Wednesday 25 December 2013

1 Pertumpahan Darah Di KMPk

Assalamualaikum dan hi guys.
Tarikh 25hb Disember 2013. Today's morning event.
Afnan join yang program sembelihan. Program ni sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi. Tapi sebab time tu, bilangan peserta pun tak seberapa mencukupi, jadi waktunya pun dianjak kehadapan. Lebih kurang dalam pukul 9:30 lebih lebih baru lah sembelihan tu start.
Sebelum tu, lebih kurang dalam pukul 8 pagi, ustaz ada lah bagi talk ala ala cam camne cara nak sembelih. Daripada talk tu la, baru Afnan tahu yang kalau seseorang yang dalam berkeadaan 'hadas besar' pun masih boleh melakukan sembelihan. Ehee. Selama ni ingatkan tak boleh. Huhu. Pastu, Ustaz pun ada jugak cite pasal hukum kalau sembelih ayam sampai terpotong sekali dengan lehernya. Its makruh kay but still you can eat that chicken xP
Habis je talk tu, kitaorang pun berhijrah lah ke cafe Pak Wan bersama dengan panji panji. Kononnya :p
Sampai kat sana, ada lah ni haaa jamuan free. Habis bab jamuan. Pakat semua berkerumun pergi kat ustaz.  Ustaz tunjuk demo camne nak sembelih ayam. Afnan tak dapat nak tengok yang demo tu sebab pemandangan terhalang oleh mereka yang tidak sepatutnya :3
Habis je demo. The mission begin. Satu group akan dapat seekor ayam. Emm. Satu group ada lebih kurang dalam 10 orang. Maka dengan itu, terbahagilah beberapa cabang tugas. Antaranya, tukang penyembelih, si pemegang ayam dan juga pegawai pemerhati. Afnan bertindak sebagai pegawai pemerhati. Haha. Actually bukan tak nak sembelih kay. Tapi sebab time tu, Afnan nampak ada sorang tu dah bersemangat pegang pisau, jadi Afnan bagilah peluang kepada dia tu. Ehee xP Kita dahulukan lah bagi mereka yang lebih semangat. Nanti emo pulak kan. Kan kan kan. Haha.
Habis tengok orang sembelih. Habis tengok ayam melompat lompat lepas disembelih. Now, masuk la part masak memasak. Selesai je masak memasak, sekarang tibalah masa makan memakan. Yang ni, kitaorang makan dalam talam. Dan ini second time, Afnan makan dalam talam. Yang first time tu masa berbuka puasa waktu first sem. Untuk Afnan ni, satu talam tu ada lima orang makan. Memang enjoy laaa ^^
So. Itu je la story nya. Ouh ya. Afnan share some picture untuk korang masa event tu. Kalau nak stalk banyak lagi picture, bolehlah stalk kat instagram Afnan : @aimanafnan . Jangan lupa follow sekali. Eheh ^^v
And ya. Selfie from three of us xP

Saturday 14 December 2013

1 Alhamdulillah :)

Assalamualaikum dan hai!
Hari selasa lepas bersamaan dengan 10 Disember hari tu, result PSPM 1 diumumkan.
Sebelum harinya dan pada hari tersebut sebelum result tu keluar, hanya Allah je yang tahu debaran menunggu keputusan tu. Maklumlah result PSPM 1 tak boleh nak check online . Dalam diri ni dah berbisik kata jangan lah result macam UPS hari tu. UPS yang hari tu pun result hampir semuanya FAIL T^T. Hancur harapan. Tengok orang lain semuanya result gempak gempak. Time tu, seriously. Jealous yang teramat sangat. Classmate semuanya tunjuk result diaorang. A fizik. A chemist. A math. Bla bla bla. And I was like. Hmm. Kayyyyyy.
Dan tibalah detiknya. Pukul 4 petang. Sepatutnya keputusan diumumkan pada pukul 10 pagi. Tapi dia bergantung pada kolej masing masing. Pagi tu apa yang lecturer ajar semuanya buat tak layan. Masing masing kalut check phone. Manalah tahu ada mesej masuk bagitahu berapa pointer kan. Dan Afnan. Alhamdulillah. Keputusan jauh lebih baik dari UPS dan no more FAIL. Afnan dapat pointer 3 and above. Kecewanya sebab tak dapat nak bagi capai ma ngan abah punya target : 4 flat! So sorryyyyy. Tapi still Alhamdulillah. Thank you Allah :) Bersyukur sebab mungkin dah memang banyak tu usaha kan..
Sekarang Afnan teruskan pengajian untuk PST lagi. Dan ini sem akhir. Habis dalam bulan 4 ni. Pastu dalam bulan 9, sambung degree :D Doakan kita dapat 4 flat untuk sem 2 ni, koranggg ^^v
Okaylah. Itu sahaja catatan dari Afnan. Byee ^^

Thursday 14 November 2013

0 Hello Hey Holla Hye

Assalamualaikum and Hi friends :)

How are you? Long time not see ya. Actually I dont have any idea on what to write. So, let me share you something.

Ehem. I had just finish my first sem last last week. How cool it is. You hear that? Cool! But not so cool until I get my pspm result. Aargh. Hate it. I am scared of it. I am not sure if I am doing well during the exam. Hope I can still further my studies in PST for the next sem. Amin...

So for now. I am in a holiday mood. I can wake up late. Haha. Actually not so late xD I can online 24 hours unless my father unplug the celcom wifi and bring it along to school. Sad life :'( I can eat, eat and eat all time. Emm. Actually no :p I am on diet okay. Walla!

Sometime I am also getting bored. Doing the same thing all day. But it still okay right? With the power of internet -..- Twitter. Facebook. Wechat. Whatsapp. And Youtube.

Oh. I forgot something. I am taking muet this, 23hb. Muet writing, listening and reading. Wish me luck guys! I am just lose so many marks in muet speaking. I think :3

So. That all. Bye for now. Until we meet again. Before that. I am good in english. So, please dont comment about my grammar mistakes :p

Friday 23 August 2013

0 My First Wayang

Assalamualaikum dan hai kawan!
Ni story pendek. Pada tarikh sekian sekian, Afnan tengok wayang. Wah! First time kot. Tengok kat Aeon Perak je. Pukul 2:30 petang. Afnan tengok movie Percy Jackson. Harga tiket RM15.00. Agak mahal di situ. Ehee

Part yang tak bestnya, tak dapat makan popcorn. Aisehman. Cepat je popcorn habis. Yang tinggalnya time tu, jagung manis ngan hotdog. Itu je. Aih. Not feeling lah makan benda tu dalam pawagam nanti kan? Ahaha.

About the movie. Best kot. Sebab dia movie aksi kan. Campur ngan sedikit grafik grafik. Macam teksi terbang. Cyclop. Pokok Thalia tu. Tuan Kronos? Eh. Umm. Cuma ending yang lawan lawan ngan Tuan Kronos tu je. Cepat sangat habisnya...

So. Itu lah sedikit sebanyak. And bye bye!

p/s : Afnan jumpa seseorang time outing kat sana tau. Yang pasti dia student matrik. Ehehe :p

Wednesday 15 May 2013

0 Selamat Hari Guru!

Happy Teacher’s Day. by ~SyuBabyDino
source : tumblr
Assalamualaikum dan hai :)

Maaf sebab lama tak menaip entri baru. Dan ya, hari ni nak taip entri yang baru.

Tarikh 16 Mei : Hari Guru yaww ^_^

Di kesempatan ini dan kerana sempat, Aiman nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua cikgu dan bakal cikgu di Malaysia dan yang terutamanya kepada cikgu yang pernah ajar Aiman :)

Kepada cikgu tadika...

Kepada cikgu sekolah agama...

Kepada cikgu sekolah rendah : SK (LKTP) Jengka 21 (Tahun 1-Tahun 6)

Kepada cikgu sekolah menengah : SMK Seri Jengka (Tingkatan 1), SMK Jengka Pusat (Tingkatan 1) dan SMK Tengku Indra Petra 1 (Tingkatan 2-Tingkatan 5)

Cikgu yang sporting. Cikgu yang ceria. Cikgu yang sering melayan kerenah pelajarnya. Dan macam macam lagilah yang tak ter-mention. InsyaAllah, saya takkan lupakan segala jasa cikgu sekali dengan nama cikgu. Eheee :D

Dan, oleh kerana terlampau banyak pindah sekolah (eleh. tiga je), jadi faham faham je lah. Ada lah sikittttt nama tu yang tak teringat (tadi kata tak lupa -.-). Tapi banyakkkkk yang ingat kot xD Baiklah. Jangan risau pasal hal itu ya wahai cikgu cikgu sekalian^^. Yang pasti, cikgu sekolah rendah. Semua ingat ^^. Cikgu sekolah menengah yang pertama, ingatttttt.. Cikgu sekolah menengah yang kedua, ingattttt... Cikgu sekolah menengah yang ketiga, tersangat ingatttt. Hari hari kot jumpa. Siap ada cikgu yang belanja makan lagi kay! Jeles tak? :p

Dan tak lupa juga, pada cikgu yang ajar saya memandu sampai saya dapat lesen "P". Saya hargai. Okay sila nangis. Hehe.

Akhirnya, semoga semua cikgu sihat selalu. Amin.

Itu je. Bye ~

p/s : entri yang agak tergantung kan? .__. Okay. Saya cuba paksa diri saya untuk menaip....

Thursday 2 May 2013

0 Si biru :)

Assalamualaikum.

Hai hai hai.

Okay. Semalam (1 May 2013) si burung biru dah pun pergi a.k.a mati. 1 Mei! Hari pekerja tu woo..  Sakit apa? Aiman pun tak tahu. Mungkin hilang selera makan kot. Burung pun ada selera makan? :o

Dah lama pun pelihara sebenarnya. Sekarang cuma tinggal yang warna kuning ngan hitam je. Harap dua ekor tu dapat lah hidup lama sikit. Tak sabar nak tengok "mereka" tu berjanggut -..-

So, untuk kali terakhir, dapatlah ku pegangnya. Selalu tak boleh. Sebab asyik terbang je. Ni ada gambar. Masa ni memang tak boleh jalan langsung. Terbang pun tak nak. Rugi rugi. Bagi makanan ngan air jus oren pun tak nak. Sebak betul hati ni T^T

Dah tengok? So, comelkan dia. Dan itu je lah. Buat tatapan akhir untuk korang. Bye :)

Saturday 27 April 2013

10 Matrikulasi Perak? InsyaAllah.

Assalamualaikum :)

Hai hai hai. Sepatutnya entri ni dipost lebih awal. Maaf sebab lewat. Lately, ku sangat busy.

And yeay! Aiman dapat matrikulasi di negeri Perak Darul Ridzuan. Program satu tahun untuk kursus sains. InsyaAllah akan pergi. So, doakan semoga diri ini boleh dapat 4flat kat sana dan boleh sesuaikan diri di sana. Amin.

Dan ku ada geng di sana. Tapi semuanya perempuan. Haha -.-

Now, I am waiting for my UPU result. Pasrah dengan apa jua keputusan yang bakal keluar. Sekarang ni duduk survey banyak benda. Google sana. Google sini tentang pengalaman si budak matrik. Ada yang siap taip entri " Dah pukul 3 pagi. Selesai jugak siapkan lab report ni ". What? Apa ni -.- Awalnya tidur. Dan satu lagi, ada orang cakap kalau pointer tak sampai tahapnya untuk setiap sem. Boleh kena tendang. I mean diBERHENTIkan dari pengajian. Huaaaaaa again.

Kerja banyak? Mestilah kot. Susah? Baca kat blog, semua duk skor pointer 3.0 and above. So, easy? Tak lah jugak. Medium level maybe --

So, itu je lah kot. And, nak lah jugak say Hi hi hi kat sesiapa yang dapat matrikulasi perak! Semoga kita akan kekal berada di situ sampai boleh sambung degree dan dapat skor pointer seperti yang diidam idamkan.

Buat tatapan umum. Doakan ya! Mungkin ini keputusan yang terbaik :)
Bye. Bye.

Monday 22 April 2013

4 Update Balik!

Assalamualaikum :)

Hai hai hai! Update balik. Lama sudah tak update. Kan kan?

Nak update apa? Sejak kebelakangan dan terbelakangnya ini, takde idea dah nak update apa. Uwaa T^T. Serious ni -.- Bangun je pagi, on netbook. Main game. On netbook, main efbee. On netbook, main twittah. On netbook, google pasal "kerjaya" untuk masa hadapan. Cewah! Kemain. Siap google pasal "kerjaya" lagi.

Tengok blog pun sudah tampak lain. Nampak pelik. Nak nak lagi yang bahagian "template". Lain oh. Camne lah nak redesign balik blog comel ni. Ahaha :p Kena study balik setiap satu butangnya. Tapi, ada yang kata sama je fungsinya. Erm...

So, untuk kesekian kalinya, banyak benda berlaku untuk dari bulan Mac hingga April ni. Pertamanya, result SPM keluar. Alhamdulillah. Result yang tak diduga dan terduga. Sesuai lah dengan apa yang telah ku usahakan selama saki baki masa sebelum SPM tahun lepas. 3 month study. Thank you Allah :) Tapi bukan straight A's lah (tu lah. siapa suh malas sangat -.-). So far, subjek sains tulen, okay. Memang tak sangka langsung. Serious ni. Amat berbeza dari exam yang sebelum ini. Prinsip Perakaunan pun sama. Waaa. Syukur sangat :')

Habis untuk SPM, kita pergi ke lesen pulak. Aiman lulus. Yeay! Lulus untuk lesen kereta coz Aiman tak ambik motor :3 Maybe next year baru ambik. Lagipun, bukan pandai sangat motor ni. Payah eh nak main imbang imbang. Nak nak lagi bila diaorang sebut pasal emergency brek, lalu titian dan buat nombor 8. Susah .__. Erm. Aiman test lesen untuk 2 kali. Sebab kali pertama, kandas. Bila lulus ni pulak. hilang keyakinan diri nak drive sorang sorang. Aiman drive kadang kadang je. Tu pun auto. Yang manual baru je siap dibaiki. Nanti bolehlah ajar kaki ni untuk tekan klac balik. And, one more thing, Aiman tengah jaga lesen P. Hehe. Sekarang baru tahu, kenapa ramai sangat kawan yang ada lesen P, semuanya takut ngan JPJ. Masing masing nak lari. Gelabah semacam. Padahal bawa 20km/j je pun. lewl. Tahu kenapa? Sistem Kejara woo. Mahu kena batal lesen P kalau kena -.- Nak tahu sistem apa tu. Silakan google :p

And ya, semua benda dah selesai. Aiman dah isi upu. Banyaklah jugak course yang dipilih. Harap kenalah untuk yang Aiman pilih tu. Amin :) Aiman isi IPG. Nanti bolehlah korang panggil Cikgu Aiman. Haha :p Tapi silap pilih tempat temuduga. Perlis woah! Jauh je :3 Gua musang - Perlis. Harap diaorang tukar tempat tu ke kaybeee balik. Aiman isi UNIkl. Yang ni swasta. Lain lain, takde dah kot.

Before I forget (pelik je ayat ni -.-), Aiman pun mintak LCCI. Tak sangka! Perkara yang diidam idamkan selama menjadi budak AKAUN. Dapat jugak isi borang untuk LCCI tu. Penat lelah akhirnya terbayar. Kemain :p Dulu pernah fail Akaun pun, masih boleh dapat result A masa es-pi-em. A okay! Tapi saya sengaja tambah (-) dibelakang. LOL. Nak tahu apa LCCI tu? Meh nak habaq mai. LCCI tu singkatan untuk "LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY". Sijil London \O/. Jadi, jom ambik Akaun :p

Akhirnya. Sampai sini je lah. Lain hari update nya. Bye bye korang ^^

p/s : Entri ni nampak pelik apabila dibaca balik. Oleh itu, jangan repeat pembacaan anda.

Wednesday 6 March 2013

1 1th Bombastic Giveaway By Cik Amabee

Hai dan Assalamualaikum kawan :)

Ya. Saya join "giveaway". Banyak kali juga dah join, tapi satu habuk pun tak pernah menang. So sad ~~~. Untuk "giveaway" ni, nek Amabee yang anjurkan. Abaikan perkataan "cik" di depannya itu. Hiasan semata-mata. Haha :P
Ini bannernya? Cantik tak? Okay. Jangan cakap "cantik". Cakap je "cincai". Pihak penganjur giveaway yang suruh XD
Jadi, kalau ada sesiapa yang nak join. Bolehlah klik terus pada banner itu. Mana tahu. Kalau ada nasib korang dapat "BOMB" ><
Okay. Itu je. Untuk giveaway ni, saya tag Munirah, Aisyah, AinaM!
Babai. Tatata!
#PrayForSabah :)

Thursday 21 February 2013

2 Story Telling :3

Booker T. Washington Quote
Assalamualaikum :)

Apa khabar? Lama tak post. Hehe :P

Ni nak story pasal petang tadi. Petang tadi, Aiman ngan kawan pergi dating. Haha >.< Tak lah. Kami pergi makan. Makan kat MFC. Adik beradik kembar KFC ;)

Kami makan Pizza. Hoyeah! Lama dah tak makan pizza. For this, kawan yang belanja. Maybe, nanti Aiman akan bayar kot RM2 kat dia. RM2 je :3 Cuti ni, tarak duit T^T. Miskin betul rasa..

Straight to the point. Sebelum kawan pergi order. Ada sorang kawan ni tanya. Nama dia Izzat. Dia tanya "Bila kau nak test". Me? Aiman jawab. "Macam tu je lah. Tunggu cikgu sana suh test". Simple kan jawapannya. Actually. Memang Aiman tunggu cikgu tu paksa test pun.  Tak tahu lah bila. Tengok rekod hari tu, dah penuh satu borang... Borang SM4 kalau tak silap. Warna biru. Bila mahu test eh? Erm...

So. Sampai tu je lah. Sorry entri ni tak memeriahkan mata anda ^^. Kalau tak faham apa yang saya taip, buat buat je lah faham ~~~

Kbye :)

p/s : I am getting lazy. Dah lah makin malas nak jogging. Ohmaii T.T

Thursday 14 February 2013

2 Wedding Abang Kasyaf #2

Assalamualaikum kawan :)

Hoyeah! Ni part yang kedua pulak. Yang kat rumah pengantin lelaki. Kalau nak tengok gambar yang kat rumah pengantin perempuan, pergi kat sini. Untuk yang ni pulak, pihak "raja sehari" buat makan makan kat bawah khemah RM10 ribu :p Abang Kasyaf yang cakap. Hehe :D Aiman dah pilih sikit gambar untuk event ni. So, enjoy tengok ya ;)

























Wedding kat rumah pengantin lelaki ni takde pelamin. Apa apa pun, katil pun masih boleh nampak macam pelamin. Am I right? xD

Enam gambar yang terakhir tu ditangkap di Bukit Bakar aka Burn Hill. Selain daripadanya, adalah di rumah ^^

So, sekian sahaja untuk entri ni. Ya. Untuk gambar ni saya guna 18-55mm je. Tak sangka bila masuk kat dalam netbook, nampak wide semacam. Hehe. Tiga gambar terakhir tu saya dah upkan tone warna nya. Nak kasi cerah je pun..

Okaylah. Nanti kalau ada sesapa yang nak kahwin tu, panggillah saya. HAHA. Nak bayar mahal pun takpe. Aiman sedia menerimanya.

Bye....

Wednesday 13 February 2013

4 Wedding Abang Kasyaf #1

Assalamualaikum kawan.

Ni entri bergambar pasal wedding. Aiman jadi "Photographer" nya. HEHE. So, ada gambar yang jadi dengan tak jadi. Tapi banyak yang jadi lah kan. Ofkos lah :p *puji diri sendiri* Sambil-sambil tu, boleh belajar cara guna mode "M". So, enjoy lah tengok gambar wedding ni je ya. Ada 2 part. Ni yang kat rumah pengantin perempuan. Dibuat di hotel 5 bintang ^^. Yang satu lagi part tu, bakal menyusul :) Sebahagian saje gambar ya..













Oh ya. Aiman tak upload gambar ni dalam efbee. Ada beratus keping. Letih nak menunggu. Heee ~~~ Dan, salinan gambar ni dah diberi pada "raja sehari". Jadi kalau nak, pergi mintak kat diaorang tu xD

Itu je. Bye :)