11 September 2014

2 MAP and EE Unimas

Assalamualaikum dan hai.

11 september 2014. Alhamdulillah. Dah 11 hari rupanya menetap di Kota Samarahan ni :3 So far so so so good ._.

Di kesempatan ini, Afnan nak kongsi sikit cite pasal yang time Minggu Aluan Pelajar. Apa tu MAP? MAP tu ala ala macam macam orientasi. Bezanya banyak dari yang orientasi matrik okay. Sini takde dah kena marah marah. Abang abang dan akak akak LO handsome dan lawa lawa siap layan kitaorang macam raja lagi. Ahahaha. Makan minum semua. Takde "jerit jerit". Lagi lagi, seminggu tu makan dan minum secara "PERCUMA".

Haa. Apa tu LO? LO tu Liaison Officer. Kalau kat matrik dulu dipanggil AJKO. Sini kan over the sea. Kena omputih sikit.

Okay. Meh nak cite. Afnan daftar 1hb september. Bawa barang barang semua pastu tinggalkan kat Allamanda. Then, macam biasa. Balik ke hotel semula. Haha. Kan 2 hari untuk pendaftaran xD Jadinya yang 2hb tu kita masuk lah balik.

The MAP life begin. Kena bangun seawal 4:30 pagi untuk tiga hari pertama jee. Yang selebihnya tu, bangun macam orang semenanjung. Pukul 5 lebih lebih xD Sini subuh awal. So, kalau nak berjemaah tu, memang kena bangun pukul 4 pagi gittew. Kalau bangun pukul 6 kat sini, matahari dah ada atas kepala. Hmm. MAP pun berjalan dengan sejalan jalannya. Pagi pagi kena pergi ke DeTAR Putra untuk mendengar taklimat "penting". Duduk dalam tu sampai malam. Tak boleh balik bilik nak tukar baju apa semua tu. Stay dalam tu dengan baju pagi tadi. Sebabnya, kalau balik, dah tentu tentu ganggu perjalanan aktiviti. Kan kan?

Sakura
Allamanda at the back

Antara aktiviti terakhir kumpulan 7
Untuk MAP ni, Afnan dapat kumpulan 7. Kumpulan 7 ni dibawah kendalian Abang Mamal, senior Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Sepanjang MAP ni, kitaorang belajar lah step cheers untuk Allamanda College.Ada "tum ketumbat indai ragum nadai diyak nyau mansai sungai karak" apa semua tu. Bahasa iban okayyy! Sebab nanti akan ada pertandingan untuk setiap kolej. Dan dan dan untuk pertandingan tu, Allamanda College menang untuk cheers dan juga untuk keseluruhan. Allamanda hebat!

#throwback
Hebat hebat. Esoknya kena pergi kelas. Penatnyaaaaaa. Tapi I missed one class -.- Tertukar kelas ngan hari jumaat. Sedihnyaaa.  Sini pulak fakulti besar besar. Masuk masuk sampai tak jumpa jalan keluar. Cari surau tak jumpa. Cari tandas pun tak jumpa. Lagi kan kelas -____- Jadi untuk minggu pertama ni, ambillah inisiatif follow kawan dulu :p

Dan. EE ni amat menyedihkan. Teruja tengok calculation. Huwaaa.

By the way, kos Electrical and Electronic Engineering ni kan kos baru di Unimas. Jadinya, kitaorang semua jadi first batch. Lab rats gituu. Total student untuk kos EE ni lebih kurang dalam range 20-30 kot camtu. Lelaki ada 10 orang. Perempuan je ramai "sikit".

Plus plus, Afnan tak jumpa lagi budak yang komen kata dapat sama kos. Atau mungkin budak tu sama kos tapi lain universiti.

So, itu je lah liku liku kehidupan kat sini untuk 11 hari pertama. Doakan :)

mood : Still trying to adapt dengan tempat baru and making a lot of friends.

One of the food during MAP
Amanat akhir akak dan abang LO
Margharita Thrajano xD