Saturday 27 April 2013

10 Matrikulasi Perak? InsyaAllah.

Assalamualaikum :)

Hai hai hai. Sepatutnya entri ni dipost lebih awal. Maaf sebab lewat. Lately, ku sangat busy.

And yeay! Aiman dapat matrikulasi di negeri Perak Darul Ridzuan. Program satu tahun untuk kursus sains. InsyaAllah akan pergi. So, doakan semoga diri ini boleh dapat 4flat kat sana dan boleh sesuaikan diri di sana. Amin.

Dan ku ada geng di sana. Tapi semuanya perempuan. Haha -.-

Now, I am waiting for my UPU result. Pasrah dengan apa jua keputusan yang bakal keluar. Sekarang ni duduk survey banyak benda. Google sana. Google sini tentang pengalaman si budak matrik. Ada yang siap taip entri " Dah pukul 3 pagi. Selesai jugak siapkan lab report ni ". What? Apa ni -.- Awalnya tidur. Dan satu lagi, ada orang cakap kalau pointer tak sampai tahapnya untuk setiap sem. Boleh kena tendang. I mean diBERHENTIkan dari pengajian. Huaaaaaa again.

Kerja banyak? Mestilah kot. Susah? Baca kat blog, semua duk skor pointer 3.0 and above. So, easy? Tak lah jugak. Medium level maybe --

So, itu je lah kot. And, nak lah jugak say Hi hi hi kat sesiapa yang dapat matrikulasi perak! Semoga kita akan kekal berada di situ sampai boleh sambung degree dan dapat skor pointer seperti yang diidam idamkan.

Buat tatapan umum. Doakan ya! Mungkin ini keputusan yang terbaik :)
Bye. Bye.

Monday 22 April 2013

4 Update Balik!

Assalamualaikum :)

Hai hai hai! Update balik. Lama sudah tak update. Kan kan?

Nak update apa? Sejak kebelakangan dan terbelakangnya ini, takde idea dah nak update apa. Uwaa T^T. Serious ni -.- Bangun je pagi, on netbook. Main game. On netbook, main efbee. On netbook, main twittah. On netbook, google pasal "kerjaya" untuk masa hadapan. Cewah! Kemain. Siap google pasal "kerjaya" lagi.

Tengok blog pun sudah tampak lain. Nampak pelik. Nak nak lagi yang bahagian "template". Lain oh. Camne lah nak redesign balik blog comel ni. Ahaha :p Kena study balik setiap satu butangnya. Tapi, ada yang kata sama je fungsinya. Erm...

So, untuk kesekian kalinya, banyak benda berlaku untuk dari bulan Mac hingga April ni. Pertamanya, result SPM keluar. Alhamdulillah. Result yang tak diduga dan terduga. Sesuai lah dengan apa yang telah ku usahakan selama saki baki masa sebelum SPM tahun lepas. 3 month study. Thank you Allah :) Tapi bukan straight A's lah (tu lah. siapa suh malas sangat -.-). So far, subjek sains tulen, okay. Memang tak sangka langsung. Serious ni. Amat berbeza dari exam yang sebelum ini. Prinsip Perakaunan pun sama. Waaa. Syukur sangat :')

Habis untuk SPM, kita pergi ke lesen pulak. Aiman lulus. Yeay! Lulus untuk lesen kereta coz Aiman tak ambik motor :3 Maybe next year baru ambik. Lagipun, bukan pandai sangat motor ni. Payah eh nak main imbang imbang. Nak nak lagi bila diaorang sebut pasal emergency brek, lalu titian dan buat nombor 8. Susah .__. Erm. Aiman test lesen untuk 2 kali. Sebab kali pertama, kandas. Bila lulus ni pulak. hilang keyakinan diri nak drive sorang sorang. Aiman drive kadang kadang je. Tu pun auto. Yang manual baru je siap dibaiki. Nanti bolehlah ajar kaki ni untuk tekan klac balik. And, one more thing, Aiman tengah jaga lesen P. Hehe. Sekarang baru tahu, kenapa ramai sangat kawan yang ada lesen P, semuanya takut ngan JPJ. Masing masing nak lari. Gelabah semacam. Padahal bawa 20km/j je pun. lewl. Tahu kenapa? Sistem Kejara woo. Mahu kena batal lesen P kalau kena -.- Nak tahu sistem apa tu. Silakan google :p

And ya, semua benda dah selesai. Aiman dah isi upu. Banyaklah jugak course yang dipilih. Harap kenalah untuk yang Aiman pilih tu. Amin :) Aiman isi IPG. Nanti bolehlah korang panggil Cikgu Aiman. Haha :p Tapi silap pilih tempat temuduga. Perlis woah! Jauh je :3 Gua musang - Perlis. Harap diaorang tukar tempat tu ke kaybeee balik. Aiman isi UNIkl. Yang ni swasta. Lain lain, takde dah kot.

Before I forget (pelik je ayat ni -.-), Aiman pun mintak LCCI. Tak sangka! Perkara yang diidam idamkan selama menjadi budak AKAUN. Dapat jugak isi borang untuk LCCI tu. Penat lelah akhirnya terbayar. Kemain :p Dulu pernah fail Akaun pun, masih boleh dapat result A masa es-pi-em. A okay! Tapi saya sengaja tambah (-) dibelakang. LOL. Nak tahu apa LCCI tu? Meh nak habaq mai. LCCI tu singkatan untuk "LONDON CHAMBERS OF COMMERCE AND INDUSTRY". Sijil London \O/. Jadi, jom ambik Akaun :p

Akhirnya. Sampai sini je lah. Lain hari update nya. Bye bye korang ^^

p/s : Entri ni nampak pelik apabila dibaca balik. Oleh itu, jangan repeat pembacaan anda.