Sunday 31 October 2010

0 Siap!!!

Hello semua. Lupa pulak... Assalamualaikum semua :)

(ni pun just for short entry)

Apa khabar semua?? Hari ini Aiman sudah tersenyum sampai ke telinga. Kenapa?? Cuba anda lihat di sekeliling blog Aiman ni. Nampak tak perbezaannya... Templat dan design yang baru!!! Itulah perbezaannya. Memang pening jugak nak menukarnya. Pilih yang itulah. Pilih yang inilah. Semuanya memakan masa.


Ni lah sampelnya.
Sila klik gambar ini jika mahu tengok!!!

Kiranya sekarang ni, memang tak sia-sialah Aiman menempah perkhidmatan pakar dari overseas. Sungguh berguna rupanya diorang ni. Thanks to you all... :D
Nanti marilah office, ambik gaji. Hahahaha (melebihlah pulak tuan editor ni)

Tapi yang paling bestnya, templat ni dapat disiapkan dalam masa sehari. Kalau tidak, mesti ramai pelancong yang akan melencong ke Paris blog lain. Hahahaha...

Oklah. Stop dulu. Jangan lupa visit selalu ek!!! Yang paling penting = Jangan lupa jadi Follower :)

Bye <3 <3 <3


Saturday 30 October 2010

0 Hello!!! Sila Dengar :D

Assalamualaikum semua....

(just for a very short entry)

Ni Aiman.... Pemilik sah dan pemegang saham yang sah bagi blog ini. Mulai hari ni, Aiman dengan ini ingin menyatakan bahawa blog ini akan dikemaskini dan dibaikpulih. Kepada sesiapa yang melancong ke blog ini, Aiman ingin memohon seribu kali maaf kerana blog ini tidak akan kembali ceria. Masalah ini akan berterusan sehingga tidak diketahui tarikh akhirnya. Tapi Aiman amat berharap agar korang semua still melawat blog ini kerana entry tetap bekerja seperti biasa. Ermm... Nampak gayanya, semua juruelektrik dan juruelektronik  dari overseas terpaksa kembali bekerja. Hahaha (melebihlah pulak)...

Oklah. Stop sini dulu. Jangan lupa visit selalu ek. Last but not least, Say peace to Aiman.

Bye <3 <3 <3

Thursday 28 October 2010

0 Aktiviti Penyembelihan Ayam...

Assalamualaikum semua...

Huhuhu... Hari ni telah selesai aktiviti pengurusan jenazah. Memang berdebar sangat sebab cikgu nak cari model jenazah. Nasib baik Aiman tak kena. Kalau tidak memang malulah. Siap tunjuk betul-betul demo pulak tu. Dari pemandian hingga ke kafan. Nasib baik bukan pengebumian. Sorrylah buat semua sebab Aiman tak ambil gambar untuk aktiviti hari ni. Jadi kiranya korang semua buat-buat gembira lah ek. Hehehe...

Aiman nak tunjuk aktiviti semalam pulak hari ni. Lambat nak upload gambar kat blogger sebab sibuk sangat dengan FB. Memang best sangat aktiviti semalam. Sembelih ayam. Lepas tu, makan.












Itu saja lah gambar yang ada dan terkandung dalam kamera Aiman. Lain kali pulaklah Aiman upload video. Lembab nak upload time waktu camni. Maklumlah Blogger pun nak pergi mengundi. So, web jadi sesaklah...

Bye... Ngantuk sangat... Muah <3 <3 <3

Tuesday 26 October 2010

0 Award...

Assalamualaikum semua...

(just for a short entry) :)

Hmm... Hari ni dah habis berkenaan dengan hari penamaan calon bagi dun Aiman sendiri iaitu DUN GALAS. Nak cerita pasal penamaan calon hari ni, memang jalan betul-betul sibuk sangat. Habis sesak. Macam-macam ragam pemandu yang dapat dilihat. Nampak sangatlah Gua Musang nanti bakal menjadi popular setaraf Kuala Lumpur. Hehehe. Belum masuk hari mengundi lagi. Tak tahulah macam mana nanti. Tapi yang pasti Aiman dapat cuti... Hahaha. Dalam hari yang sibuk dengan undi-mengundi ni, tup... tup... expo pertanian dijalankan kat pusat sivik. Memang dekat sangat dengan rumah Aiman. Jalan kaki pun sampai tapi jangan malas je lah. Nak cerita lagi pasal hari ni, helikopter dah banyak berlegar-legar di jalan... Bukanlah!!! Di udara... Kiranya memang Gua Musang dah jadi sibuk. Nasib baik PM tak umumkan nak buat GMIA (gua musang international airport).


Oklah... Balik kepada topik asal kita... Hari Aiman nak tunjukkan award yang telah Aiman dapat dari blog-blog yang terlebih famoust...

Award yang pertama:-


Ni adalah award dari adik sendiri.
Korang bolehlah visit blog dia ni...
Klik Sini >>>

Ok... Dah tiba masa untuk menjawab soalan dia pulak...

a) Apa komen anda tentang award ini?
b)Anda rasa blog orang yang buat award ni comel tak ?
c)Anda sayang siapa ? Anda atau kawan-kawan anda? Pilih SATU jawapan sahaja ya !
d)Ada apa-apa rahsia kecantikan blog ? ~kongsilah sikit!

Jawapannya pulak...

a) Boleh dikatakankan menarik...
b)Dah nama pun adik sendiri. Yang pasti semua makhluk Allah SWT comel-comel belaka... Hehehe...
c)Diri sendiri. Bak kata pepatah 'Nyawa anda, keutamaan anda'
d)Rahsia....

Hmm... Ni pulak award dari Nama Saya Tengku...

Blog dia ni pun cantik jugak...
Korang boleh visit blog dia pulak...



Ok... Stop sini dulu. Bye....

p/s: Besok ada hari penyembelihan ayam... Tak sabar nak menunggu hari esok...

Saturday 23 October 2010

0 Arghhh!!!! Blog Berat...

Assalamualaikum semua T__________T

Ermm.... Tensionnya!!! Nape?? Putus cinta ke? Bukanlah!!! Cinta tak main lagi... (muka serius) Belajar dulu... Lepas tu, baru bercinta... Aiman tension ni pun sebab blog ni dah nak makin berat. Mungkin sebab banyak sangat makan HTML Javascript. Doktor pun dah pesan suruh kurangkan makan... T_________T  Nampaknya kalau pelancong-pelancong comel nak melancong ke blog Aiman, terpaksalah bersabar sikit ek... Mungkin lambat untuk diupload.... Tut... Tut... (talian terputus) *cannot find server> refresh

Hmm.... Nampaknya Aiman terpaksalah kurangkan harga tiket dengan cukai kemasukan ke blog ni. Ni pun cara untuk menarik pelabur yang comel dari luar... Hehehehe :D Oklah... Dengan ini harga tiket dan kemasukan ke blog ini dikurangkan... TITIK!!!

Cukup sini dululah ek... Kalau korang ada cara bagi mengurangkan keberatan mengupload blog ni, sharelah ek. Klik kat butang ulasan atau kat chat box. Berkongsi ilmulah katakan... Lagi satu, korang semua janganlah lupa untuk mengiklankan blog Aiman ni... Hehehe....

Ok... Jumpa di lain hari... Bye <3 Muah... Love you

p/s:Pelancong Comel Didahulukan, Blog Diutamakan...

Friday 22 October 2010

2 Nak Rasmi Dah...

Assalamualaikum Semua....


Apa khabar?? Diharap semuanya sihat-sihat belaka.... Macam mana dengan hari korang semua hari ni. Best tak?? Kalau yang tak best, buat-buat best je lah ek. Hehehehe....

Ok.... Mesti semua nak tahu apa tajuk entry hari ni. Tajuknya sangat popular dan mendapat liputan hangat dari media sekarang ni. Contohnya BERITA HARIAN dan STESEN TV SELURUH DUNIA. Hehehe (Perasan)

DENGAN INI, SAYA MERASMIKAN BLOG.....

Terkejut tak... Apa tak terkejut?? T___________T (muka pura-pura sedih). Takpelah kalau korang tak terkejut. (merajuklah pulak). Sebenarnya itulah tajuk yang mendapat liputan yang terhangat sekarang ni. Memang hangat. Siap dipaparkan kat muka hadapan akhbar lagi... Hehehe....

Menceritakan pengalaman membuat blog ini....

Memang payahlah jugak nak siapkan satu-satu blog. Tambah-tambah pulak nak mencantikkannya... Pening kepala Aiman sebab nak pilih templat... Dahlah templatenya tu comel-comel belaka... Memang RAMBANG MATA memilihnya... Yang ini comel... Yang itu pun comel... PENING!!!!

Lepas tu, time nak edit blog pulak, kena buat dengan berhati-hati. Pindah kod data itulah... Kod data yang inilah... Silap sikit blog tu boleh musnah. Macam kat medan perang je...

Oklah... setakat ini sahaja entry untuk hari ni. Lupa sesuatu.... Kejap ek....


JANGAN LUPA VISIT...

BLOG INI SUDAH DIRASMIKAN....

Cukup dulu... Lain kali pulak tambah entry...

Bye.... <3

p/s: Jangan lupa visit lagi blog ni ek... Be a follower k...