Thursday 27 December 2012

0 Update : Tempahan Flash!

Assalamualaikum :)

Ini entri pendek dan untuk dipendekkannya. Opss. Kejap. Sebelum tu, ingin dimaklumkan bahawa penggunaan kata panggilan dari "Afnan" kepada "Saya" akan berkuatkuasa sekarang. Bukan apa. Nak bagi nampak macam orang besar sikit. Jadi, mari gunakan "Saya" :p

Diteruskan sebelum dipendekkan. Bersempena dengan cuti yang memboringkan ini, saya dengan seikhlas hati ingin membuka kedai. Ya! Kedai! Kedai apa? Bukan kedai coklat mahupun kedai roti. Tetapi ini adalah Kedai Flash. Okay fine. Saya nak buka tempahan sebenarnya. Tempahan untuk Flash. Untuk yang biasa pun, boleh jugak :)

Nak tahu apa itu Flash? Tengok kat header atas tu. Itulah Flash. Lebih interaktif kan? Diringkas cerita. Untuk menempah Flash ni, korang bolehlah klik sini dan isi borang online tu dengan seikhlas hati yang boleh atau korang boleh klik juga banner yang berada dibahagian atas itu.

Untuk yang Flash Header dan Banner ni. Saya buka kepada semua. Dibolehkan untuk business mahupun peribadi. Mengenai harga, kedua-duanya adalah sama mahupun untuk bisnes ataupun peribadi. Oleh itu, bagi mereka yang berminat. Bolehlah tempah :) *acu pisau*

Mengenai harga?

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Sebagai permulaan, harga akan ditetapkan seperti yang tertera. Berpatutan lah kan bagi budak yang habis SPM ni tapi tidak bekerja. *meraih simpati*. Tambahannya lagi, bagi sesetengah penempahan itu, mungkin saya akan buat pengurangan harga. Itu pun mengikut kepada syarat-syaratnya. Syarat-syaratnya? Mungkin macam sekiranya header yang disiapkan itu tidak melibatkan banyak interaktif ataupun pergerakan. Berikut adalah senarai harga yang dicadang sendiri. Muahaha xD

  • Flash Header (RM20/RM25) (RM10)
  • Flash Banner (RM10)
Kesemuanya untuk platform Blogger. Kalau platform Wordpress, saya tak pandai lagi nak memasangnya. Kalau template Blogskins tu, insyaAllah boleh :)

Cara-cara pembayaran adalah sebagaimana tertera pada borang online tempahan tu.

Tetiba rasa lain bila menaip menggunakan word "SAYA". Huhu. Okaylah. Sampai disini sahaja. Semoga bertemu lagi.

Bye. 

Friday 7 December 2012

0 End Year Giveaway by Syafiqah and Aina

Assalamualaikum :)

Hari ni Afnan nak join Giveaway. Pertamanya, giveaway ni dari Syafiqah dan Aina. Tak ada orang tag pun. Masa blogwalking, jumpa pasal GA ni. Sengaja mahu mencuba nasib. Mana tahu boleh menangkan. Nak tengok hadiahnya? Boleh tengok kat blog Aina. Korang pun bolehlah cuba nasib korang jugak. Mana tahu boleh menang :)

Untuk GA ni, Afnan nak tag Ieya. ^__^v

Bawah ni ada bukti printscreen Afnan :)



Okay. Itu sahaja entri pendek. Malas nak menaip panjang-panjang. Bye :3

Thursday 6 December 2012

4 Rutin Oh Routine


Assalamualaikum :)

Apa khabaq? Haha. Kay. Afnan tahu korang sihat.

Hari ni? Hari ni rutin harian Afnan sama je lah. Bangun pagi. Makan. Main FB. Main Twitter. Check Blog. Tidur. Lupa nak tambah. Solat, Mandi ngan Minum. Agak-agaknya. Ni lah kot rutin harian budak-budak lepas SPM kan. Kan? Kan? Okay. Tak ada orang yang setuju. Sedih :'(

Afnan nak cerita pasal tadi. Tadi, Afnan mesej ngan kawan Afnan. Silap. Bukan mesej. Berchatting je. Bertanya khabar. Dah setahun tak bersua muka. Haha. Bukan setahun pun. Baru beberapa hari kalau tak silap. Action je :3 Dia cerita pasal dia nak mintak kerja. Ramai lah jugak kawan Afnan yang kata nak mintak kerja. Afnan? Entah lah. Tak tahu lah lagi. Kerja tu memang nak kerja. Tapi tetiba rasa macam malas je. Ye lah kan. Siapa yang tak nak kerja. Kalau kerja, bolehlah dapat duit. Dengan duit tu boleh lah beli macam-macam. Beli lens ke. Haha. Berangan je tahu. Emm.. Nanti Afnan fikir pasal kerja tu. Perlu atau tak?

Talking about lens. Yeah. Hari ni Afnan buka website nikon. Nampak banyak sangat lens. Ada Telephoto. Fisheye. Wide angle. Semua hebat. Tapi hebat macam mana pun, bukan boleh beli pun. Semuanya harga beribu-ribu. Kena tunggu ada kerja yang tetap. People kata "Suatu Hari Nanti".  Geram sangat. Geram sangat bila nampak lens yang comel comel tu. Waaaaaaa!!!
Okaylah. Sampai sini je. Lain kali, kalau ada cerita best. Afnan akan share lagi. 

Afnan ada twitter. Jom follow ramai-ramai. Itu je. Bye :)

Sebelum Afnan lupa. Jom main satu game. Puzzle game. Best tau. Afnan dah cuba. Asyik kalah je. Apa kata korang cuba pulak? ^_____^

Monday 3 December 2012

3 After SPM?


Assalamualaikum..

Apa khabar? Lama sudah kita tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Afnan pun. Sampaikan blog ni tak jadi up to date dah.

Okay. Korang nak tahu? Afnan dah habis SPM dah. Yeay! Tak payah pergi sekolah dah lepas ni. Siapa-siapa yang sama umur tu, kita geng. Sep! Sep! First question yang selalu orang tanya bila dah habis SPM ni. Emm.. How about your SPM? Meh. Afnan nak jawab. Ehem.. Ehem.. Okay je. Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa yang doakan untuk Afnan tu tau.  Bila ditengok balik dengan masa-masa yang dulu, SPM ni rasanya Afnan jawab soalan se-complete complete nya. Terutamanya pada kertas 3 yang bahagian b tu. Soalan merangka eksperimen tu. First time and for the last time. Harap-harap result yang akan keluar bulan 3 ni comel. Amin.. Kalau tak dapat straight A's pun, paling kurang result tu still comel sebab Afnan nak masuk matrik. Afnan nak jadi doktor. InsyaAllah. Doa sangat semoga tiada subjek yang G, D, E ngan C. A dan B pun okay. Alhamdulillah. Korang doakan sekali eh. Mana tahu berkat kan doa korang tu. Nanti saya Aminkan doa korang :)

So, habis je SPM ni. Memang agak bosan. Tak tahu nak buat apa. Kalau tahun lepas, tak lah sebosan tahun ni.. Kenapa eh? Tertanya-tanya jugak. Kawan-kawan Afnan pun ada yang bosan jugak. Ada yang ajak Afnan keluar. Tapi Afnan reject. Haha. Kita tak tahu nak buat apa tau kalau keluar pun. So, nak duduk rumah je lah. Menghadap lappy nih. Rindu oh! Selalu habis SPM ni, ramai nak minta kerja. Kerja sampingan untuk mencari sesuap nasi. Afnan tak minta kot. Lagipun, tak tahu nak buat kerja apa. Tolong kemas rumah mungkin. Oh ya. Menjadi "Bibik". 


Lupa nak cakap. Abah Afnan ada suruh ambil lesen kereta. Tapi tak tahu lagi lah tu. Lesen motor pun tak ada. Sekarang ni, Afnan baru cuba try test bawa motor. Afnan memang tak pandai bawa motor pun. Nervous kata hati Afnan. Takut accident kan. Huhu. Mintak dijauhkan... Tapi. Afnan akan cuba laksanakan jugak misi tu. Misi ambil "LESEN KERETA" + "MOTOR". Berusaha!

Okaylah. Afnan taip sampai sini je. Sampai kita bersua lagi. Rindu kat blog ngan korang. Itu pasai lah jenguk. Mahu update update. Bye. Jaga diri ngan kesihatan cuti-cuti ni tau :)

"Menjadi Dewasa" :p