13 November 2011

2 SPM Esok!

Assalamualaikum kawan-kawan.

Tiada apa yang saya mahu taipkan di sini. Just mahu ucap wish kat pelajar tingkatan 5 di negara tercinta ini, Malaysia.

Krew Aiman Afnan Official mengucapkan :
Selamat Menyambut Hari SPM kepada semua pelajar tingkatan 5.
Semoga Berjaya Dalam SPM Ya!

Okay. Seperti biasa. Ada exam. Ada tip kan. Jom scroll ke bawah sikit.

Saya mahu share beberapa tip untuk korang. Mungkin boleh dijadikan panduan.

  1. Pastikan korang mendapat rehat yang cukup. Jangan study hard sehingga late night. Just Study Smart.
  2. Masuk dewan peperiksaan dengan reaksi muka yang ceria. Buat emoticon gembira macam ni ^__^ *Pastikan bibir sama panjang. Baru comel. Hihi :)
  3. Tegur pengawas peperiksaan yang berada berhampiran dengan korang. Tunjuk peace pun boleh. Mintak akaun Facebook mereka ke. URL blog mereka ke. Mungkin twitter mereka. p/s : Jangan guna tip ini dalam dewan peperiksaan.
  4. Baca Bismillah dan Doa Penerang Hati sebelum menjawab soalan exam. Hanya untuk orang beragama Islam.
  5. Berikan sepenuh tumpuan pada kertas soalan sendiri. Jangan cuba-cuba tengok jawapan kawan di sebelah. Kalau nak jugak tengok jawapan kawan di sebelah, mintak izin dengan pengawas peperiksaan.
  6. Pilih jawapan yang betul sahaja bagi soalan objektif. Jangan pilih jawapan yang salah. Bagi soalan subjektif, tulis jawapan yang betul sahaja. Jawapan yang salah, sila simpan di rumah. Jangan bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.
  7. Selesai sahaja sesi menjawab, jangan bincang jawapan korang dengan kawan-kawan. Ini bagi mengelakkan kedatangan Mr. Stress dan Mrs. Stress.
  8. Jangan tinggal solat. Solat itu tiang agama. Jangan lupa untuk menunaikan solat sunat hajat. Minta pertolongan daripada Allah S.W.T agar dipermudahkan untuk memilih dan menulis jawapan yang betul.
  9. Bagi soalan subjektif, tulis jawapan korang dengan pen samada pen biru atau hitam. Gunakan pensel hanya untuk menjawab soalan objektif. Pensel 2B sahaja. Jangan pensel warna mahupun crayon. Nanti korang akan dijemput untuk keluar dari dewan peperiksaan oleh pengawas peperiksaan yang comel itu.
  10. Akhir sekali, tawakal dan berdoa.
  11. Last but least, Semoga Berjaya Dalam SPM :)
Kepada yang sudah membaca entri ini, ringankan cursor untuk klik Churp Churp dan Nuffnang saya. Still zero sen. T___T

Okay. Itu sahaja dari saya. Babai and Good Luck all !

p/s : Tip itu saya reka sendiri. Tiada curi-curi dari blogger lain :)
Sumber Imej : Google Malaysia

2 comments:

miszfazierra said...

thanks for the tips . doakan sy utk esok yep . wish me luck :)

Aiman Afnan Bin Mohd Asri said...

@miszfazierra
Welcome :D Good Luck for SPM. Semoga berjaya dengan cemerlang \(^__^)/