Thursday 4 November 2010

2 UNDI PRK DUN GALAS N.45

Assalamualaikum semua.... Moga semua happy selalu :D

Huhuhu.... Penat. Baru lepas menjadi wartawan tanpa bayaran. Umumnya, pada hari ni telah berlaku dengan rasminya hari UNDI DUN GALAS N.45. Memang sibuk sangat jalan-jalan. Penuh dengan kenderaan. Ada yang besar. Ada yang kecil. Buat pengetahuan semua, saya selaku editor telah dilantik sebagai wartawan bergerak bagi PRK kali ini. Yang paling utama dan menyedihkan. TANPA GAJI. T__________T

Kiranya pada hari ini, Gua Musang memang sibuk umpama bandar raya Kuala Lumpur. Ramailah jugak yang mengambil peluang ini bagi memulakan perniagaan secara tepi jalan. Hehehehe... Jualan air secara bergerak. Memang banyak ragam pengundi dapat dilihat. Yang mari nak bergaduh pun ada. Ada yang mari sebagai penonton. Ada yang mari sebagai pengundi. Ada yang mari sebagai tak ada apa-apa. Macam mana tu ek??? Saya pun tak tahu. Memang sesak sangat jalan.

Itu baru di atas jalan. Belum di angkasa. Kalau di angkasa, memang banyak helikopter berkeliaran. Pusing sana. Pusing sini. Huhuhuhu.... Kuat sangat bunyi kemerduan enjin helikopter. Mula-mula tinggi. Lama-lama semakin rendah. Masa rendah tu lah, bunyi kemerduan enjin helikopter jelas kedengaran. Lalalalalalala.... Lebih kurang macam inilah bunyinya. Hehehehe....

Oklah. Saya tak dapat nak upload gambar dan video pasal peristiwa ini hari ni. Mungkin malam ni rasanya. Sila Tunggu Sambungan Entry Nya OK!!!

Oklah. Stop dulu. Bye!!!

2 comments:

Dayang Deno said...

wah... rajinnya adik nie...(^_^)

Aiman Afnan Mohd Asri said...

adalah sikit2. hehehe