Sunday, 26 December 2010

0 Result Sudah Keluar ^_______^ #2

Assalamualaikum semua.

Harap semuanya masih lagi tersenyum. Senyum ^_______^. Ikut senyuman seperti ikon yang disebelah ini. Sihat ke? Kalau tidak sihat, makanlah ubat mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Jangan lebih pula. Nanti lain pula jadinya. Apa-apa pun, saya doakan agar kalian yang membaca entri ini sihat selalu. Jagalah kesihatan anda :D

Ini merupakan sambungan bagi entri yang ditaip baru-baru ini. Entri ini juga mungkin akan menjadi pemanjang bagi entri yang ditaip baru-baru ini. Mungkin :D Maklumlah entri yang ditaip baru-baru ini memang agak ringkas dan pendek.

Okay. Saya akan memulakan ceritera daripada awal episod lagi. *Sedang memikir ayat*

Dua hari sebelum keputusan PMR diumumkan....

Dua hari sebelum keputusan PMR diumumkan, saya telah melancong ke kampung saya yang terletak di Machang. *Pelik sahaja bunyinya* Saya tinggal di sana selama dua hari. Pada hari pertama saya tiba di sana, kampung saya ini sudah ditenggelami banjir. Banjir paras buku lali. Hahahaha ^__________^.  Jadi, kami sekeluarga terpaksalah meredah banjir separas buku lali itu dengan jayanya untuk sampai ke garisan penamat. Jika bertuah, mungkin pacat akan melekat dan berehat di kaki kami. Buat pengetahuan kalian, banjir ini cuma berlaku dalam masa satu hari sahaja. Banjir kerana hujan yang tidak berhenti-henti.

Keesokan harinya, saya mula diserang demam. Kesian kan? T__________T. Hidung pula bertukar warna menjadi warna merah. Hidung membuat teknik TRANSFORMERS. Serupa sangat seperti hidung badut. Demam ini juga cuma berlaku dalam masa satu hari. Kiranya, demam ini merupakan petanda tarikh nak ambil result sudah dekat.

Keputusan PMR diumumkan....

Saya mari ke sekolah seawal pukul 10:45 pagi. Setiba sahaja di sekolah, keputusan PMR masih lagi belum diumumkan. Lebih kurang dalam pukul 11 lebih, barulah result PMR diumumkan. Alhamdulillah.... Akhirnya, saya berjaya juga mendapat 8A.

Itulah rentetan peristiwa yang berlaku sebelum keputusan PMR diumumkan.

* * * * * *

Hari ini merupakan hari yang paling happy. Sebab apa? Nak tahu? Sila angkat tangan di sini _____.

___
__
_
_
______

Saya mendapat sebuah hadiah. Hadiah yang sudah lama diidam-idamkan. Cantik dan best sangat hadiahnya! Jom tengok....





Inilah hadiahnya. Cantik kan?

Inilah hadiahnya. Cantik kan? Saya mendapat hadiah sebuah netbook. Colour purple :D

Netbook ini menggunakan Windows 7. Jadi terpaksalah saya berusaha untuk mempelajari Windows 7. Maklumlah selama ini, saya hanya menggunakan Windows XP. Bukan setakat Windows 7, saya juga terpaksa mempelajari untuk menggunakan Android. Memanglah agak susah.



Di atas inilah logo-logo Windows 7 dan Android.

Windows 7 merupakan windows yang terbaru keluaran Microsoft selepas Windows Vista dan Windows XP.  Mari tengok di bawah ini.



Inilah Android!!!


Ini pula Windows 7!!!

Inilah screenshot bagi Windows 7 dan Android.



Okay. Itu sambungan bagi entri yang pertama. Sekali lagi, tahniah bagi semua form 3 yang berjaya dalam PMR. Saya sudahi entri kali ini dengan ucapan Assalamualaikum.....

^______________^


No comments: