30 November 2010

0 Editor Kembali (^_^)

Assalamualaikum semua....

Sudah lama rasanya tidak mengOnlinekan blog. Sekali check.... Argh!!!! (Jerit dalam hati je lah.) Lamanya tak Onlinekan blog. Lebih kurang.... (sedang mencongak). Kalian kira sendirilah ek (^_^). Tak larat nak mengira.

Ni sengaja saya sertakan bagi menunjuk.... Mungkin blog saya ni boleh masuk World Book Of Record!!! Mahu mendaftarkannya hari ini juga :D Hahahahahaha

17 November 2010 -- 30 November 2011 2010

Memang tersangat lama saya tidak mengOnlinekan blog. Habis bersawang semua blog. Binatang perosak dan virus juga tak berani nak menjejakkan diri ke sini. Turut menyedihkan dan pura-pura sedih, bilangan pelancong yang comel juga semakin berkurangan. Saham di Bursa Malaysia pula melonjak NAIK TURUN!!! (Tuan empunya blog dah start berangan) :D

Mungkinkah saya patut melakukan transformasi terhadap blog ini. Ya!!! Ini mungkin caranya bagi menarik kembali pelancong dan bukannya VIRUS ke blog saya. Saya patut melakukan beberapa transformasi. Mega Transformasi....


  • Mengubah Templat Blog
  • Mengubah Lagu
  • Menukar Header ke arah yang lebih simple menarik
  • Memperbanyakkan Bukan Mengurangkan Entry. Pastikan Entrynya Simple Dan Menarik Hati. Hahahahaha
Transformasi yang lain akan difikirkan. Mungkin juga kita boleh sama-sama berfikir. Fikir!!!

Jikalau kalian ada apa-apa cadangan atau komen atau pendapat berkenaan blog ini, jangan malu tapi tetap kena malu, emelkan atau poskan ikut Pos Malaysia ke aimanafnan776@gmail.com.  Kalian juga boleh tinggalkannya di Chat Box Comel. Tinggalkan segera (^_^)

Oklah. Cukup sampai disini dahulu. Tunggu entri yang lagi best di lain hari. Dalam fikiran editor sekarang ni, cuma ada tiga sahaja entry yang agak best.


  1. Bercerita Semasa Hari Raya Haji Baru-Baru Ini.
  2. Expo Cheng Ho Yang Memang Best :D Mungkin Kalian Dapat Tengok Persembahan Dari Adili Wuxor.
  3. Masih tersimpan erat di fail jabatan. Hahahahaha
Jangan lupa terus melayari blog saya ini. Nantikan entrynya. Tunggu....

Selamat Tinggal.

No comments: