5 November 2011

0 Fakta Khas Tentang Domain?

Assalamualaikum kawan-kawan.

Apa khabar semua? Harapnya sihat-sihat sahaja. Esok kan raya. Kalau tidak sihat, asyik demam je, tidak boleh rayalah kan. Jom jadi sihat. Tiru macam saya :D

Tadi semasa saya tengah view in group Budak Budak Bloggers, saya jumpa apa? Cuba teka? Okaylah. Saya straight to the titik. Saya tak jumpa apa-apa pun. Sengaja mahu bagi suspen sikit. Saya nak share satu fakta khas dengan korang? Korang tahu tak apa itu domain co.cc ? Domain co.cc ini merupakan domain free. Kalau tak silap, sampai satu tahun sahaja. Ini pun ada orang yang bagitahu. Domain co.cc ni lebih kurang macam domain dot com lah. Kalau tak pun, domain dot com dot my.

Tadi semasa saya nak view salah satu blog yang pakai domain jenis co.cc ni. Saya berasa sangat terkejut. Sebenarnya bukan terkejut sangat. Melebih-lebih punya admin. Anti virus saya block semua akses ke blog yang menggunakan domain co.cc! Semua blog yang menggunakan domain co.cc ini dikategorikan sebagai Malware site (Potentially Harmful Website). Saya guna Anti Virus Avira Premium Security Suite. Ada blogger   beritahu yang mereka masih lagi boleh akses blog berdomain co.cc ni. Mungkin ianya bergantung kepada jenis-jenis Anti Virus. Saya pun kurang pasti. Kalau Kaspersky dengan Mc Afee? =.=

Bunyi khabar, domain co.cc ni kena block dengan Google. Katanya ada SPAM. Kesahihannya, saya tidak pasti. Saya cuma NO COMMENT je sebab saya ini bukannya orang GOOGLE. Saya cuma seorang Founder GOOGLE je :)

Saya share screenshotnya ek. Domain blog yang diblock aksesnya ini hanya untuk pameran semata dan mata.  Sekadar bukti apa yang sudah berlaku. Mereka tidak bersalah. MALWARE itu yang bersalah. Mungkinlah juga MALWARE itu salah landing kat situ. Siapa tahu? ^__^

Okay. Itu sahaja perkara yang ingin saya share.

Babai :D

No comments: