16 June 2011

4 Karnival Sains Dan Teknologi Tahun 2011

Assalamualaikum Blogger-Blogger ^^

Hari ini, saya bersemangat nak menaip entri. Baru-baru ini, saya terpilih untuk menyertai Solar Cooking Competition. Temanya Cooking With Nature. Masak guna cahaya matahari gitu. Hehe ^__<

Solar Cooking Competition ini diadakan di SMK Kutan, Kelantan selama dua hari bersempena dengan program Karnival Sains Dan Teknologi Tahun 2011. Kami bertolak ke sana pada 12/6/2011 bersamaan dengan hari Ahad. Kami menginap di WZZ Hostel.. Kalau tidak silaplah. Haha ^^ Nama yang agak payah untuk diingati. Program ni berlangsung selama 2 hari.

Okay. Sebenarnya Solar Cooking Competition ni hanya terbuka untuk pelajar menengah rendah Tingkatan 1-3. Saya ni Tingkatan 4. Kita join je lah. Haha :D Ada tiga pertandingan kat sana.

  1. Solar Cooking Competition
  2. Rocket Competition
  3. Solar Car Race Competition
Semuanya kalah teruk. Haha ^^ Saya nak fokuskan cerita ini pada Solar Cooking Competition. Tiga orang yang terlibat dalam projek Solar Cooking ni. Ini termasuklah saya, Izzat dan Che Mohamad Firdaus. Semuanya form FOUR (4). Suhu pemanasan global air bagi air yang di-Test dengan Solar Cooking Project ni :- 47.5 darjah celcius. Tersangat-tersangat rendah =.=  Sepatutnya projek Solar Cooking ni mestilah melebihi suhu 50 darjah celcius. Kiranya kitaorang punya projek ni in the low condition 47.5 < 50

Sebenarnya kami dah rancang design untuk dijadikan projek Solar Cooking yang sebenar nanti. Bila nak bina projek tu (mengikut design yang telah disediakan), peraturan bahan dikeluarkan. Lidi hanya dibenarkan digunakan sebanyak 10 batang. Tidak boleh lebih tapi kurang boleh :) Walhal, dalam pelan design tu, kami nak gunakan lidi melebihi 10 batang/unit. Jadi design yang tu, terpaksa dan dipaksa reject. O and O. Sedihnya T___T  *Sabor je lah
Permbinaan design yang lain pun dimulakan....

Inilah projek Solar Cooking group kami. Agak comel kan?? Haha :D

Ni pula contoh projek Solar Cooking dari sekolah lain...

Projek dari SMK Wakaf Bharu


Projek dari Sekolah Sains. Rasanya :D


Projek dari SMK Tengku Indra Petra 2. Sahabat baik SMK Tengku Indra Petra 1 ^^





Ni pula gambar sekitar acara uji suhu projek Solar Cooking kita :D


Sempat lagi berposing depan projek Cooking. Haha ^^






Asyik bercerita pasal Solar Cooking. Rindu pula kat Our Hostel. Lalala :"> Ni lah gambar pemandangan indah dari hostel tempat kami menginap. WZZ Hostel ^^






Ini pula gambar kawan-kawan saya. Yuhuuu ^__<




Peace :D

Senyuman menawan. Haha ^^


Gabungan pasukan TIP 1 dan TIP 2

Buat pengetahuan semua, pemasangan projek terpaksa dilakukan di sini. Tidak boleh diangkut atau diimport samada secara siap mahupun tidak siap dari sekolah atau rumah. Hanya boleh menggunakan bahan yang telah disediakan !!!

Okay. Itu sahaja coretan entri best untuk Karnival Sains Dan Teknologi Tahun 2011. Biarpun tidak tersenarai dalam pihak yang memenangi kejuaraan, tapi tetap best. Boleh jalan-jalan sambil merehatkan minda ^__<

Babai...

4 comments:

NuRKaSiH aTieQaH said...

wah tahniah krn terpilih utk masuk prtandingan Solar Cooking Competition. walaupun tak menang sekurang2nya adik dan kumpulan dh cuba buat yg terbaik..semoga terus succes dan jgn mudah putus asa yer adik aiman. :)

Aiman Afnan Bin Mohd Asri said...

Terima kasih akak atas kata-kata semangat itu. Hehe ^__<

Soleh Kamarulazizi said...

Salam.

Gambar solar race car competition xde ke?

Aiman Afnan Mohd Asri said...

Waalaikumussalam. Maaf. Tidak ada..