Tuesday, 30 November 2010

0 Editor Kembali (^_^)

Assalamualaikum semua....

Sudah lama rasanya tidak mengOnlinekan blog. Sekali check.... Argh!!!! (Jerit dalam hati je lah.) Lamanya tak Onlinekan blog. Lebih kurang.... (sedang mencongak). Kalian kira sendirilah ek (^_^). Tak larat nak mengira.

Ni sengaja saya sertakan bagi menunjuk.... Mungkin blog saya ni boleh masuk World Book Of Record!!! Mahu mendaftarkannya hari ini juga :D Hahahahahaha

17 November 2010 -- 30 November 2011 2010

Memang tersangat lama saya tidak mengOnlinekan blog. Habis bersawang semua blog. Binatang perosak dan virus juga tak berani nak menjejakkan diri ke sini. Turut menyedihkan dan pura-pura sedih, bilangan pelancong yang comel juga semakin berkurangan. Saham di Bursa Malaysia pula melonjak NAIK TURUN!!! (Tuan empunya blog dah start berangan) :D

Mungkinkah saya patut melakukan transformasi terhadap blog ini. Ya!!! Ini mungkin caranya bagi menarik kembali pelancong dan bukannya VIRUS ke blog saya. Saya patut melakukan beberapa transformasi. Mega Transformasi....


  • Mengubah Templat Blog
  • Mengubah Lagu
  • Menukar Header ke arah yang lebih simple menarik
  • Memperbanyakkan Bukan Mengurangkan Entry. Pastikan Entrynya Simple Dan Menarik Hati. Hahahahaha
Transformasi yang lain akan difikirkan. Mungkin juga kita boleh sama-sama berfikir. Fikir!!!

Jikalau kalian ada apa-apa cadangan atau komen atau pendapat berkenaan blog ini, jangan malu tapi tetap kena malu, emelkan atau poskan ikut Pos Malaysia ke aimanafnan776@gmail.com.  Kalian juga boleh tinggalkannya di Chat Box Comel. Tinggalkan segera (^_^)

Oklah. Cukup sampai disini dahulu. Tunggu entri yang lagi best di lain hari. Dalam fikiran editor sekarang ni, cuma ada tiga sahaja entry yang agak best.


  1. Bercerita Semasa Hari Raya Haji Baru-Baru Ini.
  2. Expo Cheng Ho Yang Memang Best :D Mungkin Kalian Dapat Tengok Persembahan Dari Adili Wuxor.
  3. Masih tersimpan erat di fail jabatan. Hahahahaha
Jangan lupa terus melayari blog saya ini. Nantikan entrynya. Tunggu....

Selamat Tinggal.

Wednesday, 17 November 2010

0 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (^_^)

Assalamualaikum buat semua pelancong (^_^)

Hari ini diharap agar anda semua senyum selalu. Senyuman mestilah sampai ke hidung. Baru senyuman yang mantap. Hahahahaha. Sudah lama dah rasanya blog ini sunyi sepi. Al-Maklumlah entry tidak dapat sampai. Banjir di tengah line. Hahahaha. Kuatnya gelak.

Ok. Saya tulis entry ini pun sekadar short entry saja. Tak larat nak taip banyak-banyak. Jari perlukan masa untuk berehat. Biar tingkatkan kembali stamina. Ya!!! Stamina masih lagi di tahap Kureng :( Amat kurang!!!
Mungkinkah saya terpaksa menelefon Power Rangers. Ya!!! Saya akan membuat panggilan sekarang jugak.

Saya : Hello. Ini Power Rangers ke??
Power Rangers : Ya. Kenapa??
Saya : Saya nak minta pertolongan anda bagi menaip entry. Boleh encik....
Power Rangers : Tak boleh. Kami tengah sibuk sekarang ni....

(Tut..... Tut... Tut.....)

Huhuhuhu.... Macam yang saya beritahu tadi. Power Rangers sedang sibuk. Busy agaknya. Mungkin saya patut call Encik Ultraman. Ya!!! Call sekarang jugak.

Ultraman : Saya sedang sibuk ni. Jangan ganggu saya lagi.

(Tut.... Tut... Tut....)

Ini adalah last call yang saya akan buat. ULTRA QALIF!!!

Saya : Hello Tuan Ultra.
Ultra Qalif : Ya. Boleh saya bantu.
Saya : Saya nak minta tolong dengan tuan boleh??
Ultra Qalif : Boleh. Apa dia??
Saya : Stamina saya sekarang ni agak kurang. Saya nak minta....
Ultra Qalif : Saya dah tahu. Oklah. Buat semua pelancong blog ini,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
SENYUM SOKMO 
(^_^)

Saya : Terima kasih tuan.

(Tut... Tut... Tut....)

Hahahahaha. Akhirnya. Wira Malaysia sajalah yang dapat membantu saya. Terima kasih Ultra Qalif.

Buat semua pelancong (^_^)

Anda tentu nak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Jeng!!!

ENTRY PADA HARI INI MEMBREK DI SINI.

Jumpa di lain entry. Selamat tinggal. Love all pelancong <3 <3 <3

Tuesday, 9 November 2010

0 Hello Cameron :D

,Assalamualaikum semua :D Happy sokmo...

Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya bercuti di Cameron Highland. Seberjaman berada di sana. Adakah betul kata-kata itu. Hahahaha. Biarkan ia berlalu....

Kat sana pun tak boleh nak penat-penatkan kaki sangat sebab hujan kerap kali menunjukkan diri. Memang tak tahu malu langsung. Hahaha :D Apa-apa pun, ia tetap best and romantic. Huh!!! Adakah begitu :D

Masa pergi kat sana tu, memang jalan adalah sesak sikit-sikit. Tapi Alhamdulillah, selamat jugak sampai ke destinasi yang amat dituju. Hehehe :) Suasana yang amat indah dan cantik. Tapi maaflah sebab tak ada sangat gambar. Bukan malas nak ambil gambar tapi pura-pura malas. Huhuhuh. Kejamnya!!!

Ok dan Ko!!!














Bersama dengan Mr Monkey yang bertangan panjang (^_^)

Mr Monkey tetap tidak mahu memalingkan mukanya. Sungguh pemalu (^_^)

Cowboy moden dari Malaysia







Menunggu detik-detik emas untuk melintas jalan. Hahaha


Jalan-jalan cari pasal  ambil gambar




Dibawah sinaran matahari yang teramat megah
Ok. Macam mana dengan gambar-gambar itu. Sungguh menawan bukan?? Hahaha... Sungguh perasan tuan blog ni. Untuk makluman semua, entry ini sebenarnya telah dibuat sejak semalam lagi. Tapi oleh kerana ribut telah melancong tanpa diundang, semua entry yang baru ditaip telah hilang dan melarikan diri dengan bangganya. Sungguh sedih rasanya hati ini. T__________T

Hmm.... Rasanya cukup sampai sini. Terasa letihlah pulak jari-jemari ni. Dari tadi asyik menaip :D (ayat milik kak Husna.) Masa untuk rehat wahai jariku. Hahahaha.... Nanti ambik gaji. (Tuan editor yang dah semakin mengarut)

Assalamualaikum semua,

Entry untuk hari ini cukup sampai disini. Tunggu entry di lain hari dan waktu. Selamat jalan. (Lambai tangan)

Lupa pulak...

BEWARE OF VIRUS!!! (Adakah begitu??)

Saturday, 6 November 2010

5 Happy Birthday Aiman :D

Assalamualaikum semua :)

Diharap semuanya ceria :D

Ni just for a short entry... Malas nak taip banyak-banyak :D Ok. Kita mulakan....

Semalam bertepatan dengan tarikh 5 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat, telah jatuhnya birthday saya. Birthday bagi kali yang ke 15 tahun. Ni disertakan gambar birthday cake saya. Hahahaha.... Cake nya sungguh cute. Bagi saya je lah :D


Adakah cakenya sungguh cute :D


Bukan pada cake sahaja. Masa saya nak login FB. Tak sangkalah pulak ramai yang hantar wish Happy Birthday :D
Antaranya teman-teman lama. Maksudnya teman dari sekolah rendah. Huhuhu...

Masa sibuk baca wish tu, tak sangka dan disangka ada juga orang PTS yang hantar wish kat saya. Rasa banggalah jugak. Hahahaha. Plus terharu T______T

Antara orang PTS yang hantar wish itu adalah Kak Husna dan Kak Nuris. Touch Here... kalau nak lihat atau melencong ke blog Kak Husna. Free of charge!!!




Yang dalam bulatan atau round warna merah itulah orang PTS. Maaflah kalau roundnya terlebih comel. Hahahaha... Terima kasih kepada mereka kerana sudi wish :D

Stop dulu. Dah nama pun short enty... Buat yang sedih kerana nak baca lagi entry ini. Buat-buat tak sedihlah ek. Smile Always :D Jangan tunjuk gigi rongak pulak. Huhuhuhu

Ok. Selamat Jalan <3 <3 <3

Jumpa di lain hari...

Friday, 5 November 2010

0 Sambungan UNDI DUN GALAS

Hello semua ^_^

Sorrylah ek semua. Semalam nak upload dah gambar dan video, tetapi tak lepas sebab hujan lebat.

Oklah. Kita sambung kepada topik asal kita. Inilah antara sambungan yang dapat dipaparkan. Ops!!! Saya terlupa. Hmm.... Ok. Inilah antara gambar dan video yang dapat diambil semasa undi hari ini. Maaflah buat semua sebab ambo penat sikit. Seharian menjadi wartawan bergerak :D






Ni saja video yang dapat diupload. Malas nak upload sangat. Lama sangat nak tunggu. Hehehe











Ok.... Bye disini. Jumpa di lain hari.

Selamat Tinggal!!!! :D

Thursday, 4 November 2010

2 UNDI PRK DUN GALAS N.45

Assalamualaikum semua.... Moga semua happy selalu :D

Huhuhu.... Penat. Baru lepas menjadi wartawan tanpa bayaran. Umumnya, pada hari ni telah berlaku dengan rasminya hari UNDI DUN GALAS N.45. Memang sibuk sangat jalan-jalan. Penuh dengan kenderaan. Ada yang besar. Ada yang kecil. Buat pengetahuan semua, saya selaku editor telah dilantik sebagai wartawan bergerak bagi PRK kali ini. Yang paling utama dan menyedihkan. TANPA GAJI. T__________T

Kiranya pada hari ini, Gua Musang memang sibuk umpama bandar raya Kuala Lumpur. Ramailah jugak yang mengambil peluang ini bagi memulakan perniagaan secara tepi jalan. Hehehehe... Jualan air secara bergerak. Memang banyak ragam pengundi dapat dilihat. Yang mari nak bergaduh pun ada. Ada yang mari sebagai penonton. Ada yang mari sebagai pengundi. Ada yang mari sebagai tak ada apa-apa. Macam mana tu ek??? Saya pun tak tahu. Memang sesak sangat jalan.

Itu baru di atas jalan. Belum di angkasa. Kalau di angkasa, memang banyak helikopter berkeliaran. Pusing sana. Pusing sini. Huhuhuhu.... Kuat sangat bunyi kemerduan enjin helikopter. Mula-mula tinggi. Lama-lama semakin rendah. Masa rendah tu lah, bunyi kemerduan enjin helikopter jelas kedengaran. Lalalalalalala.... Lebih kurang macam inilah bunyinya. Hehehehe....

Oklah. Saya tak dapat nak upload gambar dan video pasal peristiwa ini hari ni. Mungkin malam ni rasanya. Sila Tunggu Sambungan Entry Nya OK!!!

Oklah. Stop dulu. Bye!!!

Tuesday, 2 November 2010

0 Hello!!!

Hello semua.....

Pertama sekali saya nak mintak maaf. Sebab apa nak mintak maaf?? Nak raya dah ke??
Hello!!! Mintak maaf bukan masa raya sajalah. Bila kita buat salah, kita kena mintak maaf (ustaz memberi ceramah). Kembali kepada topik yang tak berapa hangat macam goreng pisang.....

Saya nak mintak maaf sangat-sangat dengan korang semua. Sebab-sebabnya, korang semua boleh tengok kat bawah ni :-

  • Saya tak dapat nak upload video berkenaan dengan aktiviti penyembelihan ayam.
Itu sajalah sebabnya. Sorrylah kalau korang semua tertunggu-tunggu atau tak tertunggu-tunggu ataupun tak tengok langsung entry yang lepas berkenaan dengan aktiviti penyembelihan ayam. Untuk pengetahuan korang semua yang tak tengok langsung entry yang lepas atau saja-saja tak melancong ke blog ni T___________T, saya ada tulis kat entry yang saya akan mengupload video berkenaan dengan aktiviti tersebut. Tapi sampai sekarang tak ada langsung habuknya. Huhuhuhu.... Oleh itu, saya ingin mintak maaf pasal perkara ini. Harap dimaafkan. :D

Oklah. Dalam diam-diam, pelbagai transformasi telah berlaku pada blog ini. Antaranya transformasi pada bahagian Music Please. Buat sesiapa yang tak tahu lagu apa yang dirapkan ini, ini adalah lagu yang paling saya minat. Tajuknya mother nyanyian Sami Yusuf!!! Best tak lagunya.

Bukan setakat music sahaja. Cuba tengok pada entry kali ini. Ada tak transfomersnya. Cuba tengok betul-betul. Oklah. Kalau korang tak nampak. Cuba tengok pertukaran perkataan namaan daripada Aiman kepada Saya. Itulah transformasinya. Kiranya memang banyak transformasi yang telah dilakukan membabitkan kos 36 juta. (Jangan nak melebih-lebihlah Aiman oooi)

Oklah. Itu sahaja entry hari ni. Nantikan transformasi yang lain pulak. Bye disini dulu. Editor nak pergi solat asar dulu. :D

Peace Aiman....