Imam Muda Azhar. Weet Weet

  • 3
Post entri yang agak menarik :D Hehe ^__<

Assalamualaikum buat pembaca entri ini :D

Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. (Ayat skrip)

Hari ini saya mahu taip entri pasal Imam Muda Azhar. Saya panggil beliau dengan panggilan Abang Azhar :D Abang Azhar ni mari ke daerah Gua Musang atas jemputan Majlis Daerah Gua Musang. Famous kan Gua Musang. Haha ^^ Sohor tak?? Cakap kelantan pula...

Abang Azhar mari ke Metropolitan Gua Musang ni bagi menyampaikan ceramah. Ceramah on-air. Best juga apabila dengar cara dia menyampaikan ceramah. No script. Pertama tu, Abang Azhar ni pandai ambil hati audien atau pendengar. Keduanya, Abang Azhar ni ada selitkan cerita juga. Semuanya best. Saya masih ingat lagi cara pemakaiannya. Beliau memakai baju Melayu warna oren bak limau mandarin dan bersamping plus bersongkok. Tiada gambar Abang Azhar. Saya tertinggal kamera kat rumah. Hehe ^__^

Saya share sedikit lampiran berkenaan dengan program ini :-

Program Motivasi Remaja
Bersama
Imam Muda Azhar
Tarikh : 25/6/2011 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi-12:00 tengah hari
Bertempat Di : Dewan Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.

Abang Azhar ni pun ada share cerita dengan kami semua. Cerita Abang Azhar ni sebenarnya pasal Communication kita. Biar saya terangkan maksudnya. Contohnya, macam percakapan kita. Di Malaysia, ada banyak loghat bahasa. Example : Kelate, Kedah dan Terengganu. Itulah  Communication maksud Abang Azhar kita tu. Bukan semua orang di Malaysia ni faham dengan apa yang kita cakap. Cuba bayangkan kalau orang Kelantan bercakap dengan orang Kedah. Cerita communication ni bukannya tajuk yang beliau bincangkan tetapi hanya sebagai pemanis bibir ataupun pemula bicara indah. Hehe ^__^

Tajuk yang Abang Azhar nak fokuskan ni pasal :-

Di Mana Kemuliaan Islam Pada Diri Remaja Islam?

Kalau saya ada masa, saya akan taip entri pasal tajuk program ni :'>

Saya mahu share sedikit biodata Abang Azhar. Pendek sahaja.. Tidak sempat nak menyalin.

Imam Muda Azhar

Nama penuh beliau ialah Khairul Azhar Bin Ghazali. Kini, beliau berumur 22 tahun. Beliau ni still single. Kata orang putih. Beliau ni berasal dari Negeri Kedah. Menurut cerita beliau sendiri, Ayahnya orang Kedah dan Emaknya orang Kelantan. Abang Azhar ni sebut yang beliau ni orang Ke-Tan. Gabungan Kedah dan Kelantan.
p/s : Saya salin laju-laju ni. Kalau ada yang salah, harap dimaafkan. Boleh maklumkan di peti pos komen :D

Kalau nak yang secara detail, boleh pergi kat blog beliau. Lalala ~_~

Saya taip entri sampai di sini dahulu.

Babai dari saya :D

3 ulasan:

NuRKaSiH aTieQaH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
NuRKaSiH aTieQaH berkata...

assalamualaikum adik aiman..wah best yer dapat jumpe imam muda azhar ni..moga apa yg disampaikan dapat memberi manfaat buat adik..insya Allah.. :)

lensaazhar.blogspot.com berkata...

thanks dik n semua (lensaazhar.blogspot.com)