Hai kawan-kawan.... Bertemu kembali kita :)
Assalamualaikum...
Pertama sekali, saya hendak berkongsi masalah atau problem berkenaan dengan blog saya ini. Biasalah lumrah manusia *Chehhh :P* Setiap perkara hendak dicuba.
Sebelum saya on netbook saya ini, saya ada hajat untuk meneruskan misi menggodam data. Bukan WIKILEAKS ya!!! Pergilah klik blog yang ada tutorial.... Klik punya klik. Jumpalah satu blog yang memberi tunjuk tentang cara untuk membuat design blog.
So dan oleh itu, saya pun trylah join cara-caranya. Akhirnya.....
Rasa Seperti Mahu Menangis
T______T
Saya telah tersilap godam kod. Semua widget dalam blog hilang. Kenapa semua ini berlaku? *Dramanya......*
Kesimpulannya, saya terpaksa memaksa jari-jemari saya untuk mencari kembali kod-kod itu. Itulah padahnya apabila menggodam kod tanpa izin.... Hahahahaha :D Bukanlah. Godam kod dan terus klik Simpan Perubahan.... Lain kali, kena berhati-hati :)
Akhirnya dan bukan yang terakhir....
Seandainya kalian rasa blog ini comel, Kata Aiman : Terima Kasih Ya!!!
Seandainya kalian rasa blog ini ------, Kata Aiman : Tolong jangan pergi ya.... Please *Muka 10 sen*
p/s : Hari ini semasa aktiviti PBSM, ada aktiviti kotak beracun. Saya telah terpilih menjadi penyanyi lagu Negaraku. Lirik Negaraku pun tidak ingat :) Maklumlah terlampau nervous. Macam mana dengan suara saya ya? Merdu ke? Hehehehe.... Harap-harap sangat ^___^
Suara Merdu Telah Menarik Perhatian Pooh Untuk Menjenguk Blog Ini :D