Tuesday 31 May 2011

0 Anti Virus Baru Untuk Laptop


Assalamualaikum Blogger-Blogger comel...

Hari ini bersamaan dengan tarikh comel saya 31 haribulan 5 tahun 2011.

Yuhuuu!!!

Setelah sekian lama laptop saya tidak dilindungi oleh sahabat karibnya, Mc Afee. Oh! Sangat sedih bukan? T___T

Sahabat karibnya yang agak comel itu telah pun expired atau dalam bahasa saintifiknya tamat tarikh. Pada hari yang indah ini, laptop saya akan tersengih-sengih seorang diri pula. Sahabat baru telah pun muncul dalam hidupnya.. Comel juga sahabat barunya itu :)

Inilah sahabat barunya. Avira Anti Vir. Avira Anti Vir ni suka berpayung. Warna merah pula itu.. Jemputlah berkenalan dengannya. InsyaAllah segala virus dalam komputer anda akan berhijrah ke dunia IT yang lain pula :P

Okay. Hari ini saya mahu bercerita soal Virus komputer ni. Ada banyak Virus komputer. Contohnya Trojan dan Worm. Memang famouslah dua nama Virus ni. Dah nak sama taraf dengan Siti Nurhaliza. Hehehe ^^

Untuk membasmi Virus comel ini, kita perlu membeli Anti Vir yang terdapat di Farmasi berhampiran dengan rumah anda. Ada banyak jenama Anti Vir ni. Kesemuanya mempunyai kotak yang comel. Kotaknya juga besar namun isi hatinya agak kecil. Hahaha :) Harap difahami maksud saya ini :D

Entri hari ini berhenti seketika di sini. Semoga bertemu lagi.. Babai..

No comments: