25 January 2013

4 Hari Pertama Dan Kedua

Assalamualaikum kawan...

Apa khabar? Harap nya sihat sihat sahaja ya :)


Gambar kat atas ni "kereta idaman" kay. Hehe. InsyaAllah suatu hari nanti boleh pandu kereta ni. Tengok market price camne kan di masa hadapan kelak.

Oh ya. Nak cerita kat korang ni. Kita dah start pun belajar tau. Dah dua hari pun. Sebab tu lah, orang buat tajuk entri ni "Hari Pertama Dan Kedua". Tapi memang best lah. Boleh keluar dari rumah setelah sekian lama terpenjara dalam rumah. Hoho xP . Okay sambung. Kita nak cerita yang hari pertama belajar.

Seperti biasa. Saya bangun awal pada pagi itu. Ewah! Skema punya ayat kan :p

Sepatutnya (Hari Pertama), saya dah sampai kat sana pukul 10:30 pagi. Sebabnya, kita dah booking nak belajar memandu tu pukul 10:30. Tapi oleh sebab kita ni special, jadi waktunya dilanjutkan ke pukul 11:30 pagi. Special kan? Jadi, bila sampai kat sana... Apa lagi? Kena tunggu giliran lah. Tapi tak lah lama pun. Sebab kita ni kan special. Bila nama dipanggil, cikgu kat situ pun tanya kita. "Ehem. Ehem. Are you ready to drive? Are you ready to complete your mission?" Hoho xP . Hakikatnya, itu tipu je. Yang terjadi adalah sebaliknya :3 . Antara soalan "SUKAR" yang ditujukan pada saya. "Pernah bawa kereta tak?" Saya jawab. Nak tahu saya jawab apa? "Tak pernah". Hihihi :D . Jadinya, lepas tu, saya ambik lah kereta. Cikgu tu duduk kat sebelah. Dia jadi co-pilot. Saya lah pilot itu. Jadi, cikgu tu ajarlah step nak pandu kereta ni. Yang Pertama, tarik kerusi bagi memberikan keselesaan pada pemandu. Yang Kedua, tekan klac. Klac tu kena tekan sehabis mungkin. Yang Ketiga, masuk gear 1. Caranya, tolak gear ke kiri seterusnya ke depan. Yang Keempat, jatuhkan "handbrek". Yang Kelima, lepas klac slow slow bagi mengelakkan kenderaan anda tersedu. Yang Keenam, tumpukan perhatian.

Dan, pada hari pertama tu, pemanduan saya fail. Tsk. Tsk. T^T . Mana tak nya, awal-awal lagi kereta dah mati enjin. Kereta pun satu. Nak jugak sedu time tu. Hari pertama saya main pusing pusing litar je. Dan hari pertama itulah, saya dengar co-pilot saya itu kata "Bosan" "Bosan" "Bosan". Mungkin sebab saya ni pendiam kot. Kfine. Saya memang pendiam dalam alam realiti :) Kecuali, apabila berhadapan dengan kawan saya.

Hari kedua pun sama jugak. Saya main pusing pusing. Kata cikgu tu, dia nak suh saya mahir dari segi pengawalan stering. Hari kedua ni best sikit. Sebab kita belajar cara tukar gear. Dari gear 1 ke gear 2. Cara sama je. Pecut sehabis mungkin. Lepas minyak. Tekan klac. Tolak gear ke kiri seterusnya ke belakang. Lepas klac slow slow. Dan, teruskan perjalanan. Heeee :D 

Lepas tu, cikgu tu ada jugak bagi tips. Dia kata, kaki kanan kita tu kena sentiasa berada di brek manakala kaki kiri tu pulak kena berada berhampiran dengan klac. Tapi jangan tekan klac pulak. Dan, kalau kita nak brek secara lama, cikgu tu ajar suh tekan klac. Lepas tu, baru brek. Tujuannya adalah supaya enjin tak mati apabila brek secara lama. Kalau sikit sikit brek tu, takpe. Tapi jangan straight sangat breknya. Nanti terkejut pulak brek tu. Untuk yang sesi belajar hari kedua tu saya okay sikit ^_<v . Tapi kereta ada mati jugak. Sekali je lah. Tu pun, sebab terbrek lama tanpa tekan klac. 

Itu lah yang dapat saya coretkan. Saya ada masa sebulan untuk belajar. Harap harap dapat mahirkan diri dengan segera. Tak sabar nak belajar bawa atas jalan raya yang betul pulak. Doakan saya ya ^^ .

Sampai di sini sahaja. Bye... ;)

4 comments:

Nurkasih Atieqah said...

Wah dah 2 hari rupanya belajar bawa kete. Go Go Cayok!! Smg cepat dapat lesen. Belajar baik2 yer aiman. ;)

deno said...

wah seronoknya aiman dah bleh blaja keta... sis belum lagi.. huhu

Aiman Afnan Mohd Asri said...

@Nurkasih Atieqah. Hihi. Amin.... :) InsyaAllah akak..

Aiman Afnan Mohd Asri said...

@deno. Pukul 2:20 pg kak deno comment entri ni. Akak buatlah. Mintak ayah akak sponsor. Heheh :D