20 March 2016

0 Malam Kesyukuran UPSA

Assalamualaikum dan hai.


Maka semalam selesai sudah Malam Kesyukuran UPSA. Ai konpius malam atau majlis. Anyway, tahniah MT ngan LP untuk majlis grand ni😁

Dapat tengok muka muka yang tak pernah nampak *tak pernah sangat*. Dapat rasa air tangan mat. Diaorang masak (bak kata syakir). Aiman suka bubur jagung tuuu💁. *yang lain suka jugaa* 
Dann dapat memori indah. Mana taknya. Dapat tengok banyak kali video *love in the air*

So bye.

5 March 2016

0 BoboiBoy The Movie

Assalamualaikum korang. Hai.

Nah belanja gambar dari Monsta.


3hb hari tu Afnan tengok movie ni. BoboiBoy The Movie. Lama kot tunggu dia keluar pawagam. Masuk kali ni kan dah 3 kali Afnan masuk cinema (kalau tak silap). Kali pertama masa tengok cerita Percy Jackson (rasanyalaaa...) dengan si Hamka. Permulaannya pada zaman matrik. Cewah.


Taraaa! Afnan ambik tiket 8:30 malam. Estimated time dalam 30 minit camtu dari Unimas. Actually nak tengok kat LFS Summer. Tapi malam tu entah camne website depa tak boleh nak masuk. Asyik loading je. So. Kita tengok kat CityOne je la yee xD

Ni pandangan sendiri la ye. Animasi dia lawa. Ada part lawak. Lagi lagi dengan si PapaZola tu. Yang wartawan tu pun sama. Siap interview perompak lagi. Perompak kedai dobi pulak tu😅

Part aksi pun banyak tau. Lawan lawan sume tu. Part sedih juga. Lagi lagi bila Ochobot tu cabut tangan dia. Ochobot dah rosak😭 

Tambah tambah bila part yang adudu nak kena gigit ngan Ikan Jerung Berkaki. Okay. Tu tak sedih pun😆

Yang best masa last tu. Diaorang semua dah upgrade. Si Ochobot pun upgrade. Klamkabot suh dia upgrade. Lawa pulak Ochobot tu. Kuning + Hitam. Waaaaa

Jujurnya. Animasi ni best. Nanti korang tengok la ye. Siyes tak rugi ^^v 10/10 lah...

Oh ya. Kalau yang dewasa tu nak tengok. Bawa la budak kecik ye. Afnan tengok tu sorang sorang je. Segan betul dalam tu. Banyak budak budak :pp Next time kalau dia buat movie lagi, nak kena ajak budak kecik..

Tapi yang di CityOne ni kurangnya satu ja. Depa tak letak poster besar besar. Ada pun kecik ja. Itupun kat kaunter. Kalau tidak boleh dah selfie banyak banyak. *sedih*


Sampai situ je la. Nak tahu banyak lagi. Kena la pergi tengok sendiri. Kan kan. 

Bye byee!