Thursday, 21 February 2013

2 Story Telling :3

Booker T. Washington Quote
Assalamualaikum :)

Apa khabar? Lama tak post. Hehe :P

Ni nak story pasal petang tadi. Petang tadi, Aiman ngan kawan pergi dating. Haha >.< Tak lah. Kami pergi makan. Makan kat MFC. Adik beradik kembar KFC ;)

Kami makan Pizza. Hoyeah! Lama dah tak makan pizza. For this, kawan yang belanja. Maybe, nanti Aiman akan bayar kot RM2 kat dia. RM2 je :3 Cuti ni, tarak duit T^T. Miskin betul rasa..

Straight to the point. Sebelum kawan pergi order. Ada sorang kawan ni tanya. Nama dia Izzat. Dia tanya "Bila kau nak test". Me? Aiman jawab. "Macam tu je lah. Tunggu cikgu sana suh test". Simple kan jawapannya. Actually. Memang Aiman tunggu cikgu tu paksa test pun.  Tak tahu lah bila. Tengok rekod hari tu, dah penuh satu borang... Borang SM4 kalau tak silap. Warna biru. Bila mahu test eh? Erm...

So. Sampai tu je lah. Sorry entri ni tak memeriahkan mata anda ^^. Kalau tak faham apa yang saya taip, buat buat je lah faham ~~~

Kbye :)

p/s : I am getting lazy. Dah lah makin malas nak jogging. Ohmaii T.T

Thursday, 14 February 2013

2 Wedding Abang Kasyaf #2

Assalamualaikum kawan :)

Hoyeah! Ni part yang kedua pulak. Yang kat rumah pengantin lelaki. Kalau nak tengok gambar yang kat rumah pengantin perempuan, pergi kat sini. Untuk yang ni pulak, pihak "raja sehari" buat makan makan kat bawah khemah RM10 ribu :p Abang Kasyaf yang cakap. Hehe :D Aiman dah pilih sikit gambar untuk event ni. So, enjoy tengok ya ;)

























Wedding kat rumah pengantin lelaki ni takde pelamin. Apa apa pun, katil pun masih boleh nampak macam pelamin. Am I right? xD

Enam gambar yang terakhir tu ditangkap di Bukit Bakar aka Burn Hill. Selain daripadanya, adalah di rumah ^^

So, sekian sahaja untuk entri ni. Ya. Untuk gambar ni saya guna 18-55mm je. Tak sangka bila masuk kat dalam netbook, nampak wide semacam. Hehe. Tiga gambar terakhir tu saya dah upkan tone warna nya. Nak kasi cerah je pun..

Okaylah. Nanti kalau ada sesapa yang nak kahwin tu, panggillah saya. HAHA. Nak bayar mahal pun takpe. Aiman sedia menerimanya.

Bye....

Wednesday, 13 February 2013

4 Wedding Abang Kasyaf #1

Assalamualaikum kawan.

Ni entri bergambar pasal wedding. Aiman jadi "Photographer" nya. HEHE. So, ada gambar yang jadi dengan tak jadi. Tapi banyak yang jadi lah kan. Ofkos lah :p *puji diri sendiri* Sambil-sambil tu, boleh belajar cara guna mode "M". So, enjoy lah tengok gambar wedding ni je ya. Ada 2 part. Ni yang kat rumah pengantin perempuan. Dibuat di hotel 5 bintang ^^. Yang satu lagi part tu, bakal menyusul :) Sebahagian saje gambar ya..













Oh ya. Aiman tak upload gambar ni dalam efbee. Ada beratus keping. Letih nak menunggu. Heee ~~~ Dan, salinan gambar ni dah diberi pada "raja sehari". Jadi kalau nak, pergi mintak kat diaorang tu xD

Itu je. Bye :)

0 Tempahan #1 : Aina Marsya

Assalamualaikum kengkawan xD

For today, me dah siap dah finishkan satu tempahan ni. Punya jenuh nak mencari warna yang sesuai :D Dah tanya dengan tuan punya banner tu, dia cakap okay. So, saya teruskan. Dan siap. Wanna see it? Klik Sini!

Butiran :

Nama : Aina Marsya
Blog : http://mar-marsya.blogspot.com/
Jenis Tempahan : Flash Banner (RM10)
Ciri-ciri : Tema pink ngan kuning (Tema Blog). Di sertakan sekali dengan gambar.
Via = Facebook


So, kalau korang rasa nak tengok camne bentuk banner tu secara live, tengok lah kat blog Aina sendiri. HAHA :p

Kalau berkenan, PM lah tau. Orang tak ada kerja nak buat apa sekarang ni ~~~

Okay. Tu je. Bye :)

Wednesday, 6 February 2013

0 Hari Ke-Berapa dah?

Assalamualaikum kawan :)

Quote Jepun kat atas. Quote ke? Mungkin kot. Haha.

Ya. Hari ni sambung pasal rutin harian sebagai seorang pemegang "L". Rasa ramai yang duk termuntah. Hari-hari duk story pasal benda ni je. Betul tak?

Ni pendek je kot. Me pun makin lazy dah sejak kebelakangan ini. Banyak mengTweet je :3

Okay. Saya tak ingat dah hari keberapa entah saya belajar. Hehe. Tapi tak sampai 10 hari lagi kot. Ya. Untuk yang kali ni, saya dah dua kali test drive atas jalan. Best tau! Korang apa tau? :p Dan. Untuk kali yang pertama tu, enjin kereta mati sekali je kat atas bukit. Satu situasi, enjin mati tiga kali kat persimpangan. Kesilapannya sama jugak. Pasal lepas klac laju laju :3 Untuk kali yang kedua tu, lagi best sikit. Enjin kereta mati lima kali kat atas bukit -_-" Ohsem kan? 

Dan. About my parking and bukit, I think I am done succesfull doing it. Faham tak? Kalau tak faham, pergi check kamus xD

Okay. Itu je untuk yang kesekian kali ni. Nanti, InsyaAllah takkan ada dah entri camni. Kalau ada pun, jangan salahkan saya. Salahkan jari saya yang menaip ni ;)

Okay bye. TATA!

p/s : Ada orang nak tempah. Saya batal. Lately, tak ada idea nak design camne. So, kalau ada yang masih berminat, boleh try je :3 Saya cuba untuk menerima..