Monday 28 September 2015

2 Tuto Pendek: Dreamweaver

Assalamualaikum dan hai korang.

Malam ni tetiba jadi rajin sikit. Jadi, Afnan nak up kan satu entri pasal Dreamweaver. Mungkin berguna. Tapi entri ini bukanlah ditaip oleh pakar. Jadi, kalau nak lebih detail atau mungkin lebih "betul", bolehlah tanya kepada pembina website di luar sana :)

Tahukah anda apa itu Dreamweaver?

Baiklah. Pada pendapat Afnan, Dreamweaver ni sebenarnya satu perisian yang digunakan untuk design webpage (afnan, 2015). Kalau lebih mahir, korang boleh juga design template blogger dan apa apa semua tu.

Kalau ikutkan hati, tak pun tahu sangat guna Dreamweaver ni. Tapi disebabkan subject TMX, makanya paksa lah diri untuk belajar. Belajar dengar tok guru Google. Nak cari tenaga pengajar pun bukannya sempat kan. Berapa minggu je *kalau tak silap*
Tapi tak tahu camne. Semangat nak belajar buat benda ni lagi tinggi daripada nak mahirkan jawab soalan diff. Pfftt.

Untuk makluman korang. Nak buat webpage ni, ada dua cara. Itu yang Afnan survey. Pertamanya, korang boleh guna Photoshop. Lepas tu, link kan dengan Dreamweaver korang itu.
Cara yang kedua pula, korang boleh design korang punya webpage from zero to hero. Maksudnya? Okay. Maksudnya, korang kena mulakan kerja design tu dengan satu document template yang kosong. Korang yang akan masukkan coding untuk body dan yang lain lain tu sendiri. Ikut korang mahu buat sidebar atau pun tidak. Tapi kalau yang Afnan buat, Afnan tak letak sidebar. Nampak tak lawa pula kalau ada sidebar.

Cara yang pertama tu memang lebih senang dari cara kedua. Tapi kan, bila korang zoom out, nanti korang akan perasan template korang tu pecah pecah. Sebabnya, korang dah create table kat situ. Itu kalau dari pemerhatian Afnan laa.
Tapi kalau cara yang kedua itu pula, korang kenalah mahir coding. Dan Afnan cadangkan cara kedua kalau mahu buat webpage ^^.

Ini Afnan terangkan secara ringkas. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh PM atau jumpa dengan Afnan :p
Cara pertama: Photoshop to Dreamweaver
Lepas korang siap design di Photoshop. Korang akan cut guna knife di setiap image. Then, korang akan save sebagai html.
So ya. Ini dalam view Dreamweaver. Korang boleh select mana mana image untuk di link kan pada site korang.

Taraa! Hasilnya. Afnan tak simpan gambar yang full. *Mari berHUHU*  
Cara kedua. Ahaa. Yang ni macam coding blog je. Buat coding body. Dan semuanya akan berjalan lancar. Poi baca tuto blogger sana :pp
Mula mula. Korang buat header. Untuk ni, Afnan edit di Photoshop.
Siap siap tu. Then, korang start tulis coding dan masukkan image header dan footer apa semua tu.
Part ni korang start lah pula nak tambah css. Something macam itulah. 
Ni. Korang code kan untuk navbar :D
Ni hasilnya. 
Untuk nak buat login page pulak. Kita kena write PHP script. Dan kita kena guna PHP script tu untuk link dengan kita punya database. Afnan guna free web hosting, jadi dreamweaver tak boleh connect direct dengan database web hosting tu. It show error gais.

So. Itu je lah tuto yang tak macam tuto. Bye gais. Nak tengok yang live punya. Boleh klik sini.

Dan. Mohon jangan tulis bukan bukan di contact us punya box itu. Sebab nanti ai can read it kayy. Enjoy!