Thursday 27 December 2012

0 Update : Tempahan Flash!

Assalamualaikum :)

Ini entri pendek dan untuk dipendekkannya. Opss. Kejap. Sebelum tu, ingin dimaklumkan bahawa penggunaan kata panggilan dari "Afnan" kepada "Saya" akan berkuatkuasa sekarang. Bukan apa. Nak bagi nampak macam orang besar sikit. Jadi, mari gunakan "Saya" :p

Diteruskan sebelum dipendekkan. Bersempena dengan cuti yang memboringkan ini, saya dengan seikhlas hati ingin membuka kedai. Ya! Kedai! Kedai apa? Bukan kedai coklat mahupun kedai roti. Tetapi ini adalah Kedai Flash. Okay fine. Saya nak buka tempahan sebenarnya. Tempahan untuk Flash. Untuk yang biasa pun, boleh jugak :)

Nak tahu apa itu Flash? Tengok kat header atas tu. Itulah Flash. Lebih interaktif kan? Diringkas cerita. Untuk menempah Flash ni, korang bolehlah klik sini dan isi borang online tu dengan seikhlas hati yang boleh atau korang boleh klik juga banner yang berada dibahagian atas itu.

Untuk yang Flash Header dan Banner ni. Saya buka kepada semua. Dibolehkan untuk business mahupun peribadi. Mengenai harga, kedua-duanya adalah sama mahupun untuk bisnes ataupun peribadi. Oleh itu, bagi mereka yang berminat. Bolehlah tempah :) *acu pisau*

Mengenai harga?

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Sebagai permulaan, harga akan ditetapkan seperti yang tertera. Berpatutan lah kan bagi budak yang habis SPM ni tapi tidak bekerja. *meraih simpati*. Tambahannya lagi, bagi sesetengah penempahan itu, mungkin saya akan buat pengurangan harga. Itu pun mengikut kepada syarat-syaratnya. Syarat-syaratnya? Mungkin macam sekiranya header yang disiapkan itu tidak melibatkan banyak interaktif ataupun pergerakan. Berikut adalah senarai harga yang dicadang sendiri. Muahaha xD

  • Flash Header (RM20/RM25) (RM10)
  • Flash Banner (RM10)
Kesemuanya untuk platform Blogger. Kalau platform Wordpress, saya tak pandai lagi nak memasangnya. Kalau template Blogskins tu, insyaAllah boleh :)

Cara-cara pembayaran adalah sebagaimana tertera pada borang online tempahan tu.

Tetiba rasa lain bila menaip menggunakan word "SAYA". Huhu. Okaylah. Sampai disini sahaja. Semoga bertemu lagi.

Bye. 

No comments: