Tuesday 29 January 2013

0 Hari Ketiga, Keempat Dan Kelima

Assalamualaikum kawan :)



Yang ni nak sambung untuk entri yang lepas. Sebenarnya tak ingat jugak berapa hari entah kita ni belajar. Rasa nya dah 5 kali kot. 

Untuk yang hari hari mendatang ni best sikit. Saya belajar naik bukit. Tak main dah pusing pusing. Tapi bukannya, naik bukit lepas tu terus turun. Tapi yang ni naik bukit, lepas tu, brek kat atas bukit tu. Lepas tu, kita kena teruskan balik perjalanan. Mencabar bukan? xP. Saya budak baru. Jadi kat bukit tu pun ada problem. Mana taknya. Sampai kat bukit tu dah kira okay sebab tayar kena yang garisan kuning dia tu. Tapi bila nak teruskan balik perjalanan nak turun bukit tu. Kereta undur kebelakang. Haha. Sebabnya, minyak tak tekan banyak banyak, klac pulak dilepaskan secara banyak :3 Tapi banyak kali juga tayar tak kena yang garisan kuning tu. Mana taknya, kes "cepat brek". Tapi untuk masih boleh dilabelkan okay kot sebab cikgu tu biar saya pandu kereta sorang sorang manakala beliau berada di pondok yang berdekatan.

Habis pasal bukit tu, keesokan harinya, cikgu tu ajar cara nak parking. Saya tak ingat jenis parking apa sebab kepala sekarang ni pun kena set nak hafal step nak masuk parking. Bolehlah jugak ingat sikit sikit. Ada dua jenis parking. Parking sisi dan parking tiga langkah (three steps). Untuk yang parking sisi tu, saya lupa step je. Tapi masih okay rasanya. Untuk yang parking tiga langkah tu je problems make perfect. Masuk masuk dah elok tapi lupa nak betulkan streng.

Kat situ pun, ada jugak tengok budak belajar motor. Dalam hati rasa nak ambik pulak lesen motor. Tapi biar dululah, orang tak kira mana nak tunggang motor ni. Rasa kekok. Opp kan untuk kereta dulu lah. Kalau ada masa lepas ni, baru boleh belajar motor pulak. InsyaAllah. Dapat lesen kereta ni nanti, bolehlah balik kampung. Hehe. Harap Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan nanti. Amin...:)

Oh ya. Untuk hari hari yang mendatang ni kan, cikgu nya agak garang sedikit. Tapi semasa belajar je, lepas habis belajar tu senyum balik. Saya pun hairan. Tapi walaupun garang hanya seketika, hati memang tetap rasa geram. Stress okay. Tapikan dia kan cikgu, jadi biarkan je lah. Nanti tak berkat pulak ilmu yang diajar tu..

Okay. Itu je lah yang nak taip hari ni. Terima kasih kepada yang sudi baca. Jumpa lagi tau. Bye!

No comments: