Tuesday 29 January 2013

0 Hari Ketiga, Keempat Dan Kelima

Assalamualaikum kawan :)



Yang ni nak sambung untuk entri yang lepas. Sebenarnya tak ingat jugak berapa hari entah kita ni belajar. Rasa nya dah 5 kali kot. 

Untuk yang hari hari mendatang ni best sikit. Saya belajar naik bukit. Tak main dah pusing pusing. Tapi bukannya, naik bukit lepas tu terus turun. Tapi yang ni naik bukit, lepas tu, brek kat atas bukit tu. Lepas tu, kita kena teruskan balik perjalanan. Mencabar bukan? xP. Saya budak baru. Jadi kat bukit tu pun ada problem. Mana taknya. Sampai kat bukit tu dah kira okay sebab tayar kena yang garisan kuning dia tu. Tapi bila nak teruskan balik perjalanan nak turun bukit tu. Kereta undur kebelakang. Haha. Sebabnya, minyak tak tekan banyak banyak, klac pulak dilepaskan secara banyak :3 Tapi banyak kali juga tayar tak kena yang garisan kuning tu. Mana taknya, kes "cepat brek". Tapi untuk masih boleh dilabelkan okay kot sebab cikgu tu biar saya pandu kereta sorang sorang manakala beliau berada di pondok yang berdekatan.

Habis pasal bukit tu, keesokan harinya, cikgu tu ajar cara nak parking. Saya tak ingat jenis parking apa sebab kepala sekarang ni pun kena set nak hafal step nak masuk parking. Bolehlah jugak ingat sikit sikit. Ada dua jenis parking. Parking sisi dan parking tiga langkah (three steps). Untuk yang parking sisi tu, saya lupa step je. Tapi masih okay rasanya. Untuk yang parking tiga langkah tu je problems make perfect. Masuk masuk dah elok tapi lupa nak betulkan streng.

Kat situ pun, ada jugak tengok budak belajar motor. Dalam hati rasa nak ambik pulak lesen motor. Tapi biar dululah, orang tak kira mana nak tunggang motor ni. Rasa kekok. Opp kan untuk kereta dulu lah. Kalau ada masa lepas ni, baru boleh belajar motor pulak. InsyaAllah. Dapat lesen kereta ni nanti, bolehlah balik kampung. Hehe. Harap Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan nanti. Amin...:)

Oh ya. Untuk hari hari yang mendatang ni kan, cikgu nya agak garang sedikit. Tapi semasa belajar je, lepas habis belajar tu senyum balik. Saya pun hairan. Tapi walaupun garang hanya seketika, hati memang tetap rasa geram. Stress okay. Tapikan dia kan cikgu, jadi biarkan je lah. Nanti tak berkat pulak ilmu yang diajar tu..

Okay. Itu je lah yang nak taip hari ni. Terima kasih kepada yang sudi baca. Jumpa lagi tau. Bye!

Friday 25 January 2013

4 Hari Pertama Dan Kedua

Assalamualaikum kawan...

Apa khabar? Harap nya sihat sihat sahaja ya :)


Gambar kat atas ni "kereta idaman" kay. Hehe. InsyaAllah suatu hari nanti boleh pandu kereta ni. Tengok market price camne kan di masa hadapan kelak.

Oh ya. Nak cerita kat korang ni. Kita dah start pun belajar tau. Dah dua hari pun. Sebab tu lah, orang buat tajuk entri ni "Hari Pertama Dan Kedua". Tapi memang best lah. Boleh keluar dari rumah setelah sekian lama terpenjara dalam rumah. Hoho xP . Okay sambung. Kita nak cerita yang hari pertama belajar.

Seperti biasa. Saya bangun awal pada pagi itu. Ewah! Skema punya ayat kan :p

Sepatutnya (Hari Pertama), saya dah sampai kat sana pukul 10:30 pagi. Sebabnya, kita dah booking nak belajar memandu tu pukul 10:30. Tapi oleh sebab kita ni special, jadi waktunya dilanjutkan ke pukul 11:30 pagi. Special kan? Jadi, bila sampai kat sana... Apa lagi? Kena tunggu giliran lah. Tapi tak lah lama pun. Sebab kita ni kan special. Bila nama dipanggil, cikgu kat situ pun tanya kita. "Ehem. Ehem. Are you ready to drive? Are you ready to complete your mission?" Hoho xP . Hakikatnya, itu tipu je. Yang terjadi adalah sebaliknya :3 . Antara soalan "SUKAR" yang ditujukan pada saya. "Pernah bawa kereta tak?" Saya jawab. Nak tahu saya jawab apa? "Tak pernah". Hihihi :D . Jadinya, lepas tu, saya ambik lah kereta. Cikgu tu duduk kat sebelah. Dia jadi co-pilot. Saya lah pilot itu. Jadi, cikgu tu ajarlah step nak pandu kereta ni. Yang Pertama, tarik kerusi bagi memberikan keselesaan pada pemandu. Yang Kedua, tekan klac. Klac tu kena tekan sehabis mungkin. Yang Ketiga, masuk gear 1. Caranya, tolak gear ke kiri seterusnya ke depan. Yang Keempat, jatuhkan "handbrek". Yang Kelima, lepas klac slow slow bagi mengelakkan kenderaan anda tersedu. Yang Keenam, tumpukan perhatian.

Dan, pada hari pertama tu, pemanduan saya fail. Tsk. Tsk. T^T . Mana tak nya, awal-awal lagi kereta dah mati enjin. Kereta pun satu. Nak jugak sedu time tu. Hari pertama saya main pusing pusing litar je. Dan hari pertama itulah, saya dengar co-pilot saya itu kata "Bosan" "Bosan" "Bosan". Mungkin sebab saya ni pendiam kot. Kfine. Saya memang pendiam dalam alam realiti :) Kecuali, apabila berhadapan dengan kawan saya.

Hari kedua pun sama jugak. Saya main pusing pusing. Kata cikgu tu, dia nak suh saya mahir dari segi pengawalan stering. Hari kedua ni best sikit. Sebab kita belajar cara tukar gear. Dari gear 1 ke gear 2. Cara sama je. Pecut sehabis mungkin. Lepas minyak. Tekan klac. Tolak gear ke kiri seterusnya ke belakang. Lepas klac slow slow. Dan, teruskan perjalanan. Heeee :D 

Lepas tu, cikgu tu ada jugak bagi tips. Dia kata, kaki kanan kita tu kena sentiasa berada di brek manakala kaki kiri tu pulak kena berada berhampiran dengan klac. Tapi jangan tekan klac pulak. Dan, kalau kita nak brek secara lama, cikgu tu ajar suh tekan klac. Lepas tu, baru brek. Tujuannya adalah supaya enjin tak mati apabila brek secara lama. Kalau sikit sikit brek tu, takpe. Tapi jangan straight sangat breknya. Nanti terkejut pulak brek tu. Untuk yang sesi belajar hari kedua tu saya okay sikit ^_<v . Tapi kereta ada mati jugak. Sekali je lah. Tu pun, sebab terbrek lama tanpa tekan klac. 

Itu lah yang dapat saya coretkan. Saya ada masa sebulan untuk belajar. Harap harap dapat mahirkan diri dengan segera. Tak sabar nak belajar bawa atas jalan raya yang betul pulak. Doakan saya ya ^^ .

Sampai di sini sahaja. Bye... ;)

Friday 18 January 2013

4 2013 year!

Assalamualaikum kawan.

Oh ya. Dah setahun saya tak update entri. Hehe :D Last entry, tahun lepas. Last year kay. LAST YEAR :p  Ni pun dah lama tak menaip entri. Sekarang ni pun, tak tahu nak taip apa dah. Ermm. Apa kata saya cerita aktiviti saya pada tahun 2013 ni. Nak?

Korang nak tahu? Akhirnya. Akhirnya kita dah dapat buat lesen. Yeay! I am proud of myself. Tapi tak belajar lagi. Baru habis bengkel KPP ngan bengkel AMALI 6 jam serta ujian. Saya ambik lesen kereta je. Lesen motor tak ambik lagi. Takut tak sempat nak test. Minggu depan, dah boleh test. Serious. Happy campur takut. Takutnya sebab kita ni tak pandai langsung pun bawa kereta. Zero orang kata :) Tapi, kita kena think positive. Positive. Semoga semuanya berjalan lancar. Lepas dapat lesen ni, bolehlah bawa kereta besar. Macam yang kat bawah ni. Hehe. Kereta idaman kay!


Okay. Itu je lah. Orang tiada idea ni. Enjoy reading entri sempoi ni. Tatata".