12 August 2011

1 Ogos And September equal Busy Day

Assalamualaikum kawan-kawan...

Lama sudah saya tidak update entri di blog. Ini merupakan entri kedua bagi bulan Ramadhan yang mulia ini :D Sudah 12 hari kita berpuasa. Ada sesiapa yang sudah tinggal puasa? Jawab. Jawab. Hehehe ^__<

Bulan Ogos and September equal Busy Day?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Oopss... Apakah ini?

Sumber : Google
Kenapa saya kata Ogos and September equal Busy Day? =.=
Untuk perhatian ! Bulan Ogos dan September ni merupakan bulan yang agak sibuk. Sibuk dengan SPM? SPM ni hanya untuk budak-budak form 5. Saya masih lagi form 4. So, ini bukannya berkenaan dengan SPM.  Nak tahu apa?

Kerja Kursus Prinsip Perakaunan

Inilah dia busy day saya. Kerja Kursus Prinsip Perakaunan ni bukan macam Kerja Kursus Sejarah atau Geografi. Kerja Kursus Sejarah dan Geografi  ni lebih nipis dari Kerja Kursus Prinsip Perakaunan. Kerja Kursus Prinsip Perakaunan bukan hanya perlu menaip perkataan sahaja tetapi juga perlu menaip nombor.
Macam mana tu? Mungkin ramai yang akan mengatakan itu mudah. Mudah je...
Maksud saya, kita perlu membuat akaun kita sendiri. Tidak faham juga? Saya terangkan dari mula...

Mula-mula tu, cikgu Prinsip Perakaunan kamu tu akan bagi satu kertas. Itulah kertas tugasan projek. Permulaan kerja busy kamu tu. Nak tengok kertas tugasan projek tu? Boleh download kat sini : Link Ini
Lepas itu, kamu kena pilih salah satu perniagaan yang kamu ingin jalankan. Contoh perniagaan yang disediakan untuk tahun ini :- (Semuanya ada pada tugasan projek itu)
  1. Kedai Alatan Sukan
  2. Kedai Alatan Memancing
  3. Kedai Alatan Perkhemahan
  4. Kedai Alatan Perkelahan
  5. Kedai Pakaian Seragam
Arahannya :
Calon dikehendaki menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber.

Untuk menyiapkan kerja kursus ini, kita perlu banyak berimaginasi. Imaginasi tentang business yang ingin kita jalankan. Sebagai contoh, kita memilih kedai alatan sukan. Kita perlu mereka sendiri pilihan nama bagi kedai kita, tempoh perakaunan kedai kita, dokumen sumber dan set akaun. Semuanya umpama kita baru hendak membuka perniagaan.

Sebab itulah saya mengatakan yang kerja kursus ini lagi susah dari Kerja Kursus Sejarah dan Geografi untuk form 3. Lagi satu, kerja kursus ini tiada dalam senarai form 1, 2 and 3. Jadi, kamu tidak perlulah mencari mana asal usul kerja kursus ni. Kalau nak tahu info lanjut, klik sini.

Itu sahaja entri saya untuk hari ini.

Babai....

1 comment:

nur syazlinda (: said...

itu baru kursus akaun f4, belum f5 punya lagi~