*kemain lagi tajuk kan*
Assalamualaikum korang.
Entri kali ini Afnan nak cerita pengalaman melancong sorang-sorang gitu haa.
Sebelum memulakan perjalanan keesokan hari (hari Isnin), kena lah study peta sikit sikit kan. Jadinya pada malam itu, tetiba jadi rajin nak tengok google maps. Tengok nak tengok simpang mana mana kan. Lagi lagi sebab nak lalu jalan belakang
*jalan yang tak guna highway*.
Nama jalan tu jalan Batu Balik. Kawasan kampung tapi sangat best. Sunyi campur sejuk je kat sana. Paling tidak pun, ada lori balak xD
Mula perjalanan ke Pekan pada jam 10 pagi. Check enjin semua. Itu pun sekadar buka but depan. Lepas tu tengok air penuh. Tutup. Selesai. Sebab Gua Musang dah ada highway yang direct ke Kuala Lipis, makanya tak perlulah lagi kita menyusahkan diri lalu jalan turun naik turun naik Kechau tu
*bukit tujuh*. Afnan sampai di Pekan pada jam 5 petang. 7 jam perjalanan. Itu pun sebab patah balik dek kerana tak mau masuk jalan tol.Nampak tol terus buat uturn. Dengan tu, dapat jimat duit untuk minyak pulak.. Itu tak campur lagi dengan sesat. Heh.
Untuk beberapa hari pertama tu, Afnan duk rehat je di rumah ciklong
(mak long). Lepas itu, baru tergerak hati nak keluar tengok Pekan.
13hb Mula mula tempat yang Afnan pergi tu Pantai Air Leleh. Ciklong kata namanya camtu. Tapi kalau tengok kat google maps takde pun nama pantai tu.
|
Laluan ke Pantai Air Leleh |
|
Pantai Air Leleh |
14hb Mula lah pula sesi pusing bandar Pekan. Melawat Muzium Sultan Abu Bakar. Itupun melawat luar je.
|
Sekeliling muzium |
Lepas tu, pergi melencong ke Serambi Pekan.
Afnan pun ada masuk jugak kat kawasan Tg Agas Oil and Plantations
(lupa sudah bila poi tempat ni). Tapi yang ni separuh jalan. Sebab jalan kampung dia tu sempit kemain. Kalau tidak, dapat posing dengan nelayan. Hehe.
15hb Sabtu Untuk yang ni dah plan senyap senyap. Malam sebelum tu dah
*macam biasa* study peta untuk ke Bukit Tinggi, Bentong. Rajin kan. Haha. Tambahan jugak, thanks to ciklong lelaki sebab dah tolong check kan stering lock ^^v.
Afnan bertolak ke sana lebih kurang dalam pukul 10:30 pagi macam itu. Singgah di Petronas km16, Jalan Gambang sebab nak beli kad touch n go.
Lepas itu, singgah di Petron sebelum nak masuk tol Kuantan. Sebabnya nak topup kad touch n go tu. Di Petronas yang tadi, akak tu kata dah habis topup.
Lama punya lama akhirnya sampai jugak di exit nak ke Bukit Tinggi tu. Lepas lama pusing punya pusing nak mendaki tu, akhirnya sampai lah juga di puncak nya. Kalau tak tahu jalan. Korang ikut je signboard bila dah ada di bukit sana. Afnan follow yang ke
"Horse Trail" punya arah tu. Tempat yang Afnan tuju ni kiranya yang paling hujung sekali. Jalan masa korang mendaki tu sunyi je. Bila turun banyak pula keretanya. Hmm.
*sampai di sana jam 2 petang*
Mula mulanya Afnan dah tersilap masuk ke Japanese Village. Sebenarnya, objektif utama itu nak poi kat tempat yang ada bangunan warna warni macam istana. Dua jam duduk pusing dalam kawasan Japanese Village.
|
Mari mendaki dengan adik kecik :p |
|
Mari mendaki dengan "orang luar" xD |
|
Sampai! We are now at 3500 feet above sea level yo! |
|
Laluan untuk melawat spa dan kolam. |
|
Laluan di kawasan Botanical Garden. (sini ada monyet liar katanya) |
Lepas tu sebelum nak kuar, Afnan tanya lah sorang uncle teksi india ni. Dia lah yang baik hati bagitahu di mana laluannya. Thanks to that uncle. Kita kena belok kanan ye kawan kawan. Bukan kiri.
Di sana itu kan, parking di hotel sana. Free je.
Walla. Dengan ini sampai sudah Afnan di bangunan warna warni sana. Dah poi cop dah tapak kasut kat atas puncak nuh. Time Afnan pergi tu ada orang buat tarian. Zumba kot. Haha. Nak join pun boleh :p
|
Taraaaa! |
|
Tarian. Mari menari :p |
|
Tamat sudah lawatan cuti sem. Haha. Thanks to sorang abang ni sebab tolong ambikkan ^^ |
Jadi. Kalau rasa sesiapa nak bawa kekasih ke family ke untuk pelancongan satu hari, bolehlah pergi ke Bukit Tinggi. Bayaran masuk RM13 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak. Bayaran tu merangkumi kedua dua tempat. Jadi, apa salahnya pergi melawat kedua duanya kan.
Afnan bertolak dari bentong pada jam 5 petang dan sampai di Gua Musang pada jam 10 petang. Sekian ceritera cinta ini.
Bai bai.