*  *  *  *  *

Berdebar-debar rasanya. Sekejap sahaja masa berlalu. (^_^) *Cuba kekal tersenyum*

Berhenti sebentar berkenaan dengan teman baik itu. Berbalik kepada topik khas iaitu tanda titik. Ada apa dengan tanda titik? Saya pun tidak tahu! Sengaja menaip begitu. Hahahahaha :D

Macam mana dengan lagu di blog ini. Best? Lagu ini tajuknya Asma Allah nyanyian Sami Yusuf. Kalian enjoylah dengan lagu di blog ini.

Sampai sini. Sengaja mahu memenuhkan entri. Doakan kejayaan saya :D

Ikhlas dari Aiman.

*Jom lambai tangan anda di sini. *

17 December 2010

0 Bila Result Keluar?

Assalamualaikum semua....

Ini adalah entri yang sengaja ditaip pantas. Hahahaha *perasan*

Sebenarnya tajuk yang diatas ini sudah lama berlegar-legar di fikiran saya. Ada yang beritahu result PMR akan keluar pada 28 Disember 2010. Ada yang beritahu result PMR keluar pada 22 Disember 2010. Pening..... >_<

Hari ini bersamaan dengan tarikh 17 Disember 2010, saya dengan bersemangatnya telah melayari portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Double check di bahagian terkini >>> media....

Barulah saya jumpa tarikh yang sebenar. Buat pengetahuan kalian, result PMR bagi tahun 2010 akan keluar pada tarikh keemasan dan kecemasan iaitu pada 23 Disember 2010 bersamaan dengan hari Khamis.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik sini.

Saya doakan agar kita dan saya sama-sama berjaya menggapai 8A. Amin....

Ok. Itu sahaja :D

8A DALAM TANGAN!!!

0 Sami Yusuf The Best!!!

Assalamualaikum semua...

Hari ini ada satu dokumentari entry khas. Jemput membacanya ok :D Jari-jemariku sudah mula menari-nari di atas papan kekunci. Tarian yang menarik (^_^).

Ini merupakan entry yang sudah lama dijanji-janjikan. Entry ini juga sudah lama berada di dalam peti besi. Tunggu masa untuk diterbitkan.


Inilah perancangannya. Perancangannya bertarikh 2 Disember 2010, Khamis.

Okay. Hari ini sudah tiba masa untuk memecahkan peti besi.







Inilah koleksi foto yang berjaya dicopy. Hahahaha :D

p/s : Foto ini sebenarnya dicopy dari sini

Hmm.... Dan hmm....

Ini juga disertakan sekali dengan serba ringkas biodatanya. Sekadar memperkenalkan diri :D

Sami Yusuf is a British composer, singer and an accomplished musician. He was born in July 1980 into a musical family of Azeri origin, thus music played an integral part in his life.
Sami learnt to play several instruments at a very young age and gradually began to show a keen interest in singing and composing. He studied music at several institutions and with renowned composers and musicians including composers from the Royal Academy of Music in London, one of the world most prestigious music institutions.
Sami has been composing from a very young age and his beautiful voice is supplemented by his extensive knowledge of music theory and harmony. He has also a good understanding of the Middle Eastern modes (or Maqams).
Sami is a devout Muslim who sees songs as a means of promoting the message of love, mercy, peace and tolerance and encouraging the youth to be proud of their religion and identity.

p/s : Sumber ini juga telah dicopy dari sini.

Biodatanya di dalam bahasa inggeris. Maklumlah, sumber ini pun dicopy. Harap kalian faham-fahamlah ya.

Bagi menceriakan hari yang sudah terlebih ceria ini, jom dengar cebisan lagunya. Best sangat!!!

1) Al-Muallim



Composition, lyrics and arrangementSami Yusuf
DirectorHani Osama



2) Hasbi Rabbi



ArrangementSami Yusuf
MelodyAfghani folklore
LyricsBara Kherigi, Ustadh Firooz & Ustadh Mehboob
DirectorHani Osama
ProducerMoetaz Thabet


3) Mother (Arabic)



VersionArabic
Composition and arrangementSami Yusuf
LyricsSami Yusuf, Bara Kherigi
& Shakyh Zakariya al-Siddiqi
DirectorHani Osama


4) Asma Allah



Composition and arrangementSami Yusuf
LyricsBara Kherigi
DirectorHani Osama


*  *  *  *

Okay. Sampai disini sahaja. Jangan lupa dengar lagunya. Best sangat!!! Kalau kalian hendakkan lirik lagu-lagu ini, kalian bolehlah visit sini.

Klik! Jangan tidak klik!

Dengar! Jangan tidak dengar!

14 December 2010

0 Tag Bagi Kali Yang Ke Dua...

Assalamualaikum semua....

Moga ceria selalu. Masih lagi setia menaip (^_^)

Ini adalah tag bagi kali yang ke-2. Tag ini juga sudah ditag oleh Adik Anis.

1) Adakah anda rasa anda hot?

Hot? Nak kata hot tu, rasanya bukan. Kalau popular tu, mungkin sikit-sikit boleh diterima :D

2) Update wallpaper yang anda guna sekarang


3) Cerita pasal gambar ini?

Ini merupakan suatu gambar yang sangat comel dan cute. Itu sahaja :D

4) Kali terakhir makan pizza?

Semasa berada di Expo Cheng Ho. Kalau nak belanja pun, tiada masalah :D

5) Lagu terakhir anda dengar?

Lagu di blog sendirilah dan bunyi latar semasa komputer di On.

6) Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

Melihat blog.

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

Aiman / Afnan. Kenapa hendak tahu?

8) Tag lagi lima orang

http://amin-aizuddin.blogspot.com

http://theprincessbelog.blogspot.com

http://www.dayangdeno.blogspot.com

http://yqnqellyana.blogspot.com

Sesiapa yang membaca entry ini :D

9) Siapa orang nombor satu dengan anda?

Adik

10) Katakan sesuatu kepada orang nombor lima?

Selesai membaca entry ini, jawab tag ini!!!

11) Nombor tiga ada hubungan dengan siapa?

Hmm... Tidak tahulah :D Kenapa?

12) Bagaimana dengan nombor dua?

Tak tahu!!!

13) Kata-kata cinta kepada orang nombor empat?

Silalah jawab tag. Hehehehe

14) Berikan empat fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag?

1) Ada lelaki dan perempuan.

2) Semuanya manusia :D

3) Ada blog yang cantik

4) Suka tersenyum. Mungkin :)


Sekian....


Photobucket

0 Ditag...

Assalamualaikum semua....

Hari ini saya sudah dapat satu tag yang ditag oleh Adik Anis. *Macam berbelit-belit sahaja kata-kata ini?*


Ok. Saya akan straight to the point sahajalah. Jom dengar jawapannya bersama-sama.


1) Nickname untuk pemberi award ini?

Nak kata nickname. Rasanya panggil Anis sahajalah :D

2)  Ucapan untuk pemberi award ini?

Terima kasih ya :D Nanti belanjalah ais krim semangkuk. Lenguh sudah jari ini asyik menaip dari semalam. *Baru tadi sahaja menaip*

3)  Listkan enam artis/band yang korang minat?

~Sami Yusuf~

~Maher Zain~

~Rabbani~

~Hijjaz~

~Raihan~

~Yusuf Islam~

4) Bagi award ini kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun?

1)  Blog ini. Hahahahahahaha

2) http://theprincessbelog.blogspot.com

3) http://www.dayangdeno.blogspot.com

4) http://amin-aizuddin.blogspot.com

5) http://kukukuchantek.blogspot.com

6) http://www.the-official.blogspot.com

7) http://yqnqellyana.blogspot.com

8) http://storybudax-tecix.blogspot.com

9) Hmmm.....


10 ) Tak tahulah. Fikir!!!



p/s : Kepada yang sudah ditag itu, silalah jawab ya! Exercise jari-jemari. Hahahahaha :D

Photobucket

12 December 2010

0 PTS @ Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010!

Assalamualaikum semua....

Ini merupakan entry khas bagi memaklumkan berkenaan dengan PTS @ Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010. Laju sahaja jari menaip :D

Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010


PTS @ Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010 (Children Book Fair)

Ini maklumat berkenaan dengan pesta ini (^_^)

Masa : 22-26 Disember 2010 (10.00 Pagi-6.00 Petang)
Tempat : Tun Razak Hall 3, PWTC
Lokasi Booth PTS : A49-A54 & A70-A72

Maklumat lanjut, klik sini


Photobucket

0 Award Dari Sya :D



Hello and a very hello....

Today and tomorrow is my very not special day. *Mana kau tahu?*

Assalamualaikum....

Hari ini dan ini, ada award yang telah berjaya diculik dari blog Sya. Jom jenguk blog dia.




Tiada syarat yang perlu dicopy. Hahahahaha :D Lega rasanya :)

Ok. Sampai situ. Kalau nak panjang-panjang lagi, pergi taip sendiri. Huhuhuhuhuhu

p/s : Ini cuma suatu ....

0 Award Dari Adik Sendiri (^_^)



Tepat pukul 1:04 petang bertarikh 12 December 2010 :

Assalamualaikum....

Hari ini dapat award daripada adik sendiri. Jom tengok award dia itu...



*Rasa seperti malas hendak menaip*

Ini dikepilkan beberapa syarat dan syaratun. Baca syaratnya dahulu :D


1.Mesti follow blog saya
2.Mesti copy syarat-syarat apabila ambil award ( comel ) ini
3.Beritahu dekat chatbox saya lepas ambil award ni
4.Tak boleh buat award ni seperti award diri sendiri
5.Dilarang mengedit apa-apa pada award ini .Contohnya kamu tukar laman web blog saya jadi laman web blog kamu dekat award ni . Aih , banyak cantek !
6.Award ni tak boleh tag kepada sesiapa . Kena ingat tu !


Klik! Bye 3x


p/s : Jangan asyik berposing di hadapan entry ini. Anda sedang diperhatikan :)

11 December 2010

0 Cerita Oh Expo!!!

Assalamualaikum semua...

Moga happy dan happy selalu (^_^).  Sudah lama rasanya hendak menaip entry ini. Cuma tidak ada masa sahaja :D Hehehehehe *Senyuman ubat gigi Colgate*

Entry yang sudah lama diperam hingga menjadi jeruk di dalam kepala. Betulkah? Hmmm... Dan Hmmm....

Hari ini jariku kembali bersemangat untuk menaip panjang. Panjanglah juga. Hahahahaha *Gelak puas-puas*

Mari mendengar cerita :D

Sebelum itu,  saya mahu berkongsi cerita berkenaan dengan Expo Cheng Ho 2010.


Cheng Ho Expo is the first of its kind international trade exhibition to be organized by the Kelantan State Government in Kota Bharu, Kelantan, featuring more than 300 companies from countries around the world.
In celebration of 600th anniversary of Admiral Cheng Ho Naval expedition to Malaysia, the Expo will be highlighting his life and voyages that had made tremendous strides in bringing social, cultural and economic values towards greater unity and prosperity to the world at his time, thus named "Cheng Ho Expo 2010".
Set against this historical background, the Kelantan State Government is proud to organize the Expo with the objective to create a valuable platform of trade and investment opportunities to our exhibitors and visitors, both local and international, while playing the role model of Admiral Cheng Ho in promoting unity among Muslims by the value and in establishing trade collaboration and diplomatic alliance among different countries.
To be held over a 6-day period from November 21-26, 2010, the exhibition will provide a dynamic business avenue that brings together business fraternities from a wide spectrum of industry sectors to explore trade opportunities, which include tourism industry, halal food, Islamic Banking and Finance industry, biotechnological and agricultural products and many more, under one roof. It will also be incorporated with talks and forums to be presented by prominent Chine businessmen, diplomats and young entrepreneurs.
In all, Cheng Ho Expo 2010 is the best focal meeting point that attracts both domestic and international participants to come to interact, transact and source for various products and services.


Maaflah sebab cerita ini dalam bahasa inggeris. Malas nak translate :D Hanya copy and paste dari sini


bilbord

Welcome To Cheng Ho Expo 2010


                          




Peta Ke Expo Cheng Ho 2010

Inilah serba sedikit maklumat yang sempat di copy and paste dari sini.

*******

Okay. Ini pengalaman saya semasa persembahan Akrobatik Ahdili Wuxor. Jom dengar dan lihat.

Sebelum itu, saya mahu ceritakan serba sedikit berkenaan dengan Ahdili Wuxor.

Adili Wuxor is a Chinese tightrope walker who was reported to have set a new world record on July 1, 2010, after he spent 60 days walking on a tightrope in the Bird's Nest Stadium.[1][2] Wuxor is an ethnic Uighur from Xinjiang Province. He has been dubbed the "Prince of tightrope walking" by Chinese media.

*Sumber dicopy dari Pak Cik Wiki*

Nak cerita pun, sudah tidak ada mood. Tidak tahu nak bercerita apa. Kalian tonton videonya sahajalah. Best!    Video persembahan Akrobatik Ahdili Wuxor.








Internet tersangatlah lambat. Nak upload video pun lambat. Kalau kalian nak tonton jugak video ini boleh klik...



(^_^)

Tercapailah juga hajat untuk menaip entry ini biarpun ..... *tidak tahu nak taip apa*

Entry ini sudah habis. Bye 2x.

*Lambai tangan anda disini* Hahahahaha :D

9 December 2010

0 Hellooooo Banner :D

Assalamualaikum...

Entry very special for today. Very special :D (Tiba-tiba speaking orang putih)

Tajuk besar HELLOOOOO BANNER. Itu cuma tajuk :D Tajuk! 

Ni ada secebis, sebuah dan sepotong award banner. Nak tengok? Nanti dahulu. Biar Tuan Empunya Blog membuka pengikat katanya dahulu...

Hari ini saya sudah mendapat dan mempunyai banner. Banner! Dan Banner! Nak tengok bannernya. Lihat atas ^. Lihat kanan >. Lihat kiri <. Lihat bawah! Navigasi tiga arah :D  <^>

Photobucket
Inilah banner milik Riha-J. Penulis Novel PTS (Gadis Piano)



Ini pula banner milik Tuan Alif Firdaus. ALIF FIRDAUS!


Ok dan KO! Hahahahaha. Sudah membaca entry ini, jangan lupa jadi Follower!

*Lambai tangan* Hehehehe


0 Award Baru...

Assalamualaikum semua....

Selamat ala-ala pagi :D Moga ceria selalu....  Ceria!

Ni award baru buat semua (^_^). Tersangat bersemangat hari ini :D Rawk!!!


Cantik tak awardnya :D

Syarat-syarat bagi mengambil award ini :-

  1. Pastikan anda sudah menjadi Follower secara rasmi!
  2. Selepas ambil award ini, maklumkan di Chat Box Comel.
  3. .....
  4. .....
Itu sahaja syaratnya.

Kalau nak ambil award ini, klik sini

7 December 2010

0 Salam Maal Hijrah :)

Assalamualaikum....

Entry ini pendek sahaja. Saya nak ucapkan kepada kamu :-

*SALAM MAAL HIJRAH*

Selamat melayari blog ini :D


5 December 2010

0 Award Terbaru...

Assalamualaikum semua....

Entry ini dibuat sekadar bagi menunjuk award. Saya baru dapat award tadi. Hahahahaha... (ketawa puas-puas)

Award ini telah diculik dari blog Riha-J. Nak melancong ke blog dia, Touch Here...

Free!!! Tidak perlu bayar tambang untuk pergi ke sana. Cuma klik button itu sahaja :D


Inilah awardnya. Cantik kan?

Riha-J ini sebenarnya seorang penyajak penulis PTS. Novel sulungnya bertajuk Gadis Piano. Saya sudah baca novelnya. Best!!! Lepas habis baca entry ini, jangan lupa beli novel ini. Beli ye!!! (memaksa) Hahahaha....

Ok. Teruskan membaca dan mengkhatamkan entry ini.

Selamat membaca dan selamat malam. Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur.

0 Mega Transformasi Part 2

Assalamualaikum semua. Harap sihat selalu. Kalau ada yang tidak sihat atau berapa sihat, jangan lupa makan ubat. Makan ikut dos yang ditetapkan. Ingat!!!

Tajuk Mega Transformasi Part 2 ini menandakan dan punca yang menunjukkan bahawa projek mega ini telah berakhir pada hari ini. Setelah bertungkus-lumus tangan dan jari menari-nari di atas papan keyboard dan papan mouse. Akhirnya.... Dan Akhirnya.... SIAP!!!

Hahahahahahaha...... (Gelak dengan tersangat kuat)

Sedap tak lagu ni? Mesti sedap kan? Memang sedap. Best sangat lagunya. Nak tahu lagu apa ni? Tak nak! Tuan empunya blog tetap hendak beritahu. Lagu ni dinamakan sejak baby lagi dengan nama Without You. Lagu ni dinyanyikan dengan merdunya oleh orang hensem. Siapa? Sami Yusuf!!! :D

Ya!!! Sami Yusuf memang tetap hensem.... Lagunya pun best!!!


Inilah Sami Yusuf :D

Dah nampak gambar itu? Kalau tak nampak, jangan lupa klik pada gambar itu. Itulah Sami Yusuf.

Bukan setakat lagu sahaja. Header pun dah bertukar. Cuma tengok di bahagian atas sekali. Itulah header namanya. Saya buat header ini, bukannya jenis yang biasa. Tetapi jenis transparent. Ya!!! Transparent. Cantik tak?


Inilah headernya. Jenis transparent :D

Blog ini telah selesai dikemas baik. Cantik!!! Memang cantik!!! Tinggal nak edit award yang baru sahaja.

Selamat tinggal semua. Pendek tak entry hari ini?


0 Cerita Hari Raya Aidiladha 2010

Salam buat semua...

Entry ini dibuat khas bagi menceritakan pasal hari raya haji baru-baru ini. Biarpun sudah lama ianya berlalu. Buat pengetahuan semua, entry ini juga dibuat secara paksa. Paksa pun paksalah. Janji jari-jemari masih lagi mahu menaip entry ini.

*Special Entry...*

Kita mulakan....

Pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, saya telah bercuti di kampung rumah sendiri. Best bukan? Agak best dan agak tak best!!!

Kawasan perumahan saya yang terlebih mesra itu juga sunyi sepi. Masa itulah, saya ambil peluang. Peluang apa? Peluang bergambar dan berposing. Hahahaha. Nak kata lawak tu memang lawak juga. Bergambar dihadapan pintu pagar rumah milik jiran. Memang tak tahu malu.

Sorrylah sebab Tuan Editor malas nak upload gambar. Tak larat :) Hehehehe

Entry ini memang agak pendek dan short cut sikit.

Salam dari Aiman di rumah (^_^)

2 December 2010

0 Mega Transformasi Part 1...

Assalamualaikum semua. Happy sangat hari ini :D

Sebab kenapa??

Cuba kamu dan anda tengok di sekeliling blog ini. Comel bukan? Ya! Bukan comel tetapi Cute!!! Biru dicampur dengan putih. Sangat.... Lovely (^_^) <3 <3 <3

Ok. Ini baru mega transformasi yang pertama. Mestilah nampak sedikit ceria kan? Warna yang agak tenang dan tak perlu membesarkan anak mata untuk membaca isi hati luahan penulisnya. Satu tindakan yang amat bijak. Cuba kamu dan anda ingat kembali templat yang dahulu. Ingat!!! Templat yang dahulu hanya berwarna hitam. Gelap dan sepi. Sungguh tawar hati rasanya. Mungkin ada diantara kamu yang menyangka blog ini sudah kembali dan kembali tidak aktif. Untuk menarik kembali falsafah itu, saya terpaksa melakukan kaji selidik terhadap setiap blog. Nak diringkaskan, curi-curi mengintai di blog orang lain.

Mula-mula pergi search di blog adik sendiri. Warna yang agak lembut. Pink!!!

Anis :D

Lepas itu, search di blog adik sendiri yang lagi seorang tu. Tema ungu!!!

Amin Aizuddin

Sekejap-sekejap, searchlah juga di blog milik Kak Husna Adnan. Tetap dengan tema musim luruh :D Putih berlatarbelakangkan musim luruh. Rasanyalah :D

Kak Husna Adnan

Seminit selepas itu, search di blog milik PTS pula. Tetap juga dengan warna putih :D

PTS

Sebenarnya banyak lagi blog yang telah dikunjungi. Antaranya milik...


  • Riha J
  • Deno :D
  • Cikgu Saya (Cikgu Azman Ismail)
  • Facebook... Hahahaha (Bolehlah dikira juga :D)
  • Google... Juga boleh dikategori sebagai blog :)
  • Tyra...
  • Hanie...
  • Banyak lagi.... 

Lalalalala (Sudah boleh bergembira :) ) Mega transformasi part 1 rasa-rasanya sudah boleh dikatakan success. Berjaya!!! Lepas ini, Mega Transformasi part 2 pula iaitu mengubah lagu. Saya tetap akan mengekalkan lagu nyanyian Sami Yusuf. Sami Yusuf is the best. Bagi sesiapa yang kurang mengenali akan Sami Yusuf ini, kamu kenalah tunggu entry yang akan datang. Entry special buat Sami Yusuf!!! Tak sabar rasanya nak tunggu. Harap bersabarlah ye....

Terpaksa stop dulu. Tuan empunya blog sudah hendak melabuhkan anak mata ke Facebook. Jangan lupa setia menChat di chatbox!!! Teruskan berChat!!!

Ikhlas dari Tuan Empunya Blog (^_^)

30 November 2010

0 Editor Kembali (^_^)

Assalamualaikum semua....

Sudah lama rasanya tidak mengOnlinekan blog. Sekali check.... Argh!!!! (Jerit dalam hati je lah.) Lamanya tak Onlinekan blog. Lebih kurang.... (sedang mencongak). Kalian kira sendirilah ek (^_^). Tak larat nak mengira.

Ni sengaja saya sertakan bagi menunjuk.... Mungkin blog saya ni boleh masuk World Book Of Record!!! Mahu mendaftarkannya hari ini juga :D Hahahahahaha

17 November 2010 -- 30 November 2011 2010

Memang tersangat lama saya tidak mengOnlinekan blog. Habis bersawang semua blog. Binatang perosak dan virus juga tak berani nak menjejakkan diri ke sini. Turut menyedihkan dan pura-pura sedih, bilangan pelancong yang comel juga semakin berkurangan. Saham di Bursa Malaysia pula melonjak NAIK TURUN!!! (Tuan empunya blog dah start berangan) :D

Mungkinkah saya patut melakukan transformasi terhadap blog ini. Ya!!! Ini mungkin caranya bagi menarik kembali pelancong dan bukannya VIRUS ke blog saya. Saya patut melakukan beberapa transformasi. Mega Transformasi....


  • Mengubah Templat Blog
  • Mengubah Lagu
  • Menukar Header ke arah yang lebih simple menarik
  • Memperbanyakkan Bukan Mengurangkan Entry. Pastikan Entrynya Simple Dan Menarik Hati. Hahahahaha
Transformasi yang lain akan difikirkan. Mungkin juga kita boleh sama-sama berfikir. Fikir!!!

Jikalau kalian ada apa-apa cadangan atau komen atau pendapat berkenaan blog ini, jangan malu tapi tetap kena malu, emelkan atau poskan ikut Pos Malaysia ke aimanafnan776@gmail.com.  Kalian juga boleh tinggalkannya di Chat Box Comel. Tinggalkan segera (^_^)

Oklah. Cukup sampai disini dahulu. Tunggu entri yang lagi best di lain hari. Dalam fikiran editor sekarang ni, cuma ada tiga sahaja entry yang agak best.


  1. Bercerita Semasa Hari Raya Haji Baru-Baru Ini.
  2. Expo Cheng Ho Yang Memang Best :D Mungkin Kalian Dapat Tengok Persembahan Dari Adili Wuxor.
  3. Masih tersimpan erat di fail jabatan. Hahahahaha
Jangan lupa terus melayari blog saya ini. Nantikan entrynya. Tunggu....

Selamat Tinggal.

17 November 2010

0 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (^_^)

Assalamualaikum buat semua pelancong (^_^)

Hari ini diharap agar anda semua senyum selalu. Senyuman mestilah sampai ke hidung. Baru senyuman yang mantap. Hahahahaha. Sudah lama dah rasanya blog ini sunyi sepi. Al-Maklumlah entry tidak dapat sampai. Banjir di tengah line. Hahahaha. Kuatnya gelak.

Ok. Saya tulis entry ini pun sekadar short entry saja. Tak larat nak taip banyak-banyak. Jari perlukan masa untuk berehat. Biar tingkatkan kembali stamina. Ya!!! Stamina masih lagi di tahap Kureng :( Amat kurang!!!
Mungkinkah saya terpaksa menelefon Power Rangers. Ya!!! Saya akan membuat panggilan sekarang jugak.

Saya : Hello. Ini Power Rangers ke??
Power Rangers : Ya. Kenapa??
Saya : Saya nak minta pertolongan anda bagi menaip entry. Boleh encik....
Power Rangers : Tak boleh. Kami tengah sibuk sekarang ni....

(Tut..... Tut... Tut.....)

Huhuhuhu.... Macam yang saya beritahu tadi. Power Rangers sedang sibuk. Busy agaknya. Mungkin saya patut call Encik Ultraman. Ya!!! Call sekarang jugak.

Ultraman : Saya sedang sibuk ni. Jangan ganggu saya lagi.

(Tut.... Tut... Tut....)

Ini adalah last call yang saya akan buat. ULTRA QALIF!!!

Saya : Hello Tuan Ultra.
Ultra Qalif : Ya. Boleh saya bantu.
Saya : Saya nak minta tolong dengan tuan boleh??
Ultra Qalif : Boleh. Apa dia??
Saya : Stamina saya sekarang ni agak kurang. Saya nak minta....
Ultra Qalif : Saya dah tahu. Oklah. Buat semua pelancong blog ini,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
SENYUM SOKMO 
(^_^)

Saya : Terima kasih tuan.

(Tut... Tut... Tut....)

Hahahahaha. Akhirnya. Wira Malaysia sajalah yang dapat membantu saya. Terima kasih Ultra Qalif.

Buat semua pelancong (^_^)

Anda tentu nak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Jeng!!!

ENTRY PADA HARI INI MEMBREK DI SINI.

Jumpa di lain entry. Selamat tinggal. Love all pelancong <3 <3 <3

9 November 2010

0 Hello Cameron :D

,Assalamualaikum semua :D Happy sokmo...

Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya bercuti di Cameron Highland. Seberjaman berada di sana. Adakah betul kata-kata itu. Hahahaha. Biarkan ia berlalu....

Kat sana pun tak boleh nak penat-penatkan kaki sangat sebab hujan kerap kali menunjukkan diri. Memang tak tahu malu langsung. Hahaha :D Apa-apa pun, ia tetap best and romantic. Huh!!! Adakah begitu :D

Masa pergi kat sana tu, memang jalan adalah sesak sikit-sikit. Tapi Alhamdulillah, selamat jugak sampai ke destinasi yang amat dituju. Hehehe :) Suasana yang amat indah dan cantik. Tapi maaflah sebab tak ada sangat gambar. Bukan malas nak ambil gambar tapi pura-pura malas. Huhuhuh. Kejamnya!!!

Ok dan Ko!!!














Bersama dengan Mr Monkey yang bertangan panjang (^_^)

Mr Monkey tetap tidak mahu memalingkan mukanya. Sungguh pemalu (^_^)

Cowboy moden dari Malaysia







Menunggu detik-detik emas untuk melintas jalan. Hahaha


Jalan-jalan cari pasal  ambil gambar




Dibawah sinaran matahari yang teramat megah
Ok. Macam mana dengan gambar-gambar itu. Sungguh menawan bukan?? Hahaha... Sungguh perasan tuan blog ni. Untuk makluman semua, entry ini sebenarnya telah dibuat sejak semalam lagi. Tapi oleh kerana ribut telah melancong tanpa diundang, semua entry yang baru ditaip telah hilang dan melarikan diri dengan bangganya. Sungguh sedih rasanya hati ini. T__________T

Hmm.... Rasanya cukup sampai sini. Terasa letihlah pulak jari-jemari ni. Dari tadi asyik menaip :D (ayat milik kak Husna.) Masa untuk rehat wahai jariku. Hahahaha.... Nanti ambik gaji. (Tuan editor yang dah semakin mengarut)

Assalamualaikum semua,

Entry untuk hari ini cukup sampai disini. Tunggu entry di lain hari dan waktu. Selamat jalan. (Lambai tangan)

Lupa pulak...

BEWARE OF VIRUS!!! (Adakah begitu??)