Saturday 31 December 2011

2 Bye Blog :))

Sumber Imej : Tumblr

Assalamualaikum kawan-kawan :)

Afnan cuma nak bagitahu. Buka je sekolah ni, Afnan dah tak boleh nak memanjang online lagi. Kalau online pun, mungkin sebulan sekali je sebab tahun depan Afnan akan menduduki ujian besar SPM. Jadi Afnan terpaksa mengurangkan dunia online dan melebihkan study. InsyaAllah. Mungkin lepas ni blog ini tidak akan seberapa nak aktif. Uwww TT^TT sedihnya :'( sob sob. Itu je lah :3 Semoga Afnan berjaya untuk meminggirkan diri dari dunia internet. Jauhkan diri dari Facebook, Twitter dan Blogging. Satu lagi, jangan lupa klik churpchurp dan nuffnang Afnan bila korang jenguk blog ni tau :))

Afnan ada upload sesuatu untuk korang. Kalau nak tengok, bolehlah klik sini. Terima kasih kepada mereka yang klik.

Satu lagi, Afnan ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada korang. Belajar rajin-rajin. Jangan asyik main je :D

Okay. Itu sahajalah dari Afnan.

Babaiii..

p/s : Tahun Honeymoon Afnan dah habis. Selamat datang Tahun Sijil Perkahwinan Malaysia ✓. I will miss my Honeymoon Year >.<


◕‿◕

Hai SPM❤

Friday 30 December 2011

0 Photography 4 : Love Lighting

| Nikon D50 | ISO 200 | f/8 | 1/4.5s |

Gambar di-shoot pada 20 December 2011.

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa khabar semua? Sihat?

Kali ini Photography 4 tau. Happy ^.^ Comel tak gambar tu? Simple je kan :3

So, ada apa pasal gambar ni? Uhuk.. Uhuk.. Sebenarnya tak ada apa-apa pun. Afnan just nak promote bakat :D Tapi mungkin ada juga sikit-sikit pasal gambar tu kan.

Cuti sekolah sudah semakin habis. Hari persekolahan pula sudah semakin hampir. Wah! Tak sabarnya nak pergi sekolah kan? -.-

Tahun depan bersamaan dengan Tahun 2012, Afnan akan menduduki peperiksaan SPM. Jadi, Afnan tak bolehlah nak duduk online memanjang. Maknanya, lepas ni, Afnan tak boleh nak lama-lama online Facebook, Twitter dan Blog. Kalau online pun, mungkin dalam hujung bulan je. InsyaAllah ^.^ Buka je sekolah ni, Afnan kena berikan sepenuh fokus pada pelajaran. No more Facebook! No more Twitter! No more Blogging!

Tapi kalau Fotografi tu masih lagi boleh ^^V

Lepas ni, Afnan tak dapat lah berborak, berkomen, berchatting mahupun berlike pada post ataupun status korang tu. Uwwww TT^TT sedihnya :'( sob sob. Semua dunia online Afnan akan sunyi :) Happynya !!!

Satu lagi, Afnan nak share maklumat tambahan dengan korang ni. Minggu depan ada lagi sambungan BoBoiBoy. Tajuknya BoBoiBoy : Extended Finale. Ini merupakan part yang paling akhir sekali tau. Lepas ni, tak ada lagilah BoBoiBoy. Rindu pula Afnan pada cara gelak Adu Du dan wajah comel Yaya. Haha ^.^

Okay. Afnan rindu pada semua. Rindu pada rakan Facebook, Twitter, Blogging dan rakan sekelas !!! Tak lupa juga pada Internet.

Adu Du ^^

Yaya ^^

Okaylah. Itu sahaja dari Afnan dan satu lagi, kalau kawan-kawan sudi, jemputlah like fan page Afnan ni tau :3 Semoga kawan-kawan terhibur dengan entri ini. Babaiii....

p/s : Jangan lupa untuk meninggalkan komen sepatah dua berkenaan dengan fotografi Afnan mahupun entri ini ya..

*Sebarang komen mahupun kritikan berkenaan dengan gambar fotografi Afnan amatlah Afnan hargai. Terima kasih.*

Wednesday 28 December 2011

2 Photography 3 : Dari lensa

| Nikon D50 | ISO 200 | f/5.6 | 1/30s |

| Nikon D50 | ISO 200 | f/5.6 | 1/60s |

Assalamualaikum kawan-kawan.

Kali ini, Afnan share Photography 3 Afnan pula. Masih lagi tema bokeh :) Amacam? Comel tak? Afnan tahu yang gambar yang Afnan shoot ni tak sehebat kalian. Tapi apa salahnya mencuba kan? >.< Segala komen atau kritikan pada gambar ini amatlah dihargai :)

Gambar ini di-shoot pada 20 December 2011.

Okay. Itu sahaja dari Afnan. Jadi, apa lagi? Komen leee ^^Y

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik dari Afnan, klik banner di bawah ni. Kalian akan dibawa secara live ke fan page Aiman Namia Photography.


p/s : Afnan baru je edit banner tu petang tadi tau. Comel tak? Special credit to CCI for the red bear :3

Babaiiii...

Tuesday 27 December 2011

0 Photography 2 : Green Leaf aka Daun Hijau

| Nikon D50 | ISO 1600 | f/5.6 | 1/1000s |

| Nikon D50 | ISO 200 | f/7.1 | 1/80s |

| Nikon D50 | ISO 200 | f/5.6 | 1/80s |

Assalamualaikum kawan-kawan.

Afnan share Photography 2 pula. Kali ini, Afnan shoot gambar daun. Kalau tengok betul-betul, sebenarnya Afnan mahu shoot embun tu. Hehe :D Tapi nasiblah, sebab embun tu tak seberapa nak sharp kan. Apa-apa pun, Afnan dapat lihat hasilnya yang style photography Afnan makin bertambah. Hooray \(^.^)/.

Orang-orang tua ada berkata, kalau kita inginkan mata yang sihat. Kita dinasihatkan untuk melihat benda yang berwarna hijau. Jadi, tenunglah daun tu lama-lama >.<

Gambar ini di-shoot pada 19 November 2011.

Jika mahu lihat lebih banyak lagi foto yang Afnan shoot, kalian dijemput untuk like Fan Page ini okay? Klik je banner di bawah tu :3

Sebarang komen atau kritikan pada gambar ini, amatlah dihargai. Terima kasih ya!

Okay. Itu sahaja dari Afnan. Apa lagi? Komen leee.....

Babaiii.

2 Happy Birthday Cikgu ^.^


Dalam gambar ini, tiada Afnan. Jadi jangan paksa mata korang rapat dengan skrin komputer.
Assalamualaikum kawan-kawan.

Hari ini entri ringkas-ringkas je. Kenal gambar yang kat atas ni? Uwwww :D  Okay. Yang tu lah gambar bekas Cikgu Geografi Afnan dulu. Bukan yang perempuan tetapi yang lelaki tu. Nama beliau ialah Cikgu Halmy Omar. Afnan kenal Cikgu Halmy semasa sekolah di Pahang dulu-dulu. Cikgu Halmy ajar Geografi semasa zaman form one Afnan :D Beliau juga merupakan warden asrama kalau nak tau. Ada lah juga sikit-sikit pengalaman tu.

Habis sudah pasal pengenalan. Dalam entri ini, Afnan just nak ucap Selamat Hari Lahir Cikgu dan semoga cikgu sentiasa berbahagia dengan isteri tercinta ❤

★Maaf ya cikgu sebab Afnan tak dapat pergi majlis perkahwinan cikgu tu. Afnan berada di Kelantan sekarang. Kelantan dan Felda Pahang agak jauh sedikit ♪

Okay. Itu sahaja dari Afnan :)

Babaiii...

p/s : Afnan ambil gambar tu dari profil Facebook cikgu.

Monday 26 December 2011

0 Photography 1 : Angry Birds Black Edition

| Nikon D50 | ISO 1600 | f/5.6 | 1/320s |

| Nikon D50 | ISO 400 | f/5.6 | 1/2.5s |

Assalamualaikum kawan-kawan.

Nampak tak gambar yang kat atas tu. Hehe :D Yang tu lah gambar yang Afnan shoot sendiri tau. Tak ambil dari mana-mana web pun.  Amacam? Okay tak? Boleh-boleh lah kan.. Hehe ^.<

Dua-dua gambar ni, time Afnan baru belajar DSLR je. Sebarang komen atau kritikan berkenaan dengan gambar ini, amat dihargai.

Gambar ni Afnan shoot pada 29 November 2011 :D

Okay. Itu sahaja dari Afnan. Apa lagi? Komen leee...

p/s : Jangan lupa like Facebook Fan Page baru Afnan (Aiman Namia Photography).

Babaiiii ^^V

Saturday 24 December 2011

2 Kepada Pengiklan Nuffnang :D

Assalamualaikum kawan-kawan.

Ini merupakan hasil perbincangan Afnan dengan adik beradik Afnan dalam bilik tidur malam tadi. Hehe :D Okay. Hari ini Afnan nak share satu panahan petir dengan kawan-kawan berkenaan dengan Nuffnang.

Ada apa dengan Nuffnang? Meh Afnan terangkan...

Kalau kawan-kawan menjelajah blog-blog, mesti kawan-kawan akan nampak ada sesetengah blog yang menyediakan dua jenis iklan. Contoh : Satu iklan Nuffnang dan satu iklan Heartbeat ataupun satu iklan Nuffnang dengan satu iklan Advertlets.

Nasihat Afnan, lebih baik kawan-kawan hentikan aktiviti macam ini. Sebab kenapa? Kawan-kawan tak baca ke syarat-syarat semasa mendaftar sebagai pengiklan tu. Setiap syarikat pengiklanan menyediakan syarat-syarat yang lengkap. Ni antara screenshot yang Afnan dapat tangkap. Tengok pada bahagian yang bercolour merah itu ya ^.<

Klik Untuk Tumbesaran.

Klik Untuk Tumbesaran.

Dah baca syarat-syarat nya kan? Nuffnang tak bagi kita mengiklan dua iklan dalam blog berdaftar dengan nya. Macam yang Afnan bagitahu kat atas tadi lah kan. Hal ini kerana, iklan yang ada diiklankan selain daripada Nuffnang dikira sebagai iklan pesaing. Tak faham lagi? Biar Afnan terangkan secara shortcut.

Contoh : Awak ada satu blog. Dalam blog tu awak pamerkan dua papan iklan. Satu papan iklan itu milik syarikat 'A' dan satu lagi papan iklan itu milik syarikat 'B'. Bagi syarikat 'A', syarikat 'B' akan dianggap sebagai pesaing mereka manakala bagi syarikat 'B' pula, syarikat 'A' akan dianggap sebagai pesaing mereka.

Untuk makluman semua, setiap syarikat pengiklan dah menetapkan terma dan syarat dengan tidak membenarkan ahli Blogger berdaftar meletakkan dua iklan dari pengiklan berbeza yang boleh dianggap sebagai pesaing mereka. Tidak kiralah syarikat pengiklan Nuffnang, Heartbeat mahupun Advertlets.

Bagi pengiklan Nuffnang, mungkin Nuffnang akan menarik balik status Glitterati sekiranya kawan-kawan melanggar syarat mereka.

Klik Untuk Tumbesaran.

Habis pasal Nuffnang. Okay. Afnan mahu sambung sedikit lagi. Hari itu ada kawan-kawan Afnan beritahu jangan share ChurpChurp kat dalam group. Kata mereka, ini dikira sebagai SPAM. Afnan pun tak tahu juga apa itu SPAM. Hehe :D Tapi bagi Afnan, sebenarnya ChurpChurp bukannya marah sekiranya kita share ChurpChurp dalam group. Sebab kenapa? Meh Afnan buktikan melalui screenshot ini ^.<

Klik pada gambar untuk tumbesaran.





Dah nampak kan? So, kenapa kawan-kawan kata yang ChurpChurp tak bagi. Afnan sekadar berkongsi. Kalau ada salah dan silap dalam entri ini, sila bagitahu.

Okay. Itu sahaja. Babaiii ^^V

Friday 23 December 2011

4 Kelebihan Dalam Cuti?

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hows the new look? Merah terang :D Okay. Template ni sebenarnya dari kod milik Ely Narisha. Afnan cuma edit balik sikit-sikit je. Terima kasih untuk Ely atas template ni. For the image, thanks to the Animonsta Studio.

Afnan baru je tukar nama lain untuk blog Afnan ni. Aiman Namia Photography. Okay. Yang 'Namia' tu mungkin kawan-kawan akan ingat Afnan ambil dari nama Blogger Mania Story kan? Meh Afnan terangkan. Nama 'Namia' tu sebenarnya dari perkataan terbalik untuk nama 'Aiman'. Mungkin ada sikit-sikit idea nama tu dari Blogger Mania Story kan. So, harap-harap Ainaa Ramzani tak marah lah pasal hal tu eh.. ^_^V
To Ainaa Ramzani : Izinkan Afnan guna nama tu eh. Peace with WAR !

Okay. Stop pasal tu. Afnan baru je selesai transform blog Afnan untuk jadi Photography Blog. Itu target Afnan lah. Harap-harap tercapai. Tapi mungkin bukan dalam 100 percent kan? Emm.. Siapa tahu. Mungkin Afnan akan gabung dua. Gambar dalam Entri :D

Sumber : Tumblr
Back to the tajuk >.<

Ada banyak kelebihan dalam cuti ni kalau nak tahu. Satu, kita boleh study subjek yang lepas-lepas. Dua, kita boleh main Facebook 24 jam. Ketiga, kita boleh bergayut selama mana yang kita nak asalkan duit top up masih lagi banyak dalam poket.

Untuk kelebihan tu, Afnan nak share apa kelebihan yang Afnan dapat dalam cuti. Weet Weet ^3^

Pertama :
Afnan sudah pandai basuh baju sendiri. Pakai mesin lagi. Hoho :D

Kedua :
Afnan dah pandai guna kamera DSLR. Tapi masih lagi dalam proses learning session :)

Ketiga :
Afnan dah pandai edit blogskins >.<

Dalam banyak-banyak kelebihan ni pun, ada juga kelebihan yang Afnan tak dapat capai iaitu kelebihan keempat. Wuhuuu TT^TT 

Keempat :
Afnan tak sempat belajar cara menunggang motosikal ^^v

Okay. Itu sahaja entrinya. Babaiii :D

p/s : Jangan lupa like dua fanpage Afnan tu ya ^^V

Friday 16 December 2011

2 Facebook Timeline :3

Sumber Imej : Tumblr

Assalamualaikum kawan-kawan.

Mesti ramai yang sudah tahu dan belum tahu pasal Facebook Timeline ni kan? Okay. Afnan terangkan. Facebook Timeline ni merupakan newlook untuk profil Facebook. Ianya umpama macam terowong masa. Kawan-kawan boleh tengok status yang sudah lama ataupun lebih dikenali sebagai older post. Umpamanya, kawan-kawan boleh rewind masa lampau kembali :3
Inilah Facebook Timeline >.<
Klik untuk tranformasi berganda :)

Kalau kawan-kawan nak guna Facebook Timeline ni, jom ikut cara ni :3
1. Pastikan kawan-kawan log in Facebook masing-masing. Kalau dah, pergi ke web ini : http://facebook.com/about/timeline
2. Selepas ini, kawan-kawan akan nampak page macam ini pulak. Ikut je arrow yang Afnan dah buat tu dan klik.
3. Nanti kawan-kawan akan terus ke your own profile. Kat situ, kawan-kawan editlah macam mana sekalipun.
4. Dah siap edit tu. Klik je button apply kat atas tu. Dah siap ^.^
Untuk makluman, pada 23 hb Disember ini nanti, profile Facebook akan automatik bertukar kepada Facebook Timeline. No more kompromi. So, selamat menjalani Timeline ^O^

Satu lagi. It's an officially skin from Facebook :3

Itu sahaja dari Afnan. Babaiii..

Monday 12 December 2011

3 Contest I Love Animals

Klik Banner Untuk Pergi Ke Blog Penganjur.

Assalamualaikum kawan-kawan.

Afnan join contest ni. Contest I Love Animals. Contest ni dianjurkan oleh  Blogger Aimi dan Nadhirah. Contest ni pasal gambar haiwan kesayangan kawan-kawan je tau :3

Ini antara prasyarat untuk join contest ni :) Afnan terpaksa taip sebab Nadhirah kunci right mouse click tu :D
1. Follow blog Aimi dan Nadhirah. (untuk update dari semasa ke semasa)
2. Buat entry Contest I Love Animals.
3. Letak banner di entry Contest I Love Animals.
4. Letak photo anda dengan haiwan kesayangan atau photo haiwan anda sahaja.
5. Tuliskan cerita tentang haiwan anda dan mengapa anda sayangkannya.
6. Like fanpage Aimi dan Nadhirah (untuk update dari semasa ke semasa)
7. Letak komen di ruangan blog Aimi atau Nadhirah. 
p/s : Follow dan like hanya untuk tau update je. Sebab kadang-kadang saya malas buat post dan kadang-kadang nak post kat fanpage je :P -Kata-kata Pihak Penganjur-
 The Meow Generation. Kau ada? :3
Nama yang diberi ialah Meow. Sedap kan nama tu? Yo yoi :3 Meow dilahirkan pada tanggal yang tidak diingati. Yang pasti, sebelum era BoboiBoy dan PapaZola. Hehe :D Meow merupakan kucing Malaysia. Kalau tengok dari dekat, memang akan nampak macam baka luar. Tapi kalau kawan-kawan tengok dengan lebih dekat, maka Malaysialah bakanya ^____<. Meow merupakan seekor kucing yang sangat peramah. Meow sentiasa menghormati orang-orang di sekelilingnya. Meow juga tidak pernah makan berdiri dan sentiasa makan dengan sopan santun :3 Meow gemar melancong kemana-mana sahaja tempat yang disukainya. Dari dalam telaga hinggalah ke dalam hutan. Aktiviti utama yang disukai oleh Meow adalah SPA. Wuhuuu \(^.^)/. Status Meow saya ni adalah sudah berkahwin dan mempunyai tiga ekor anak. Jadi, jangan ada kucing-kucing lain yang nak tackle Meow pulak. Haha :P Sebab utama Afnan sayangkan Meow adalah kerana Meow ni comel dan Afnan suka tengok telatah Meow ni. Tu je kot ^_____^
Tambahan info. Meow sudah ada kumpulan sendiri tau. The Meow Generation :3 #nama tu Afnan reka sendiri. Jangan curi! -.-
Okay. Kalau ada sesiapa yang nak join contest ni, bolehlah klik banner tu. Akhir taip dari Afnan, selamat menjoin contest ^______^
#Harap sangat-sangat boleh menang contest ni!

Babaii..

2 Shoutmix Kenakan Bayaran!

Sumber Imej : Tumblr

Assalamualaikum kawan-kawan.

Afnan nak share satu info dengan kawan-kawan semua. Untuk makluman, Shoutmix dah keluarkan notice kepada semua pengguna shoutbox nya. Notice bayaran :D

So, bagi pengguna Shoutmix semua yang tidak mahu berbayar. Mungkin kawan-kawan boleh cari alternatif lain. Mungkin kawan-kawan boleh try guna Cbox pula. Afnan pernah guna juga dulu-dulu :D

Klik important notice tu.

Bacalah dengan tenang.

Jangan ada yang tutup blog pula lepas ni. Hehe :D

Itu sahaja. Entri perkongsian segenap dimensi ^_________^

Babaii...

If you want to share this entry, please copy this link : http://aiman-afnan.blogspot.com/2011/12/shoutmix-kenakan-bayaran.html

Sunday 11 December 2011

0 MidValley?



Assalamualaikum kawan-kawan.

Gambar apa ni? Comelnya pemandangan ni! Okay. Itu lah Midvalley. Gambar ni saya ambil dari Google je :3

Afnan nak taip ringkas je pasal gambar tu \(^.^)/
Semalam Afnan dengan family Afnan pergi Kuala Lumpur atas urusan menjemput kepulangan mama tersayang dari Ibu Kota KL. Alang-alang sampai kat sana, hati ini teringinlah juga singgah menyinggah di MidValley tu. Yo yoi. On the way tu, jumpalah sign board ke MidValley. Jadi, ikut je lah arah yang telah ditunjukkan dalam sign board. Ikut punya ikut. Tak jumpa-jumpa. Wuhuu TT^TT. Tak sangka susah bebenor nak cari MidValley ni. Hajat nak pergi ke MidValley. Tetapi sebaliknya jumpa sign board MidValley je lah :D -Kenangan ku di MidValley-
On the way nak balik ke Gua Musang tu, terserempaklah pula dengan Abang Polis. Sempatlah juga tunjuk Peace kat Abang Polis tu. Miahaha :D Abang Polis tu nampak dan beliau hanya tersenyum \(^____<)V -Pegawai Polis Yang Baik-
Gerhana Mickey Mouse :) Gambar ni Afnan shoot bila on the way nak balik rumah.

 Nikon D50 | ISO 400 | f/5.6 | 1/13s
Itu sahaja dari Afnan. Babai :D

p/s : Afnan taip entri gaya malas. Kalau tak faham tu, sabar je lah. Hehe XD. Entri ini mungkin mengandungi kandungan merapu XP.

Friday 9 December 2011

0 Tag Game : A True Confession

Assalamualaikum kawan-kawan.

Entri ini pasal Tag Game. Tajuk tu saya ambil dari blog Nadhirah. Kalau rajin baca. Silakan baca.

Nurul Nadhirah Amalina tag Afnan untuk game ni. Wah! Bangganya ^____^ Tak tahu apa itu Tag Game? Boleh search kat Google. Okay. Lets see the question and my beautiful answer. Afnan jawab ikut double language :)

What movie do you like? Malay, Korean, English?
Afnan pilih movie Malay dan English. Dua-dua jenis movie ni best dan menggunakan language yang mudah difahami. Contoh movie Malay yang Afnan minat ialah Boboiboy. Okay. Itu movie juga kan? -.-
 What are you? Girl, boy or half boy girl?
Ini soalan cepumas. Nadhirah pun hampir-hampir tertukar samada Afnan ni perempuan ataupun lelaki. First time dengar, nama Aiman Afnan tu nama perempuan. Wuhuuuu TT^TT Sedihnya :'( sob sob. My answer is I am a boy ^___<
Do you like cats?
Yes. I like cats. Nama kucing tu Blackie. Colour hitam comel dan mempunyai signature pada atas dahinya. Tapi itu dulu. Sekarang none :(
In what condition are you in now? Happy, angry, sad, etc?
I am happy now and thats my condition \(^.^)V
Do you like my blog? hehhe
Yes. I like your blog :) Warna blog yang sepadan. Comel. Tajuk blog pun menarik. Gula-gula Meow ^____^ 
 Are you amazed of my awesome blog? :P
Mungkin. Hehe :D Blog Nadhirah ini kan comel ^____^
 What fashion are you prefer to wear? Arabian, Korean, Typical Malay, English, or else?
I choose Typical Malay. Don't know why..
Do you like smokers? *I'm not*
 No. I don't like smokers.
Can you easily fall in love with someone?
I think the answer are yes and no. Hehe :D It's a secret :)
What type of internet are you using? Streamyx, Maxis, etc?
My answer is Streamyx.
Whom do you like for Korean stars? *I like Kwangmin, YOungmin and Minwoo*heheh
I like Yoseob from Beast :D
 Do you scream like a PONTIANAK? *I'm not*
Of course not :D
 Do you follow me on my awesome blog? :O
My answer is yes. I follow your awesome blog. Hehe :D
 What is your weight, height and age? Hehehe.
My weight is 45 kg. I am slim and it's fact. My height is 145 cm. I am not so tall :) My age is 16 years old and same with you, Nadhirah ^____<
Can you doodle? *I can* hehe
Yes. I can doodle a lidi people. Hehe :D You can?
Okay. I have answer all of your question. You can laugh with my answer if you want :D And sorry for the poor english :O

Click to see what Nadhirah tweet for me TT^TT

Itu sahaja dari Afnan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini. Jangan lupa klik nuffnang Afnan ya!

Babai..

p/s : Sorry. Tiada soalan untuk tag lagi. I dont have any idea to build the question.

Sunday 4 December 2011

4 Di Sebalik Pembinaan Facebook

Assalamualaikum kawan-kawan.

Untuk entri ini, Afnan malas menaip. Afnan cuma mahu tunjuk hasil editing yang telah Afnan buat semalam. Kalau buruk, komen ek...
Dalam pembinaan. Klik untuk membesar.

Sudah selesai. Klik untuk membesar dengan comel.
Tajuk entri yang mengancam kan?
Untuk corak daun yang di belakang tu, Afnan guna brush je. Comel tak?
Fully Adobe Photoshop.

Okay. Itu sahaja. Babai ^____^

Klik untuk bantu Afnan :)

Terima kasih.

Saturday 3 December 2011

3 Gambar Di Kala Senja

Jom tengok gambar je lah ye ^___^
p/s : Gambar ini saya shot sendiri. Tak ambil dari Google. Guna kamera Compact gitu. Lumix lagi! Kau ada?


Tarikh : 9/10/2011
Waktu : 6:52 P.M.
Gambar ini tidak diedit oleh mana-mana software. The genuine one. Indahkan pemandangan senja ini? Oren gitu.

Kbye. Tadaaaa.

Tuesday 29 November 2011

0 Dont Pish Me! I Hate You :P

Assalamualaikum kawan-kawan.

Saya nak kongsi dengan korang satu add ons. Add ons yang paling bagus dan berkesan. Korang bolehlah install add ons ini kat browser Google Chrome. Add ons ini untuk security korang. Add ons ini dicipta oleh Cyber Security Malaysia. Namanya DontPishMe. Korang boleh dapatkan add ons ini di Chrome Web Store yang berdekatan dengan anda. Fully Free. ^__^ Lepas dapatkan add ons tu, jangan lupa install pula :)

Untuk memudahkan pencarian korang, saya sertakan link nya ya! Klik je kat situ.
DontPishMe

Syarat utama : Pastikan korang menggunakan browser Google Chrome. Jangan guna Internet Explorer atau Mozilla Firefox pula. Add ons ini hanya untuk Google Chrome tau. Kalau tak ada Google Chrome, bolehlah ringankan cursor untuk download di sini.

Cara untuk mengInstall :

Pertama. Korang klik link yang saya beri tadi. DontPishMe. Ikut seperti gambar di bawah.
Kedua.
Ketiga. Selesai sudah. Tahniah! Anda sudah berjaya >.<

Add ons ini sangat sesuai bagi mereka yang sering kali menggunakan perkhidmatan Online Banking. Ini dapat mengelakkan korang daripada menjadi mangsa jenayah siber atau penipuan siber. p/s : Sama je bunyinya >.<'

Okay. Itu sahaja dari saya. Kalau ada sebarang kekurangan dalam entri ini, bolehlah turunkan komen korang kat sini. Bagi penambahbaikan ke. Hehe ^^

Tadaaa :)

Jom bantu saya. Klik sahaja link di bawah :D

#Ringan sama di klik. Terima kasih untuk jasa anda dari saya :)