Monday 21 February 2011

0 Al-Fatihah....


Al-Fatihah....

Buat Arwah Ayoh Yang Tercinta.....

Semoga Rohnya Ditempatkan Di Kalangan Orang Yang Soleh.....

Amin............

p/s: Panggilan Ayoh ini ditujukan buat Arwah Datukku yang tercinta

Sumber Imej : dizaPher

Friday 11 February 2011

0 Blog In Trouble T____T

Hai kawan-kawan.... Bertemu kembali kita :)

Assalamualaikum...

Pertama sekali, saya hendak berkongsi masalah atau problem berkenaan dengan blog saya ini. Biasalah lumrah manusia *Chehhh :P* Setiap perkara hendak dicuba.

Sebelum saya on netbook saya ini, saya ada hajat untuk meneruskan misi menggodam data. Bukan WIKILEAKS ya!!! Pergilah klik blog yang ada tutorial.... Klik punya klik. Jumpalah satu blog yang memberi tunjuk tentang cara untuk membuat design blog.

So dan oleh itu, saya pun trylah join cara-caranya. Akhirnya.....

Rasa Seperti Mahu Menangis

T______T

Saya telah tersilap godam kod. Semua widget dalam blog hilang. Kenapa semua ini berlaku? *Dramanya......*

Kesimpulannya, saya terpaksa memaksa jari-jemari saya untuk mencari kembali kod-kod itu. Itulah padahnya apabila menggodam kod tanpa izin.... Hahahahaha :D Bukanlah. Godam kod dan terus klik Simpan Perubahan....  Lain kali, kena berhati-hati :)

Akhirnya dan bukan yang terakhir....

Seandainya kalian rasa blog ini comel, Kata Aiman : Terima Kasih Ya!!!
Seandainya kalian rasa blog ini ------, Kata Aiman : Tolong jangan pergi ya.... Please *Muka 10 sen*


p/s : Hari ini semasa aktiviti PBSM, ada aktiviti kotak beracun. Saya telah terpilih menjadi penyanyi lagu Negaraku. Lirik Negaraku pun tidak ingat :) Maklumlah terlampau nervous. Macam mana dengan suara saya ya? Merdu ke? Hehehehe.... Harap-harap sangat ^___^


Suara Merdu Telah Menarik Perhatian Pooh Untuk Menjenguk Blog Ini :D

0 Nuffnang Ku :D

Assalamualaikum kawan-kawan :D

Harap ceria dan sihat-sihat selalu. Apa khabar semua?

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit kegembiraan saya. Mahu tahu?

Duit Nuffnang saya naik RM0.25

Banyak sangat duit Nuffnang ini naik :) Namun, saya tetap ingin mengucapkan terima kasih buat sesiapa yang rajin untuk Klik Button Biru NUFFNANG ini. Terima kasih ya!!! Nanti kliklah banyak lagi. Hehehehehe ^__^

Walaupun naik 25 sen, saya tetap gembira. Wuhuuuuuuuu :D

Kepada yang comel-comel di luar sana, klik button NUFFNANG ini ya....

Okay. Setakat itu dahulu.... Bye-bye

^_______^

Terima Kasih Kerana Sudi Klik

Sunday 6 February 2011

0 Entri Sebentar Ya ^__^

Assalamualaikum and Hai :D

Rindu saya tak? ^___^

Hari ini mahu taip entri pendek-pendek. Sahaja hendak beritahu bahawasanya Saya AIMAN AFNAN BIN MOHD ASRI telah mendapat tawaran ke SBP. SBP Ya Tuan dan Puan!!!

*Memang agak lambat entri ini keluar. Lewatnya !!! T_______T

Keputusan MUKTAMAD yang telah dikeluarkan oleh Media :

AIMAN TIDAK KE SBP

Ini adalah keputusan muktamad. Harap maklum ya!!!

Okay. Sampai sini :D Jumpa di lain hari....

Bye-bye ^___^

p/s : Ini adalah entri ringkas. Sila sebarkannya segera :D *Gurau sahaja*

Selamat Datang Februari :D Mari senyum ^_____^