Saturday 24 December 2011

2 Kepada Pengiklan Nuffnang :D

Assalamualaikum kawan-kawan.

Ini merupakan hasil perbincangan Afnan dengan adik beradik Afnan dalam bilik tidur malam tadi. Hehe :D Okay. Hari ini Afnan nak share satu panahan petir dengan kawan-kawan berkenaan dengan Nuffnang.

Ada apa dengan Nuffnang? Meh Afnan terangkan...

Kalau kawan-kawan menjelajah blog-blog, mesti kawan-kawan akan nampak ada sesetengah blog yang menyediakan dua jenis iklan. Contoh : Satu iklan Nuffnang dan satu iklan Heartbeat ataupun satu iklan Nuffnang dengan satu iklan Advertlets.

Nasihat Afnan, lebih baik kawan-kawan hentikan aktiviti macam ini. Sebab kenapa? Kawan-kawan tak baca ke syarat-syarat semasa mendaftar sebagai pengiklan tu. Setiap syarikat pengiklanan menyediakan syarat-syarat yang lengkap. Ni antara screenshot yang Afnan dapat tangkap. Tengok pada bahagian yang bercolour merah itu ya ^.<

Klik Untuk Tumbesaran.

Klik Untuk Tumbesaran.

Dah baca syarat-syarat nya kan? Nuffnang tak bagi kita mengiklan dua iklan dalam blog berdaftar dengan nya. Macam yang Afnan bagitahu kat atas tadi lah kan. Hal ini kerana, iklan yang ada diiklankan selain daripada Nuffnang dikira sebagai iklan pesaing. Tak faham lagi? Biar Afnan terangkan secara shortcut.

Contoh : Awak ada satu blog. Dalam blog tu awak pamerkan dua papan iklan. Satu papan iklan itu milik syarikat 'A' dan satu lagi papan iklan itu milik syarikat 'B'. Bagi syarikat 'A', syarikat 'B' akan dianggap sebagai pesaing mereka manakala bagi syarikat 'B' pula, syarikat 'A' akan dianggap sebagai pesaing mereka.

Untuk makluman semua, setiap syarikat pengiklan dah menetapkan terma dan syarat dengan tidak membenarkan ahli Blogger berdaftar meletakkan dua iklan dari pengiklan berbeza yang boleh dianggap sebagai pesaing mereka. Tidak kiralah syarikat pengiklan Nuffnang, Heartbeat mahupun Advertlets.

Bagi pengiklan Nuffnang, mungkin Nuffnang akan menarik balik status Glitterati sekiranya kawan-kawan melanggar syarat mereka.

Klik Untuk Tumbesaran.

Habis pasal Nuffnang. Okay. Afnan mahu sambung sedikit lagi. Hari itu ada kawan-kawan Afnan beritahu jangan share ChurpChurp kat dalam group. Kata mereka, ini dikira sebagai SPAM. Afnan pun tak tahu juga apa itu SPAM. Hehe :D Tapi bagi Afnan, sebenarnya ChurpChurp bukannya marah sekiranya kita share ChurpChurp dalam group. Sebab kenapa? Meh Afnan buktikan melalui screenshot ini ^.<

Klik pada gambar untuk tumbesaran.





Dah nampak kan? So, kenapa kawan-kawan kata yang ChurpChurp tak bagi. Afnan sekadar berkongsi. Kalau ada salah dan silap dalam entri ini, sila bagitahu.

Okay. Itu sahaja. Babaiii ^^V