Friday, 30 May 2014

0 Orientasi 2014/2015

Assalamualaikum and hai!
Minggu orientasi KMPk dah nak sampai ke penghujungnya. Macam macam yang dilalui oleh kitaorang selaku ajko engkorang wahai adik adik kmpk sekalian. Dimulakan masa yang sesi team building. Huih. Ramai yang anggap team building semua ni tak penting tapi sebenarnya tu lah satu satunya aktiviti yang paling penting untuk latih para ajko bila nak jalankan tugas kelak.
Kitaorang terpaksa melayan kerenah adik adik kmpk yang pelbagai sejak dari hari yang first sampailah ke hampir hujung sesi orientasi ni. Yang time post mortem masa hari pendaftaran tu. Ada ajko yang bagitahu katanya ada student tak boleh pakai baju yang besar besar sebab doktor tak bagi. Erk. Apa kehe nya. Tu tak termasuk yang homesick. Dan macam macam lagi lah...
Lepas tu, ada pulak malam yang kitaorang, para ajko sekalian kmpk kena post mortem bersama para alumni sehingga hampir pukul 4 pagi. Habis post mortem yang malam tu, on the way nak balik bilik. Tup tup. Dah ada yang bunyikan siren. Huih.
Macam macam lagi lah. Ada student yang ... Ya. Tak tahu sebab apa. Jenis manusia yang suka letak pinggan diatas penutup tong "letak" pinggan. Please lah. Kot ye pun. Mohon hormat pengurusan cafe. Ni tak pasal pasal orang cafe tu pulak nak kena bukak penutup untung korang.
Dan pengalaman yang paling best ialah time yang TTK a.k.a Tugas-Tugas Khas. Kitaorang cuma duduk dalam IT lab pastu key in data. Best yoo! Dapat tengok nama student, nombor telefon student dan gambar passport student xD Tu keistimewaan kitaorang :p
So. Itu je lah. Harap adik adik kmpk semua dapat jaga kad matrik korang yang lawa tu. Warna kuning siap bercorak lagi. Lawaaa! Kad matrik kami, KMPkians yang batch 13/14 ni cuma warna biru serupa cam background gambar passport je tau.
Pas tu. Tema baju kolej tahun ni warna merah-hitam dan biru-kuning. Beg warna merah. Dan yang perempuan dapat tudung warna merah. Aaaaaa. Untunglaaa korang adik perempuan.
Jadi. Itu je lah dari Afnan. Byeee! Selamat menempuh alam baru wahai adik matrik kmpk 14/15 tak kiralah samada PST atau PDT.

Wednesday, 21 May 2014

1 Back to KMPk

Assalamualaikum ebelibadi.
Waa. Lama tak update. Emm. Ni dah berapa minggu dah cuti. Dah nak hampir sebulan cutinya. Duduk like a boss kat rumah. Guna phone ma buat hotspot kalau nak guna internet.
Dan 23hb ni dah nak kena balik matrik balik. Kali ini sebagai abang ajko xD. Kat sana pulak, dua hari kena team building. Mungkin ada gaya cam buli rasanya.
23 dan 24hb penuh dengan aktiviti tapi yang 25hb tu tak pasti lagi. Mungkin kena buat persiapan je kot. Bagi lengkap semua. Atau mungkin juga hari free untuk berehat. I wish that! Dan. 26hb pelajar baru masuk. "Welcome to KMPk beybeh!"
Hari first tu saya jadi yang jaga bahagian keselamatan. You know. Alaa. Yang pegang M-16 tu. Saya jaga di bahagian tempat parking kapal terbang (lah sangat) berdekatan dengan kolej perempuan tu dan juga cafe Mama. Hari pertama adalah hari yang panas. Tapi untuk hari kedua dan ketiga geng kitaorang a.k.a geng keselamatan mungkin relaks sikit. Bak kata Sir Kamal, kitaorang cuma key in data.
Sampai 31hb. Then, Afnan balik sini. Hometown. So itu je. Jadi sesape yang dapat kmpk tu, selamat menjalani orientasi yaa. InsyaAllah takde kot yang joget joget sume tu. Sebab yang jaga korang nanti semuanya geng geng masjid. Hehee ^^v
Satu lagi. Masa zaman Afnan dulu pun takde pun joget. Cuma adalah yang nyanyi tu. Tapi takde nyanyi cam AF pun. Nyanyi lagu "atas bukit ada rumput" dengan ... tak ingat. Lagipun banyak taklimat je..
Tapi semua tu tak jamin lah tau. Sampai sini saje. Bye korang! Dan jangan lupa doakan untuk result Afnan yang bakal keluar! Terima kasih.