Saturday 18 August 2012

1 Raya? "Taqabbalallahu minna wa minkum"

Assalamualaikum kawan-kawan.
Alhamdulillah. Hari ni dah sampai ke hari last kita berpuasa. Macam mana? Happy? Mestilah happy kan? Nak raya lah katakan. Tapi sebelum tu, Afnan nak tahu lah jugak. Puasa tu penuh ke tak sampai beria ria nak beraya nih? :3

Apa apa pun. Semoga Allah S.W.T mempertemukan kembali kita dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini pada tahun yang akan datang. Amin.

Raya tahun ni Afnan mesti tak best mana. Ye lah. Habis je cuti raya ni terus ada exam trial. Haha. Cakap je lebih exam trial. Tapi still lagi letak muka kat depan lappy. By the way, Afnan study sebenarnya. Bukan tak study langsung. Cuma lebih kepada lappy lah.

Untuk raya ni, Afnan plan nak cuba kuasai subjek Add Math, Chemistry, Physics, Akaun dan Biology. Pray for me. Sekarang nih kita on the way jawab soalan Past Year. Alhamdulillah. Setakat ni masih lagi lancar. Cuma ada yang tersekat sikit especially kat bab Differentiation and Integration untuk Add Math. Dua-dua bab ni memang Afnan payah nak faham :'(  Tapi, you can do it Afnan. Go! Go!

Nak cerita panjang. Kurang idea. Afnan baru je snap satu gambar. Afnan snapkan gambar ni khas sebagai kad Hari Raya tau. Kad Hari Raya yang terlebih exposure kat Lightroom. Selamat melihatnya. Simple okay!


Afnan tak tahu apa ertinya cawan berisi air berwarna merah itu. Haha. Fikir sendiri je. Itu sahaja entri hari ini.  Semoga kita berjumpa lagi lepas trial atau sebelumnya. InsyaAllah. Doakan semoga Afnan berjaya untuk exam ni ya :)

Bye ^__^

Tatapan Kad Raya :

Di sini, Afnan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan "Taqabbalallahu minna wa minkum" kepada rakan-rakan sekelas Afnan, rakan-rakan sekolah Afnan, guru-guru yang pernah atau yang sedang mengajar Afnan ketika ini, rakan-rakan facebook, rakan-rakan twitter dan mereka yang sedang membaca entri ini. Harap dimaafkan jika Afnan ada buat salah atau silap tau. Semoga segala amalan dan taubat kita di bulan Ramadhan diterima Allah S.W.T dan dihapuskan segala dosa. Amin..
Semoga Kita Bertemu Kembali Ramadhan :')
p/s : Tahun ni tema baju raya Afnan warna purple.

1 comment:

Husna Adnan said...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada Aiman sekeluarga! ^_____^