Friday 31 December 2010

0 Sekolah Dan Sekolah...



Ini hanya sekolah di alam maya - Ain Maisarah Novelis

Assalamualaikum semua...

Menaip di waktu hujan renyai-renyai. Bestkan? Memang best! Sejuk sahaja ^____^

Hari ini hari apa ya? Besok hari apa? T_____T

Persoalan yang amat menyedihkan. Sila ikut buat muka sedih. Besok menandakan berakhirnya zaman pemerintahan Tahun 2010. Ini juga menandakan bangkit pula pemerintahan Tahun 2011. Plus dan ditambah pula dengan bermulanya persekolahan bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Terasa sekejap sahaja cuti kali ini. Hmmm.... Dan hmmm...

Start buka sekolah sahaja, blog ini mungkin akan dibiarkan bersawang. Tidak bergerak. Entri pun kekal pada kedudukan yang sama. Babai blog....

Okay. Stop dahulu berkenaan dengan entri yang bernada sedih ini. Abaikan yang lepas. Chewah!!!

Hari ini, saya mahu pamerkan beberapa tips sebelum pergi ke sekolah. Ada banyak sangat tips. Izinkan saya menyenaraikannya dengan penuh bangga. Hahahahahaha ^____^


  1. Kemas beg. Pastikan tidak ada haiwan perosak di dalam beg anda. Contohnya, lembu habuk, debu dan berus gigi.
  2. Tidur awal. Seelok-eloknya tidur sebelum pukul 10 malam.
  3. Bangun awal.
  4. .....
  5. ....
  6. ....
  7. ...
  8. ....
  9. Akhirnya....
Panjangkan tipsnya? Ada kena mengena ke tips di atas dengan promosi pergi ke sekolah? Nantilah kita fikirkan. Jom sambung lagi.

Bermula dengan pembukaan sekolah pada Tahun 2011 ini, saya akan mendaftarkan diri di Tingkatan Empat. Sebut satu-satu. E.M.P.A.T. Wah! Sungguh cepat masa berlalu. Dua tahun lagi, masuk Tingkatan 5.


Bagi menghilangkan stress di hati,  mari menyanyi bersama :D Satu, Dua dan Tiga...

Selamat Datang Tahun 2011,

Selamat Datang Tingkatan Empat,

Selamat Kembali Buku Teks,

Selamat Kembali Kerja Rumah,

Selamat Tinggal Blog,

Facebook...

Selamat Tinggal Rumah (hanya buat pelajar asrama)....            3x

*Dapatkan album ini di pasaran. While stock last... Hahahahaha ^____^

Oleh kerana tahun hadapan, bermulanya persekolahan seperti biasa. Jangan memalaskan diri untuk pergi ke sekolah. Pergi tetap pergi. Bak kata pepatah : Kalau tak penuh ilmu di dada, tidak akan sampai ke puncak Everest. (Petikan skrip Hantu Kak Limah Balik Rumah) - Tuan Azree Hanifiah yang kata ^___^.

Okay. Sekiranya ada masa terluang, saya akan menaip entri yang lain.

Selamat Tahun Baru Dan Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Malaysia! You Rawk!!!

No comments: