Sunday 9 August 2015

0 UPSA 14/15

Ni geng geng UPSA yang Qowiy. Hakim takde dalam gambar. Dia invisible man :p
Assalamualaikum kawan kawan yang rajin membaca J

Hari ini Afnan nak kongsi salah satu (macam banyak je kan) persatuan yang Afnan masuk di Unimas Gemilang. Namanya ialah "jeng jeng jeng" (pasang sound effect).
Gambaran separuh PITAS
Gambaran di dalam dewan solat
Baiklah. Kembali kepada topik. Namanya ialah Unit Pengurusan Surau Allamanda atau lebih dikenali sebagai UPSA. Untuk pengetahuan, di Unimas (pintu barat) ini ada empat kolej kediaman. Jadinya setiap kolej kediaman itu mempunyai surau dan bagi melancarkan pergerakan surau ini, maka tertubuh lah unit surau (bajet bajet tahu). Tambahan juga, kat Unimas ini tiada masjid. Yang ada pun dewan solat yang tersergam indah di dalam bangunan bernama PITAS J Jadi jangan lah pula gelabah bila tak jumpa masjid kat dalam ni *peace* (ditujukan kepada yang bakal masuk).

Afnan dilantik sebagai bendahari 1 UPSA sesi 14/15. Bendahari 2 pula muslimat yang pegang. Memang dah biasa kot kalau dua ni mesti perempuan xD

Jadi bendahari ni kan. Banyak la juga pengalaman itu. Ye lah kan. Kau kena ambik duit dalam tabung surau. Lepas itu simpan. Mula mula itu Afnan nak buka lah juga satu akaun Maybank. Sebabnya senang nak simpan duit tabung surau tu. Tapi apakan daya. Masa nak buka akaun Maybank tu, terlupa bawa surat tawaran uni. Jadinya, sampai ke sudah, semua duit tabung disimpan je kat dalam bilik kebal. Tambah lagi masa nak pergi balik semenanjung dengan nak balik semula ke uni. Sebab duit tabung ni dismpan secara sendiri, jadinya masa nak balik semenanjung tu, Afnan sorok lah duit kat dalam beg galas. Bagasi tak boleh, Bahaya.
Masa nak scan kat balai berlepas tu, ada lah sorang akak polis airport (saya tak tahu pegawai itu) tu tegur. Katanya "Banyak duit syiling, dik"...

Sepanjang berada dalam UPSA ni. Banyak program yang kami involve. Yang paling besar tu yang program Ustazah Fatimah Syarha.  Yang macam ada sedikit rintangan tu semasa yang program Ustaz Iqbal Zain. Apa apa pun, Alhamdulillah. Program dapat berjalan dengan lancar.

Afnan pun ada jugak pengalaman sendiri. Afnan kena urus yang program paling akhir iaitu yang Talk AimanBanna. Afnan jadi pengarah program. Yang ni jimat. Sebabnya time tu AimanBanna nak bagi talk percuma. Vot pengetua pun sedang dapat. Thanks to Ain Bakry yang banyak tolong. Tak lupa juga kepada geng geng UPSA yang lain yang turut menolong. Yang ahli jpk pun tolong. *terharu*

Dan kepada adik adik yang bakal sambung degree kat Unimas dan dapat kolej Allamanda, jadilah ahli UPSA tau. *promote*

Itu sahaja. Bai bai.

p/s: Thanks to mr president sebab sudi bagi pinjam baju melayu hitam untuk photoshoot XD

No comments: