Monday 3 December 2012

3 After SPM?


Assalamualaikum..

Apa khabar? Lama sudah kita tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Afnan pun. Sampaikan blog ni tak jadi up to date dah.

Okay. Korang nak tahu? Afnan dah habis SPM dah. Yeay! Tak payah pergi sekolah dah lepas ni. Siapa-siapa yang sama umur tu, kita geng. Sep! Sep! First question yang selalu orang tanya bila dah habis SPM ni. Emm.. How about your SPM? Meh. Afnan nak jawab. Ehem.. Ehem.. Okay je. Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa yang doakan untuk Afnan tu tau.  Bila ditengok balik dengan masa-masa yang dulu, SPM ni rasanya Afnan jawab soalan se-complete complete nya. Terutamanya pada kertas 3 yang bahagian b tu. Soalan merangka eksperimen tu. First time and for the last time. Harap-harap result yang akan keluar bulan 3 ni comel. Amin.. Kalau tak dapat straight A's pun, paling kurang result tu still comel sebab Afnan nak masuk matrik. Afnan nak jadi doktor. InsyaAllah. Doa sangat semoga tiada subjek yang G, D, E ngan C. A dan B pun okay. Alhamdulillah. Korang doakan sekali eh. Mana tahu berkat kan doa korang tu. Nanti saya Aminkan doa korang :)

So, habis je SPM ni. Memang agak bosan. Tak tahu nak buat apa. Kalau tahun lepas, tak lah sebosan tahun ni.. Kenapa eh? Tertanya-tanya jugak. Kawan-kawan Afnan pun ada yang bosan jugak. Ada yang ajak Afnan keluar. Tapi Afnan reject. Haha. Kita tak tahu nak buat apa tau kalau keluar pun. So, nak duduk rumah je lah. Menghadap lappy nih. Rindu oh! Selalu habis SPM ni, ramai nak minta kerja. Kerja sampingan untuk mencari sesuap nasi. Afnan tak minta kot. Lagipun, tak tahu nak buat kerja apa. Tolong kemas rumah mungkin. Oh ya. Menjadi "Bibik". 


Lupa nak cakap. Abah Afnan ada suruh ambil lesen kereta. Tapi tak tahu lagi lah tu. Lesen motor pun tak ada. Sekarang ni, Afnan baru cuba try test bawa motor. Afnan memang tak pandai bawa motor pun. Nervous kata hati Afnan. Takut accident kan. Huhu. Mintak dijauhkan... Tapi. Afnan akan cuba laksanakan jugak misi tu. Misi ambil "LESEN KERETA" + "MOTOR". Berusaha!

Okaylah. Afnan taip sampai sini je. Sampai kita bersua lagi. Rindu kat blog ngan korang. Itu pasai lah jenguk. Mahu update update. Bye. Jaga diri ngan kesihatan cuti-cuti ni tau :)

"Menjadi Dewasa" :p

3 comments:

EiZaRaZiErYa said...

ala kiut nye entry dak spm.. :) all d best utk misi lesen tu..it gonna be fun..believe me :)

Unknown said...

bestnye dah habis....!

Aiman Afnan Mohd Asri said...

@EiZaRaZiErYa : Kiut eh? Tak sangka. Hehe :D

@Nurul Husna : Best bila dah habis. Sebelum habis tu, stress sikit. huhu.