Saturday 18 August 2012

1 Raya? "Taqabbalallahu minna wa minkum"

Assalamualaikum kawan-kawan.
Alhamdulillah. Hari ni dah sampai ke hari last kita berpuasa. Macam mana? Happy? Mestilah happy kan? Nak raya lah katakan. Tapi sebelum tu, Afnan nak tahu lah jugak. Puasa tu penuh ke tak sampai beria ria nak beraya nih? :3

Apa apa pun. Semoga Allah S.W.T mempertemukan kembali kita dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini pada tahun yang akan datang. Amin.

Raya tahun ni Afnan mesti tak best mana. Ye lah. Habis je cuti raya ni terus ada exam trial. Haha. Cakap je lebih exam trial. Tapi still lagi letak muka kat depan lappy. By the way, Afnan study sebenarnya. Bukan tak study langsung. Cuma lebih kepada lappy lah.

Untuk raya ni, Afnan plan nak cuba kuasai subjek Add Math, Chemistry, Physics, Akaun dan Biology. Pray for me. Sekarang nih kita on the way jawab soalan Past Year. Alhamdulillah. Setakat ni masih lagi lancar. Cuma ada yang tersekat sikit especially kat bab Differentiation and Integration untuk Add Math. Dua-dua bab ni memang Afnan payah nak faham :'(  Tapi, you can do it Afnan. Go! Go!

Nak cerita panjang. Kurang idea. Afnan baru je snap satu gambar. Afnan snapkan gambar ni khas sebagai kad Hari Raya tau. Kad Hari Raya yang terlebih exposure kat Lightroom. Selamat melihatnya. Simple okay!


Afnan tak tahu apa ertinya cawan berisi air berwarna merah itu. Haha. Fikir sendiri je. Itu sahaja entri hari ini.  Semoga kita berjumpa lagi lepas trial atau sebelumnya. InsyaAllah. Doakan semoga Afnan berjaya untuk exam ni ya :)

Bye ^__^

Tatapan Kad Raya :

Di sini, Afnan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan "Taqabbalallahu minna wa minkum" kepada rakan-rakan sekelas Afnan, rakan-rakan sekolah Afnan, guru-guru yang pernah atau yang sedang mengajar Afnan ketika ini, rakan-rakan facebook, rakan-rakan twitter dan mereka yang sedang membaca entri ini. Harap dimaafkan jika Afnan ada buat salah atau silap tau. Semoga segala amalan dan taubat kita di bulan Ramadhan diterima Allah S.W.T dan dihapuskan segala dosa. Amin..
Semoga Kita Bertemu Kembali Ramadhan :')
p/s : Tahun ni tema baju raya Afnan warna purple.

Saturday 4 August 2012

3 Yeay! Ramadhan :)

Assalamualaikum kawan-kawan.


Mungkin entri ini agak terlewat kot. Apa-apa pun, Afnan masih lagi sempat rasanya nak ucap "Selamat Berpuasa". Macamana ngan puasa? Ada ponteng tak? Jangan ponteng-ponteng tau. Nanti Allah S.W.T marah tau.

Oleh kerana ni bulan Ramadhan. Jadi Afnan nak cerita pasal bulan Ramadhan ni. Kay.  Before tu, hows the terawih? Ada tinggal? Hope tak adalah kan. Amin..

Bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada bulan yang paling digemari oleh para manusia terutama kanak-kanak tetapi tidak bagi para Syaitan. Yelah. Time bulan Ramadhan ni lah, Syaitan-Syaitan ni kena masuk jail. Wuhuu. Padan muka. Bagi kanak-kanak pula, mereka suka sebab dah nak dekat raya. Betul tak? Bahang raya dah terasa sekarang ni tau biarpun masanya masih panjang lagi. Tak percaya? Try dengar radio. Banyaklah lagu raya yang on air sekarang ni.

Dalam bulan Ramadhan, puasa merupakan satu ibadah wajib di siang hari manakala Solat Sunat Terawih pula sebagai ibadah sunat di malam hari. Meriah kan bulan Ramadhan? Sebenarnya ada banyak faedah apabila kita berpuasa ni.

Antara faedahnya, kita akan dapat melatih nafsu kita. Kita juga akan dapat berdiet. Oh maii..

Afnan malas sebenarnya nak menaip panjang. So, kita end today je lah ya :)

Bye..