Friday, 26 August 2011

0 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum kawan-kawan...

Apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja. Saya sihat je. Hari Raya kan sudah semakin hampir, jadi kenalah jaga kesihatan. Barulah syok beraya. Hehe :)
Klik untuk membesarkan imej.
Info imej :-
Tajuk Imej : Selamat Hari Raya Aidilfitri
Software : Adobe Photoshop
Tahap : Simple
Tarikh Siap : 24/8/2011 6:36 PM

Sengaja taip entri Hari Raya Aidilfitri lebih awal. Bersemangat ni ! Hehe :)
Dalam entri ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan sekelas saya (4 Sains 1), rakan-rakan yang mengenali diri ini, budak-budak Bloggers dan kepada semua rakyat Malaysia yang seringkali melawat blog ini bagi membaca entri terbaru dari luar skrin komputer.
Saya juga memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan, kalau saya ada tersalah taip entri yang boleh menyinggung perasaan korang. Mungkin juga entri itu ditaip dengan terlebih emo.
Topik asal sudah habis. Masuk yang tengah..
Hari Raya Aidilfitri tahun ini, korang beraya di mana? Kalau saya, saya beraya di kampung je. Hehe :) Yang pasti kampung saya ini di negara tercinta, Malaysia.
Tema raya tahun ni pun, saya kurang pasti. Tidak tahu langsung. Kira tunggu je lah..
Topik yang tengah sudah pun habis. Mula topik yang terakhir pula..
Saya nak kongsi tip-tip dengan kawan-kawan sebelum mula balik kampung. Nak tahu? Tip ni pun sudah banyak diiklankan di kaca televisyen nipis dan tebal di rumah korang. Tidak kiralah televisyen berjenama apa sekalipun samada Panasonic, LG, Samsung ataupun Celcom. Saya mulakan..
  1. Pastikan rumah korang berkunci samada pintu depan, pintu pagar ataupun pintu belakang sebelum bertolak ke destinasi yang dituju. Kunci dengan manggo/mangga.
  2. Pastikan kenderaan anda telah diservis dan diupdate dengan baik serta sempurna. Ini bagi pengetahuan driver sahaja. Budak-budak jangan pandai-pandai nak hantar kereta untuk diservis. Nanti terperanjat tauke pusat servis tu. Kata mereka, " Hebat berbenor budak-budak zaman loni ! "
  3. Kemaskini status kenderaan anda dari segi lesen dan roadtax. Jangan ingat Facebook saja yang boleh kemas kini status. Kenderaan pun boleh. Tetapi, kalau kereta yang tayar satu tu tidak perlulah kemaskini status. Nanti terperanjat pegawai JPJ. (Hanya untuk driver)
  4. Pastikan nombor plat kenderaan anda diskru dengan baik. Hal ini, boleh memFamouskan kenderaan anda di hadapan JPJ dan juga sebagai MyKad kenderaan. (Hanya untuk driver)
  5. Sebelum memulakan perjalanan, pakai tali pinggang keselamatan tidak kira bagi penumpang mahupun driver. Lepas tu, checklah mana-mana yang patut. Check cermin sisi, lampu signal, lampu brek ataupun segala jenis lampu. Contoh, lampu suluh. Jangan lupa untuk check wiper hadapan dan belakang sekali.
  6. Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan baik, mulakan perjalanan anda dengan bacaan basmalah. Tumpukan perhatian semasa memandu. Kepada penumpang di belakang dan di sebelah kiri, jangan mengganggu konsentrasi dan tumpuan driver.
Itu sahajalah tip-tip yang dapat saya kongsikan. Kalau ada yang terkurang tu, harap dimaafkan saja lah. Sebelum saya terlupa, jangan memandu semasa dalam keadaan mengantuk dan juga memandu sambil menggunakan telefon bimbit. Ini amat berbahaya. Semoga korang semua selamat sampai dan pulang dari or ke destinasi yang dituju.
Sekian sahaja entri ini. Bye bye dari saya.
Lastly, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dan Selamat Bercuti Malaysia. Cuti hanya seminggu. Siapkan kerja sekolah.

p/s : 27/8/2011 ni dapat duit kecemerlangan. Yea ! Yea ! Duit raya \(^O^)/

No comments: