Thursday 12 April 2012

1 Kem Kepimpinan Pengawas Sesi 2012


Assalamualaikum kawan-kawan :)

Lama sudah Afnan tak update blog kan. Apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja.

Hari ni Afnan nak update pasal aktiviti ni. Nampak tak gambar yang kat atas tu? Itulah barisan kepimpinan pengawas sekolah Afnan. Hebat tak? Baju warna oren gitu? Menyerlah lap lap lap. Itu baju baru sebenarnya. Baru tahun ni dirasmikan.

Kalau nak tahu, Afnan sakit kaki ngan sakit tekak time tengah taip entri ni. Badan pulak lenguh lenguh je. Maklumlah terlibat dengan aktiviti lasak kan? Tapi apa-apa pun memang best lah. Okay. Meh Afnan share serba sedikit suka duka semasa kem tu berlangsung. Check it out!

Kem Kepimpinan Pengawas bagi sesi 2012 ini diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 8-10 April 2012 bertempat di Taman Etnobotani Gua Musang, Kelantan Darul Naim. Pengangkutan untuk pergi ke kem ini adalah secara sendirian berhad (kecuali budak asrama).

Untuk kem kepimpinan pengawas ni, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Nama kumpulan itu pula diberi sempena dengan nama haiwan comel kesayangan kami semua. Nak tahu nama kumpulannya tak? Okay. Ada kumpulan Cacing, Cicak, Zirafah, Tikus, Pacat, Lintah, Katak, Monyet, Kura-kura dan Ular. Comel kan nama kumpulan tu ^_^
Apple Worm Clip Art
Afnan dapat kumpulan nombor 8 atau dengan nama comelnya "Kumpulan Cacing". Untuk Kumpulan Cacing ni, Afnan jadi ketua tau. *bangga rasa* Ahli kumpulan Afnan pulak, comel comel belaka. Aww    Bagi perempuan je, okay. Hehe :p
  1. Aiman Afnan (Ketua Cacing)
  2. Ainul Syasya
  3. Ain Umairah
  4. Nik Nur Syahirah
  5. Siti Nor Laila
  6. Kak Norbaiyah
  7. Kak Mimi Nabila
  8. Kak Mira
  9. Mohd Firdaus
  10. PerexJeex
Banyaklah jugak suka duka yang kami lalui bersama. Haha. Koya ah :p Yang paling malu sekali, pada hari pertama tu, group kami kena denda. Denda angkat tangan gaya superman. Dah lah lama pulak tu. Rasa geram je kat cikgu-cikgu situ. Tapi itupun salah kami juga sebab hantar nama ahli kumpulan lewat. Kat situ kalau nak tahu lah kan, hampir setiap hari kena denda tau. No one miss it xP

Lepas tu. Yang ni Afnan tak ingatlah bila. Boleh pulak Afnan terpanggil penghulu dengan panggilan "Ye Cacing". Memang malu lah time tu. Tapi nak buat macam mana, dah terlampau nervous kan. Nasib lah. Sepatutnya "Ye Cik". Bukannya "Ye Cacing". Kalau teringat je peristiwa tu, rasa macam nak gelak sorang sorang pun ada. Hehe :3

^Petunjuk Treasure Hunt^

Habis yang tu, yang ni peristiwa time Treasure Hunt. The best moment tau :) Kumpulan kami kalah untuk game ni. Walaupun kalah, kami still happy tau. Haha. Nampak sangat tak ada perasaan kan :p :p :p Part Treasure Hunt ni berat sikit. Time tengah cari petunjuk untuk checkpoint tu, salah seorang ahli kumpulan Afnan pengsan. Mujurlah Afnan jalan gaya kura-kura time tu. Kalau tak. Tak tahulah. Budak yang pengsan tu namanya Ain Umairah. Boleh pulak dia pengsan time orang tengah penat kan? :p Time tu, Afnan ngan Ainul je yang ada. Afnan angkat bahagian kaki. Ainul angkat bahagian kepala. Hasilnya, posisi budak Umairah still sama. Tak berganjak sedikit pun. Dalam hati cakap, "Beratnya lah Umairah ni." Haha. Sorry eh Umairah xD Hanya Afnan ngan Ainul je yang tahu ungkapan tu kot.
Itulah serba sedikit suka duka di sana. Yang bagusnya pasal kem ni, Afnan boleh kenal geng pengawas yang lain. Ooh. Sebelum terlupa. Malam terakhir tu pun, ada jugak Jungle Trecking tau. Tak boleh bawa lampu suluh dan jalan sorang-sorang. Malam tu lah, banyak hantu yang berkeliaran. Muehehe -.-" Ada yang langgar pokok. Ada yang berlari tak henti-henti. Ada yang menangis. Macam-macam ah.. Selain tu, masa kat kem ni kan, tetiba je Afnan ada kenyakinan. Kalau dulu, time cikgu panggil kat depan suruh cakap ke, mesti nervous je. Kat kem tu, tetiba je tak ada. Pelik sangat. Apa-apa pun, memang best ah. Malam terakhir adalah malam BBQ. Yummy!

Sampai sini saja. Jumpa pula lain kali tau. Afnan dah tak ada idea nak update apa lagi. Mata dah mengantuk sangat. Bye kawan :)

p/s : Tak sabar nak jumpa kawan-kawan di sekolah!