Monday 3 October 2016

2 Jumpa Puteri Santubong ๐Ÿ‘ง

Assalamualaikum dan hai kawan kawan.


Group 3 (Geng "Luas")๐Ÿค—

So hari ni nak share pengalaman semalam. Afnan bercamping di suatu kawasan berhampiran dengan Damai Beach Resort. Tak tahu nama tempat tu apa๐Ÿ˜…. Ianya anjuran NexGen bagi Bengkel Bersiri NexGen 2016/2017 Siri 2. Sebelum ini, siri 1 kitaorang dah bermalam di Siar Beach Resort๐Ÿ˜„.

Banyak la pengalaman yang dapat. Pertamanya, dapat jejakkan kaki di Sarawak Cultural Village๐Ÿ’ƒ.


Dah lama sebenarnya mengidam nak pergi sana tapi itulah nak membayar tu๐Ÿ˜‚. Di Sarawak Cultural Village ni, kami diberikan satu tugas untuk diselesaikan iaitu explorace. Kami kena pergi ke setiap rumah bagi mencari soalan trivia. And ya. Group kami menang untuk explorace ini. Yeay!๐Ÿ˜Ž



Tapi sebelum ke Sarawak Cultural Village, kitaorang kena exercise dulu. Kitaorang pergi jungle trekking. Jauh la juga. Tapi best. Bukan selalu pun kan.


Lupa suda ini gambar panjat Gunung Santubong ataupun yang Jungle Trekking๐Ÿ˜…
Dan keesokan harinya, kami melalui aktiviti yang lagi lasak. Kitaorang kena mendaki Gunung Santubong. Berbekalkan air mineral dan makanan (siapa yang bawa), naiklah kami kat atas tu.


Dalam pukul 6 ke 7 pagi camtu naik, sampai kat puncak pada pukul 11 lebih pagi (kalau tak silap). Pukul 2 petang tu turun pula dan sampai ke dasarnya lebih kurang pukul 6 petang. Nyaman ja udara sepanjang perjalanan nak naik tu. Iyalaa semua hutan kan.


Dan bagi Afnan, mencabarnya adalah waktu nak naik dan turun tangga yang tak macam tangga tu. Nasib ada Kak Bee dan sorang lagi akak, Abang Mu, Ina, Cilla dan sape sape lagi yang membantu tunjukkan macam mana nak turun dan naik tu๐Ÿค—. Tangga yang diikat dan digantung pada ketinggian 90 degree kot. Dahlah jarak satu anak tangga tu kemain lagi jauhnya. ๐Ÿ˜ท


Separuh turun kaki pun tak sampai lagi kat anak tangga tuuu๐Ÿ˜ญ.
Apa apa pun, Afnan berjaya jugak sampai kat Puncak Gunung Santubong๐Ÿ˜Ž๐Ÿ’ƒ.


Dan menurut jurulatih rekreasi kami tu, beliau kata Gunung Santubong ni antara gunung yang perjalanan nak mendakinya tu agak sukar. So, syabas kat diri sendiri dan geng NexGen 2016/2017๐Ÿšฃ๐Ÿ‘.

So. Itu je. Babai guys ๐Ÿ˜

Sunday 25 September 2016

0 LO MAP Sesi 2016/2017๐Ÿ˜

Assalamualaikum dan hai kawan kawan.


Okay. Ni nak throwback balik pengalaman jadi LO waktu Minggu Aluan Pelajar (MAP) Sesi 2016/2017. Patutnya dah lama ceritakan kat korang, tapi diri ini tak berapa nak rajin sangat untuk taip. Sekarang baru rajin sikit ๐Ÿ˜‚.

Pada tanggal sekian sekian, Alhamdulillah. Nama ini terpilih untuk jadi Liaison Officer atau dalam bahasa singkatannya LO. Di Unimas ni, kitaorang panggil LO. Ada sesetengah universiti, glamour dengan panggilan Pemudahcara. Ye dok? #uniknyaUNIMAS
Dan bagi Afnan, bukan senang la nak terpilih. Kira macam bernasib baik kalau terpilih. Kalau terpilih untuk sesi ni, belum tentu lagi terpilih untuk sesi akan datang. Buktinya sebab dulu dulu dah pernah minta waktu first year :')

Oh ya. LO ni mula mula Afnan dapat unit DISPRO tapi ditukarkan ke unit TRANSCOM. Kolej pula kolej Allamanda HUHA. JYEAH!

Tema LO batch kami kali ni #RECHARGE. Baju tema Lebah Bzz *tepuk tepuk lebah*.

Dan macam biasa, kami para LO ni perlu lah menjalani kursus dahulu sebelum mula bertugas dimana kursus tersebut dipanggil sebagai Kursus Induksi Liaison Officer atau lebih dikenali sebagai KILO. A lot of things happened during that time. We all getting to know each other :'). Banyak memori terindah tercipta. Macam macam lah. Semua indah indah waima yang pahit itu juga indah. Untuk pengetahuan. Sepanjang KILO, semua gadjet kena rampas *tak dapat nak selfie dalam dewan*. Things jadi susah *walaupun tak lah susah sangat* bila satu hari tu kami kena menjalani hidup susah. Game ni kita panggil "Survival Game".


Sebelum tu, group kami diberi nama Banana. Semua dalam dewan tu nama group adalah nama buah-buahan. Ada yang cherry, durian dan lain-lain. Untuk survival game ni, group kami kena bergabung dengan group satu lagi iaitu Papaya. Hasil dari gabungan genetik ni maka muncul lah benih baru dipanggil BANAPAYA. Group kami berserta dengan beberapa lagi group lain ni diturunkan kat Serian. Kami ditinggalkan sehelai sepinggang (tanpa handphone dan duit. yang ada pun cumalah kad matrik dan IC).

Gamenya pun bermula. Macam macam lah pengalaman dapat. For sure, Afnan tak dapat apa apalah in term of "bekerja". Hanya dapat pusing pusing exercise ja. Semua kedai reject. Hahaha. Sedih kot. Last last tolong jual air mana yang lebih tu #supportmember

Mulanya group kitaorang bincang untuk split into two which is sorang akan cari air untuk dijual dan sorang lagi buat busking. End up, sampai ja di tempat target untuk busking tu, semua berpecah. Macam magic ja. Sendiri pun tak tahu camne boleh terbubar tu. Tetiba ja nampak masing masing jual air last last. Yang bestnya tau dalam group ni Afnan dapat kenal ngan budak si Shazira๐Ÿ˜. Dalam ni ja la baru kami start bertegur walaupun dulu pernah satu UPSA๐ŸŒš. Lawak kan. Tak lupa, best juga dapat kenal yang lain lain *senyum*


Habis cite pasal Survival Game. Kita pergi pula kat cite di PERKATA. Sini pun best. Kami kena bersama dengan mereka yang istimewa dan juga comel. Masing masing boleh pilih nak anak yang mana satu. Afnan dapat sorang budak ni. Dia pasif sangat sangat. Even kalau korang pandang dia pun, dia akan tunduk muka. Tak mau korang tengok dia. Cikgu dia pun kata yang dia tu pemalu. Joanne kalau tak silap namanya. Kat sini juga Afnan dapat kenal ngan sorang yang ada masalah dengan motor skill dimana adik ni dia punya pergerakan agak lambat. Even kalau nak tepuk tangan pun lambat tau. Tapi dia comel!

Dan kat sini kami dapatlah kenangan yang insyaAllah Afnan akan simpan sampai bila bila iaitu bookmark. Bookmark yang ada lukisan yang mereka yang istimewa ni lukis. Mahal harganya.


Sampai sini sahaja coretan kenangan sepanjang menjadi LO. Bye๐Ÿ˜Š

Thursday 16 June 2016

0 Final Exam Sem 4



Assalamualaikum and hai.

Minggu ni (dah lepas dua paper) dan minggu depan, Afnan exam. Doakan ๐Ÿ˜€.

Sunday 8 May 2016

0 Relax Dulu, Enjoy la muda lagi

8 Mei 2016

Assalamualaikum dan hai korang.
Selesai sudah program MT UPSA 15/16 bagi semester ni *tahniah dik*
Program lain dari yang lain. Kalau dulu forum mengenai ikhtilat dan cinta kampus. Sekarang ni mengenai program "kesihatan". Tahniah! Ada banyak lagi program menunggu di masa hadapan tu

Pada pagi tu, kita ada talk kesihatan yang menampilkan dua tetamu istimewa, Dr Elliana dan Dr Firdaus. Sorang pakar dalam STD (Sexual Transmitted Disease) dan sorang lagi dalam TB. Siap ada target tu untuk TB๐Ÿ˜
Macam macam soalan keluar. Macam macam laa *tak ingat*. Dan banyak input juga. Nasib ja datang lambat time tu.

Dan ada juga pemeriksaan kesihatan percuma. Siap ada ujian saringan HIV. Aiman paling teruja nak check yang tu. Iolls bebas HIV. Semua kaunter pergi ziarah. That moment masa ukur tinggi tu. Rasa dulu pernah ukur 158. Tadi ukur depan nurse dah jadi 156.6 *boleh pula main tukar*๐Ÿ˜‚
Di stesen kedua tu pula, jumpa Dr Elliana. "Bagus eh Aiman takde stress stress". "Berat normal" *sangat normal*. "Sugar pun okay".๐Ÿ˜
Di stesen ketiga (saringan HIV) tu pula, seronok ja tengok nurse tu ambik darah. Heh :3
Oh ya. Makanan ajk juga sedap. Ayam kecik kecik yang gerai UPSA tu pun sedap๐Ÿ˜‹

So. Itu ja. Byeee.

Monday 2 May 2016

0 Unimas International Night 2016 #UIN2016

Assalamualaikum dan hai korang๐Ÿ˜

30 April hari tu ada event Unimas International Night 2016. Excited datang dari kolej semata-mata nak rasa masakan international. Tapi sebab waktu tu dah lewat kan. Makanan semua dah habis๐Ÿ˜•

Jadi cuma dapat bergambar je. Gambar yang dengan bendera Brunei ni kalau ikutkan tak pun rancang ada mereka semua ni. Tapi that Indonesian girl (correct me if i'm wrong) ni la yang ajak semua tu๐Ÿ˜…. Hajat pada awalnya nak suh ambik ngan si Ruzaimi tu ja. Tapi okay juga. Baru kena dengan "international" tu ๐Ÿ˜


Haa. Yang bawah ni pula dengan teman teman dari Indonesia. Dari pakaian diaorang pun saya sudah tahu. Mula mula nak ambil gambar dengan dua orang yang baju coklat tu ja (sebab depa sedondon), tapi yang pinky girl tu cakap mau join jugak. Serba salah pulak kalau tak ajak๐Ÿ˜…. Teruih two boys and girls. Yeah!


That pinky girl asked us to do freestyle. So ya. Sangat freestyle๐Ÿ˜›


Yang di tengah tu la budak tu. Nama dia Caca kalau tak silap๐Ÿ™‚


Event yang menarik. Best la so far. Tahniah director!

So bye bye *jangan rindu*

Thursday 28 April 2016

0 ๐Ÿ˜


Assalamualaikum.

Hari ni just nak cakap je. Ada orang pergi Jakarta!๐Ÿ˜

Selamat pergi. Selamat balik. Amin...๐Ÿ˜„

Sunday 10 April 2016

0 Gerai UPSA 15/16 (AspoDay)

Assalamualaikum.

Hai hai.


Ni just nak kongsi apa yang UPSA buat masa Aspoday. Kami menjual๐Ÿ˜Š
Ada macam macam. Sume sedap. Free pula tu. Cewah! And first time juga saya buat air untuk dijual. Cewah kali kedua! Oh ya. Ada brownies jugaa. Incase kalau yang jauh jauh tu mau juga itu brownies. Boleh tengok bawah ni ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“กAssalamu'alaikum.
Maaf iklan kejap.
๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

๐ŸชHantu Tepung (Brownies maker) ada menjual brownies;
๐ŸซRM35 satu
๐ŸซSaiz 8x8
๐ŸซTopping coklat nutella ori
๐ŸซDelivery kat kolej unimas dan kat Desa Ilmu setakat ni
๐Ÿ‘ปProduk keluaran pelajar tahun akhir unimas
๐Ÿ•ŒRM5 drpd hasil jualan akan disalurkan ke tabung Unit Pengurusan Surau Allamanda (UPSA) sebagai amal kebajikan
๐ŸชKalau ada yg nak, boleh pm ana:
๐Ÿ013-3533156
#JuhMakeBrowniesBoh
#JomBuatAmalJariah
So bye bye.


Sunday 20 March 2016

0 Malam Kesyukuran UPSA

Assalamualaikum dan hai.


Maka semalam selesai sudah Malam Kesyukuran UPSA. Ai konpius malam atau majlis. Anyway, tahniah MT ngan LP untuk majlis grand ni๐Ÿ˜

Dapat tengok muka muka yang tak pernah nampak *tak pernah sangat*. Dapat rasa air tangan mat. Diaorang masak (bak kata syakir). Aiman suka bubur jagung tuuu๐Ÿ’. *yang lain suka jugaa* 
Dann dapat memori indah. Mana taknya. Dapat tengok banyak kali video *love in the air*

So bye.

Saturday 5 March 2016

0 BoboiBoy The Movie

Assalamualaikum korang. Hai.

Nah belanja gambar dari Monsta.


3hb hari tu Afnan tengok movie ni. BoboiBoy The Movie. Lama kot tunggu dia keluar pawagam. Masuk kali ni kan dah 3 kali Afnan masuk cinema (kalau tak silap). Kali pertama masa tengok cerita Percy Jackson (rasanyalaaa...) dengan si Hamka. Permulaannya pada zaman matrik. Cewah.


Taraaa! Afnan ambik tiket 8:30 malam. Estimated time dalam 30 minit camtu dari Unimas. Actually nak tengok kat LFS Summer. Tapi malam tu entah camne website depa tak boleh nak masuk. Asyik loading je. So. Kita tengok kat CityOne je la yee xD

Ni pandangan sendiri la ye. Animasi dia lawa. Ada part lawak. Lagi lagi dengan si PapaZola tu. Yang wartawan tu pun sama. Siap interview perompak lagi. Perompak kedai dobi pulak tu๐Ÿ˜…

Part aksi pun banyak tau. Lawan lawan sume tu. Part sedih juga. Lagi lagi bila Ochobot tu cabut tangan dia. Ochobot dah rosak๐Ÿ˜ญ 

Tambah tambah bila part yang adudu nak kena gigit ngan Ikan Jerung Berkaki. Okay. Tu tak sedih pun๐Ÿ˜†

Yang best masa last tu. Diaorang semua dah upgrade. Si Ochobot pun upgrade. Klamkabot suh dia upgrade. Lawa pulak Ochobot tu. Kuning + Hitam. Waaaaa

Jujurnya. Animasi ni best. Nanti korang tengok la ye. Siyes tak rugi ^^v 10/10 lah...

Oh ya. Kalau yang dewasa tu nak tengok. Bawa la budak kecik ye. Afnan tengok tu sorang sorang je. Segan betul dalam tu. Banyak budak budak :pp Next time kalau dia buat movie lagi, nak kena ajak budak kecik..

Tapi yang di CityOne ni kurangnya satu ja. Depa tak letak poster besar besar. Ada pun kecik ja. Itupun kat kaunter. Kalau tidak boleh dah selfie banyak banyak. *sedih*


Sampai situ je la. Nak tahu banyak lagi. Kena la pergi tengok sendiri. Kan kan. 

Bye byee!