16 February 2012

0 Gambar Potrait Sendiri

Gambar Potrait Aiman
| Nikon D50 | ISO 200 | f/7.1 | 1/02s | Speedlight SB-800 |

*Betul ke exif data tu? -.-

Assalamualaikum kawan-kawan :)

Lama Aiman tak update blog ni. Selamat datang Tahun 2012. Hikhik ^o^

Okay. Hari ni Aiman update entri pasal gambar potrait. Menjadi tak gambar potrait ni? Ni first time ambik tau. Ambik kat dalam bilik tidur je. Tak pergi kedai pun. Hebat kan Aiman?

Pada mulanya, gambar potrait ni saiznya besar sedikitlah dari gambar potrait yang ni. Jadi, Aiman crop sedikit dan potong ikut line muka serta buat gradient background guna Adobe Photoshop CS5 Extended. Selepas itu, Aiman touch up kan sedikit tone nya guna Adobe Photoshop Lightroom 3.3. Hasilnya jadi macam ni. 

Tujuan Aiman buat gradient background ni adalah supaya latar belakang shot nampak macam ala-ala kita ambil kat kedai gitu. Cara potong Aiman sudah menjadi cuma di bahagian rambut je kurang. Ada kesan sedikit. Boleh diperbaiki lagi kan :D

Aiman pun first time je guna Adobe Photoshop Lightroom. Payah woo!! Blur sekejap sebab Lightroom ni tak macam Photoshop. Pening -.-

Kalau ambil kat kedai foto mahal. Kawan Aiman kata, kalau ambil di tempat studio tu, RM10 untuk 4 keping gambar. Kalau print kat tempat dia, RM5 untuk 4 keping. Lebih baik print daripada ambil di tempat studio dia kan? Mana satu pilihan anda?

Ni pulak hasil editing untuk Photoshop dan bersedia untuk diprint guna printer di rumah sendiri. Kalau dulu boleh print secara terus kat kedai foto dengan harga RM1 tapi sekarang tak boleh sebab orang kedai tu mesti akan beri alasan. Katanya "Maaflah adik. Mesin ni buat hal. Tak boleh print macam ni. Dia kena print satu-satu." (Maksudnya print macam biasa) Satu foto. Satu foto. Satu foto. Satu foto. RM5 untuk 4 keping. So, terpaksalah kita..


Kalau nak print sendiri, kawan-kawan bolehlah cari kertas foto. Tak mahal pun. Murah je. Aiman pakai printer Epson. Jadi, Aiman guna lah kertas foto khususnya iaitu Epson Glossy Photo Paper.

Hasilnya pula, memanglah tidak akan sehebat kedai tapi still beruntung. Bukan calang-calang orang boleh print dari rumah :))

Barang-barang yang diperlukan untuk shoot potrait sendiri :
  1. Kamera (DSLR atau Compact). Aiman guna DSLR Nikon D50.
  2. Speedlight (Kalau kawan-kawan guna DSLR lah. Kalau Compact, boleh guna build in flash. Tak nak guna pun tak apa)
  3. Remote Control (Untuk memudahkan bagi mereka yang tiada "Photographer"
  4. Tripod (Kalau tiada, letak je kat tempat yang tinggi, stabil dan selamat)
p/s : Itu cadangan Aiman. Kalau kawan-kawan lebih profesional, sudilah share cara lain di komen ya.

Aiman shoot sendiri tanpa sebarang Photographer. Jadi Aiman pun gunalah remote ni sebagai bantuan penekan shutter button. Aiman gantikan build in flash dengan Speedlight. Ni pun secara kebetulan je. Sambil-sambil nak test ambil gambar guna Speedlight. Mujur ada bateri. Hehe :D Letak kamera atas tripod masing-masing dan tetapkan ketinggian. Akhir sekali, snap!
Kamera Compact pun sama je tau. Cuma tak ada Speedlight dan kawalan dari Remote.

Percubaan Afnan untuk ambil gambar ni adalah sebanyak 47 kali percubaan. Pilihlah dari gambar yang terbaik!

Inilah Speedlight. Pengganti Build In Flash korang tu :D

Inilah remotenya :3

Remote ni amat sesuai bagi mereka yang suka shoot gambar sendiri. Tak perlulah lagi kita set timing kan :p

Okay. Habis sudah entri gambar Potrait. Comelkan gambar tu? Hikhik :) Itu sahaja lah dari Aiman.

Babaiii :D

*Ringankan tangan bantu Afnan nak? Klik je "kat sini". Terima kasih ya! Tolong klik Nuffnang Aiman sekali tau :))

No comments: