Tuesday, 6 October 2015

2 Trip to Rumah Amal Nur Murni

Assalamualaikum korang.

InsyaAllah hari ni nak cerita pasal aktiviti terakhir kolej yang Afnan join. *kononnya*

Program dianjurkan oleh mantan Exco Kerohanian JPK Allamanda 14/15.

Kami bertolak ke sana pada pukul 8 pagi (Baiklah. Ada sedikit kelewatan di situ). Sampai sana dalam pukul 8 lebih lebih. Hmm. I forgot to tengok jam...

Ketibaan kami disambut oleh anak anak kecil yang hensem hensem lagi comel. Gambar kat bawah ni tak nampak adiknya.

Antara persembahan daripada mereka ^^v




Menu sarapan kami dan mereka semua ala ala KFC tau. Ada ayam, roti bun dengan french fries. Yum yum. Nampak kan kererujaan mereka tu XD


Selesai makan. Macam biasa. Kitaorang dibahagi kepada dua kumpulan. Yang muslimin gotong-royong manakala yang muslimat main game dengan diaorang. Menariknya pasal gotong-royong, ini lah kali pertama dalam hidup kot, kamek masuk dalam longkang XD







Yang kecik ni Ofa ^^

Sekejap je program. Pukul 12 tengahari dah balik keyh :D

Ucapan penutup disampaikan oleh Mantan Presiden JPK Allamanda 14/15
Di balik tabir, ada dua photographer. Kak Fatein dan Fay.
Itu sahajalah. Seronok serius seronok, Inilah faktor I wish I could get college back T^T

Babai.

Monday, 28 September 2015

2 Tuto Pendek: Dreamweaver

Assalamualaikum dan hai korang.

Malam ni tetiba jadi rajin sikit. Jadi, Afnan nak up kan satu entri pasal Dreamweaver. Mungkin berguna. Tapi entri ini bukanlah ditaip oleh pakar. Jadi, kalau nak lebih detail atau mungkin lebih "betul", bolehlah tanya kepada pembina website di luar sana :)

Tahukah anda apa itu Dreamweaver?

Baiklah. Pada pendapat Afnan, Dreamweaver ni sebenarnya satu perisian yang digunakan untuk design webpage (afnan, 2015). Kalau lebih mahir, korang boleh juga design template blogger dan apa apa semua tu.

Kalau ikutkan hati, tak pun tahu sangat guna Dreamweaver ni. Tapi disebabkan subject TMX, makanya paksa lah diri untuk belajar. Belajar dengar tok guru Google. Nak cari tenaga pengajar pun bukannya sempat kan. Berapa minggu je *kalau tak silap*
Tapi tak tahu camne. Semangat nak belajar buat benda ni lagi tinggi daripada nak mahirkan jawab soalan diff. Pfftt.

Untuk makluman korang. Nak buat webpage ni, ada dua cara. Itu yang Afnan survey. Pertamanya, korang boleh guna Photoshop. Lepas tu, link kan dengan Dreamweaver korang itu.
Cara yang kedua pula, korang boleh design korang punya webpage from zero to hero. Maksudnya? Okay. Maksudnya, korang kena mulakan kerja design tu dengan satu document template yang kosong. Korang yang akan masukkan coding untuk body dan yang lain lain tu sendiri. Ikut korang mahu buat sidebar atau pun tidak. Tapi kalau yang Afnan buat, Afnan tak letak sidebar. Nampak tak lawa pula kalau ada sidebar.

Cara yang pertama tu memang lebih senang dari cara kedua. Tapi kan, bila korang zoom out, nanti korang akan perasan template korang tu pecah pecah. Sebabnya, korang dah create table kat situ. Itu kalau dari pemerhatian Afnan laa.
Tapi kalau cara yang kedua itu pula, korang kenalah mahir coding. Dan Afnan cadangkan cara kedua kalau mahu buat webpage ^^.

Ini Afnan terangkan secara ringkas. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh PM atau jumpa dengan Afnan :p
Cara pertama: Photoshop to Dreamweaver
Lepas korang siap design di Photoshop. Korang akan cut guna knife di setiap image. Then, korang akan save sebagai html.
So ya. Ini dalam view Dreamweaver. Korang boleh select mana mana image untuk di link kan pada site korang.

Taraa! Hasilnya. Afnan tak simpan gambar yang full. *Mari berHUHU*  
Cara kedua. Ahaa. Yang ni macam coding blog je. Buat coding body. Dan semuanya akan berjalan lancar. Poi baca tuto blogger sana :pp
Mula mula. Korang buat header. Untuk ni, Afnan edit di Photoshop.
Siap siap tu. Then, korang start tulis coding dan masukkan image header dan footer apa semua tu.
Part ni korang start lah pula nak tambah css. Something macam itulah. 
Ni. Korang code kan untuk navbar :D
Ni hasilnya. 
Untuk nak buat login page pulak. Kita kena write PHP script. Dan kita kena guna PHP script tu untuk link dengan kita punya database. Afnan guna free web hosting, jadi dreamweaver tak boleh connect direct dengan database web hosting tu. It show error gais.

So. Itu je lah tuto yang tak macam tuto. Bye gais. Nak tengok yang live punya. Boleh klik sini.

Dan. Mohon jangan tulis bukan bukan di contact us punya box itu. Sebab nanti ai can read it kayy. Enjoy!

Monday, 17 August 2015

0 Travelog Pekan-Bukit Tinggi, Bentong

*kemain lagi tajuk kan*

Assalamualaikum korang.

Entri kali ini Afnan nak cerita pengalaman melancong sorang-sorang gitu haa.


Sebelum memulakan perjalanan keesokan hari (hari Isnin), kena lah study peta sikit sikit kan. Jadinya pada malam itu, tetiba jadi rajin nak tengok google maps. Tengok nak tengok simpang mana mana kan. Lagi lagi sebab nak lalu jalan belakang *jalan yang tak guna highway*.
Nama jalan tu jalan Batu Balik. Kawasan kampung tapi sangat best. Sunyi campur sejuk je kat sana. Paling tidak pun, ada lori balak xD

Mula perjalanan ke Pekan pada jam 10 pagi. Check enjin semua. Itu pun sekadar buka but depan. Lepas tu tengok air penuh. Tutup. Selesai. Sebab Gua Musang dah ada highway yang direct ke Kuala Lipis, makanya tak perlulah lagi kita menyusahkan diri lalu jalan turun naik turun naik Kechau tu *bukit tujuh*. Afnan sampai di Pekan pada jam 5 petang. 7 jam perjalanan. Itu pun sebab patah balik dek kerana tak mau masuk jalan tol.Nampak tol terus buat uturn. Dengan tu, dapat jimat duit untuk minyak pulak.. Itu tak campur lagi dengan sesat. Heh.

Untuk beberapa hari pertama tu, Afnan duk rehat je di rumah ciklong (mak long). Lepas itu, baru tergerak hati nak keluar tengok Pekan.

13hb Mula mula tempat yang Afnan pergi tu Pantai Air Leleh. Ciklong kata namanya camtu. Tapi kalau tengok kat google maps takde pun nama pantai tu.

Laluan ke Pantai Air Leleh
Pantai Air Leleh
14hb Mula lah pula sesi pusing bandar Pekan. Melawat Muzium Sultan Abu Bakar. Itupun melawat luar je.

Sekeliling muzium
Lepas tu, pergi melencong ke Serambi Pekan.
Afnan pun ada masuk jugak kat kawasan Tg Agas Oil and Plantations (lupa sudah bila poi tempat ni). Tapi yang ni separuh jalan. Sebab jalan kampung dia tu sempit kemain. Kalau tidak, dapat posing dengan nelayan. Hehe.

15hb Sabtu Untuk yang ni dah plan senyap senyap. Malam sebelum tu dah *macam biasa* study peta untuk ke Bukit Tinggi, Bentong. Rajin kan. Haha. Tambahan jugak, thanks to ciklong lelaki sebab dah tolong check kan stering lock ^^v.
Afnan bertolak ke sana lebih kurang dalam pukul 10:30 pagi macam itu. Singgah di Petronas km16, Jalan Gambang sebab nak beli kad touch n go.

Lepas itu, singgah di Petron sebelum nak masuk tol Kuantan. Sebabnya nak topup kad touch n go tu. Di Petronas yang tadi, akak tu kata dah habis topup.

Lama punya lama akhirnya sampai jugak di exit nak ke Bukit Tinggi tu. Lepas lama pusing punya pusing nak mendaki tu, akhirnya sampai lah juga di puncak nya. Kalau tak tahu jalan. Korang ikut je signboard bila dah ada di bukit sana. Afnan follow yang ke "Horse Trail" punya arah tu. Tempat yang Afnan tuju ni kiranya yang paling hujung sekali. Jalan masa korang mendaki tu sunyi je. Bila turun banyak pula keretanya. Hmm. *sampai di sana jam 2 petang*

Mula mulanya Afnan dah tersilap masuk ke Japanese Village. Sebenarnya, objektif utama itu nak poi kat tempat yang ada bangunan warna warni macam istana. Dua jam duduk pusing dalam kawasan Japanese Village.
Mari mendaki dengan adik kecik :p
Mari mendaki dengan "orang luar" xD
Sampai! We are now at 3500 feet above sea level yo!
Laluan untuk melawat spa dan kolam.




Laluan di kawasan Botanical Garden. (sini ada monyet liar katanya)

Lepas tu sebelum nak kuar, Afnan tanya lah sorang uncle teksi india ni. Dia lah yang baik hati bagitahu di mana laluannya. Thanks to that uncle. Kita kena belok kanan ye kawan kawan. Bukan kiri.

Di sana itu kan, parking di hotel sana. Free je.

Walla. Dengan ini sampai sudah Afnan di bangunan warna warni sana. Dah poi cop dah tapak kasut kat atas puncak nuh. Time Afnan pergi tu ada orang buat tarian. Zumba kot. Haha. Nak join pun boleh :p

Taraaaa!
Tarian. Mari menari :p

Tamat sudah lawatan cuti sem. Haha. Thanks to sorang abang ni sebab tolong ambikkan ^^
Jadi. Kalau rasa sesiapa nak bawa kekasih ke family ke untuk pelancongan satu hari, bolehlah pergi ke Bukit Tinggi. Bayaran masuk RM13 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak. Bayaran tu merangkumi kedua dua tempat. Jadi, apa salahnya pergi melawat kedua duanya kan.

Afnan bertolak dari bentong pada jam 5 petang dan sampai di Gua Musang pada jam 10 petang. Sekian ceritera cinta ini.

Bai bai.