Saturday 25 June 2011

3 Imam Muda Azhar. Weet Weet

Post entri yang agak menarik :D Hehe ^__<

Assalamualaikum buat pembaca entri ini :D

Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. (Ayat skrip)

Hari ini saya mahu taip entri pasal Imam Muda Azhar. Saya panggil beliau dengan panggilan Abang Azhar :D Abang Azhar ni mari ke daerah Gua Musang atas jemputan Majlis Daerah Gua Musang. Famous kan Gua Musang. Haha ^^ Sohor tak?? Cakap kelantan pula...

Abang Azhar mari ke Metropolitan Gua Musang ni bagi menyampaikan ceramah. Ceramah on-air. Best juga apabila dengar cara dia menyampaikan ceramah. No script. Pertama tu, Abang Azhar ni pandai ambil hati audien atau pendengar. Keduanya, Abang Azhar ni ada selitkan cerita juga. Semuanya best. Saya masih ingat lagi cara pemakaiannya. Beliau memakai baju Melayu warna oren bak limau mandarin dan bersamping plus bersongkok. Tiada gambar Abang Azhar. Saya tertinggal kamera kat rumah. Hehe ^__^

Saya share sedikit lampiran berkenaan dengan program ini :-

Program Motivasi Remaja
Bersama
Imam Muda Azhar
Tarikh : 25/6/2011 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi-12:00 tengah hari
Bertempat Di : Dewan Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.

Abang Azhar ni pun ada share cerita dengan kami semua. Cerita Abang Azhar ni sebenarnya pasal Communication kita. Biar saya terangkan maksudnya. Contohnya, macam percakapan kita. Di Malaysia, ada banyak loghat bahasa. Example : Kelate, Kedah dan Terengganu. Itulah  Communication maksud Abang Azhar kita tu. Bukan semua orang di Malaysia ni faham dengan apa yang kita cakap. Cuba bayangkan kalau orang Kelantan bercakap dengan orang Kedah. Cerita communication ni bukannya tajuk yang beliau bincangkan tetapi hanya sebagai pemanis bibir ataupun pemula bicara indah. Hehe ^__^

Tajuk yang Abang Azhar nak fokuskan ni pasal :-

Di Mana Kemuliaan Islam Pada Diri Remaja Islam?

Kalau saya ada masa, saya akan taip entri pasal tajuk program ni :'>

Saya mahu share sedikit biodata Abang Azhar. Pendek sahaja.. Tidak sempat nak menyalin.

Imam Muda Azhar

Nama penuh beliau ialah Khairul Azhar Bin Ghazali. Kini, beliau berumur 22 tahun. Beliau ni still single. Kata orang putih. Beliau ni berasal dari Negeri Kedah. Menurut cerita beliau sendiri, Ayahnya orang Kedah dan Emaknya orang Kelantan. Abang Azhar ni sebut yang beliau ni orang Ke-Tan. Gabungan Kedah dan Kelantan.
p/s : Saya salin laju-laju ni. Kalau ada yang salah, harap dimaafkan. Boleh maklumkan di peti pos komen :D

Kalau nak yang secara detail, boleh pergi kat blog beliau. Lalala ~_~

Saya taip entri sampai di sini dahulu.

Babai dari saya :D

Friday 24 June 2011

0 Malaysia 2 VS 1 Lebanon

Assalamualaikum Blogger Comel ^^

Hari ini entri pendek. Mahu share satu entri buat semua penduduk atau penghuni blog Aiman Afnan Mohd Asri.

Semalam Malaysia menang menentang Lebanon. Alhamdulillah. Saya pun tidak tahulah yang mana satu betul. Sekejap Lebanon. Sekejap Lubnan. Dua-dua mungkin. Haha :D

Tahniah buat Skuad Malaysia kerana berjaya menjaringkan gol comel 2 VS 1 ^__<  Tahniah dari Tuan Empunya Blog Aiman :D

Itu sahaja buat kamu semua... ^^

p/s : Sekali lagi. Tahniah Skuad Malaysia. Corak permainan yang baik. Untuk Lebanon pun sama juga. You are great tu :D

p/s : Macam mana dengan perubahan ini?? Comel !!

Sumber Imej : Nursyahirah

Thursday 16 June 2011

4 Karnival Sains Dan Teknologi Tahun 2011

Assalamualaikum Blogger-Blogger ^^

Hari ini, saya bersemangat nak menaip entri. Baru-baru ini, saya terpilih untuk menyertai Solar Cooking Competition. Temanya Cooking With Nature. Masak guna cahaya matahari gitu. Hehe ^__<

Solar Cooking Competition ini diadakan di SMK Kutan, Kelantan selama dua hari bersempena dengan program Karnival Sains Dan Teknologi Tahun 2011. Kami bertolak ke sana pada 12/6/2011 bersamaan dengan hari Ahad. Kami menginap di WZZ Hostel.. Kalau tidak silaplah. Haha ^^ Nama yang agak payah untuk diingati. Program ni berlangsung selama 2 hari.

Okay. Sebenarnya Solar Cooking Competition ni hanya terbuka untuk pelajar menengah rendah Tingkatan 1-3. Saya ni Tingkatan 4. Kita join je lah. Haha :D Ada tiga pertandingan kat sana.

  1. Solar Cooking Competition
  2. Rocket Competition
  3. Solar Car Race Competition
Semuanya kalah teruk. Haha ^^ Saya nak fokuskan cerita ini pada Solar Cooking Competition. Tiga orang yang terlibat dalam projek Solar Cooking ni. Ini termasuklah saya, Izzat dan Che Mohamad Firdaus. Semuanya form FOUR (4). Suhu pemanasan global air bagi air yang di-Test dengan Solar Cooking Project ni :- 47.5 darjah celcius. Tersangat-tersangat rendah =.=  Sepatutnya projek Solar Cooking ni mestilah melebihi suhu 50 darjah celcius. Kiranya kitaorang punya projek ni in the low condition 47.5 < 50

Sebenarnya kami dah rancang design untuk dijadikan projek Solar Cooking yang sebenar nanti. Bila nak bina projek tu (mengikut design yang telah disediakan), peraturan bahan dikeluarkan. Lidi hanya dibenarkan digunakan sebanyak 10 batang. Tidak boleh lebih tapi kurang boleh :) Walhal, dalam pelan design tu, kami nak gunakan lidi melebihi 10 batang/unit. Jadi design yang tu, terpaksa dan dipaksa reject. O and O. Sedihnya T___T  *Sabor je lah
Permbinaan design yang lain pun dimulakan....

Inilah projek Solar Cooking group kami. Agak comel kan?? Haha :D

Ni pula contoh projek Solar Cooking dari sekolah lain...

Projek dari SMK Wakaf Bharu


Projek dari Sekolah Sains. Rasanya :D


Projek dari SMK Tengku Indra Petra 2. Sahabat baik SMK Tengku Indra Petra 1 ^^





Ni pula gambar sekitar acara uji suhu projek Solar Cooking kita :D


Sempat lagi berposing depan projek Cooking. Haha ^^






Asyik bercerita pasal Solar Cooking. Rindu pula kat Our Hostel. Lalala :"> Ni lah gambar pemandangan indah dari hostel tempat kami menginap. WZZ Hostel ^^






Ini pula gambar kawan-kawan saya. Yuhuuu ^__<




Peace :D

Senyuman menawan. Haha ^^


Gabungan pasukan TIP 1 dan TIP 2

Buat pengetahuan semua, pemasangan projek terpaksa dilakukan di sini. Tidak boleh diangkut atau diimport samada secara siap mahupun tidak siap dari sekolah atau rumah. Hanya boleh menggunakan bahan yang telah disediakan !!!

Okay. Itu sahaja coretan entri best untuk Karnival Sains Dan Teknologi Tahun 2011. Biarpun tidak tersenarai dalam pihak yang memenangi kejuaraan, tapi tetap best. Boleh jalan-jalan sambil merehatkan minda ^__<

Babai...

Thursday 9 June 2011

2 Contest : Gambar Kreatif ^^

Entri Ini Dikuasakan Oleh Dolly :)

Assalamualaikum Blogger-Blogger semua ^^

Harap korang semua senyum, sihat dan sengih-sengih selalu :)

Sila fokuskan anak mata anda ke arah tajuk entri untuk hari yang amat indah ini. Contest : Gambar Kreatif !!!

Minta Tolong Klik Gambar Di Atas ^^
Contest ini merupakan contest PERTAMA yang akan di join oleh Tuan Empunya Blog Aiman Afnan Mohd Asri.  Nama penuh gitu ^__<

Buat sesiapa yang ingin menJoinkan diri dalam contest ini, sila baca secara penuh ayat di bawah !!!

Korang bolehlah gerakkan cursor comel korang tu dan klik pada gambar promosi di atas. InsyaAllah akan masuk ke dalam blog pihak penganjur ^__^
Okay. Jom tengok gambar comel yang telah saya paksa untuk join contest ini. *Buat muka garang =.=*

Klik Jika Mahu Lihat Gambar Comel Ini Dengan Lebih Menarik  :D


Perihal gambar ini :

Gambar ini merupakan gambar sepupu comel saya. Nama comel dia Sarah. Kadang-kadang panggil Sarah. Kadang-kadang tu pulak panggil Alya :D  Umurnya adalah secret.. Haha ^__^  Gambar ini di ambil dalam rumah dia di Ukay.. Jauh bukan??? Haha ^^ Ukay Perdana bukannya UK !!! Teknik yang saya gunakan untuk gambar kreatif ni adalah Teknik Aiman InPhotoshop ^__<  Satu-satunya teknik nombor satu di Malaysia. Muahaha :">
Itu sahajalah perihal gambar kreatif + comel saya tu :) Harap-harap boleh menang !!!

Untuk contest ini, saya tag :) Jeng-jeng !!! Calon-calonnya ialah :-
(Sebenarnya hanya 3 )

Itu sahaja entri berkenaan dengan contest ini. Ulangan jari menaip : Sesiapa yang mahu atau nak join contest ini, bolehlah ringankan cursor comel korang tu untuk klik gambar promosi di atas :">

Friday 3 June 2011

0 Animasi Flash Number 1 ^^

Assalamualaikum Blogger-Blogger ^^

Wah! Hari ini tajuk entri ini agak membanggakan bukan? Hehe :)

Saya sengaja bagi tajuk ni: Animasi Flash Number 1 ^^   Barulah gempak sikit kan ^__<

Sebenarnya sudah lama saya mahu buat animasi flash ini. Seronok bila tengok orang lain yang buat :) Contohnya macam dalam blog Ayeem Ayam dan Robot Sakti. Dua-dua tuan empunya blog ni memang pakar dalam Flash. Bagi sayalah. Haha :D

Okay. Flash yang saya buat ni mungkin tidaklah sehebat diaorang berdua ni.

Emm... Dalam entri ini saya mahu sharelah sikit pasal Flash yang saya baru buat ni.  Flash ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itupun kalau tidak silap. Saya saja-saja suka suki nak buat Flash ni. Saya menggunakan perisian dari Adobe iaitu  Adobe Flash cs3 Professional untuk menjayakan animasi Flash pertama saya. Thanks to Adobe :">



Mula-mula nak membuatnya tu memanglah agak pening sedikit. Maklumlah tools kat dalam Adobe Flash ni bersepah-sepah. Kalau tidak percaya, boleh tengok kat bawah ini.


Inilah Animasi Flash Number 1 saya. Pertama di blog Aiman Afnan. Pertama di Malaysia. Haha ^^  Saksikanlah pelayar kapal berlayar merentasi lautan Flash ^__<




Itu sahaja dari saya :)  Babai !!!


Imej Asal sebelum DiFlashkan. Saya lukis sendiri kapalnya. Comel kan??

Wednesday 1 June 2011

0 Best Oh Best :)

Assalamualaikum Blogger-Blogger comel...

Entri hari ini ringkas je :) Saya mahu share satu lagu best dengan Blogger dan reader blog saya ni. Best sangat lagunya.

Seperti biasalah, sebelum share lagu ni, mestilah bagi lampirannya dahulu. Hehe ^^

Lagu ini dinyanyikan dengan penuh merdu oleh Sami Yusuf.

Di bawah ini ada credit yang saya copy dari web Sami Yusuf Official :)


  • Song Name : "Healing"
  • Written And Produced By  Sami Yusuf
  • Lyrics Co-Written By Dr. Walid Fataihi
  • Mixed And Mastered At Andante Studios



"Healing"
VERSE 1:

It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى
CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2): 

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة 

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً 



Lirik ini saya copy dari Web Sami Yusuf Official :)





Itu sahaja dari saya. Seandainya tulisan bahasa Arab ini mengalami masalah, harap dimaafkan. Saya hanya copy lirik ini ^^

Babai :)