Sunday, 25 September 2016

0 LO MAP Sesi 2016/2017😁

Assalamualaikum dan hai kawan kawan.


Okay. Ni nak throwback balik pengalaman jadi LO waktu Minggu Aluan Pelajar (MAP) Sesi 2016/2017. Patutnya dah lama ceritakan kat korang, tapi diri ini tak berapa nak rajin sangat untuk taip. Sekarang baru rajin sikit πŸ˜‚.

Pada tanggal sekian sekian, Alhamdulillah. Nama ini terpilih untuk jadi Liaison Officer atau dalam bahasa singkatannya LO. Di Unimas ni, kitaorang panggil LO. Ada sesetengah universiti, glamour dengan panggilan Pemudahcara. Ye dok? #uniknyaUNIMAS
Dan bagi Afnan, bukan senang la nak terpilih. Kira macam bernasib baik kalau terpilih. Kalau terpilih untuk sesi ni, belum tentu lagi terpilih untuk sesi akan datang. Buktinya sebab dulu dulu dah pernah minta waktu first year :')

Oh ya. LO ni mula mula Afnan dapat unit DISPRO tapi ditukarkan ke unit TRANSCOM. Kolej pula kolej Allamanda HUHA. JYEAH!

Tema LO batch kami kali ni #RECHARGE. Baju tema Lebah Bzz *tepuk tepuk lebah*.

Dan macam biasa, kami para LO ni perlu lah menjalani kursus dahulu sebelum mula bertugas dimana kursus tersebut dipanggil sebagai Kursus Induksi Liaison Officer atau lebih dikenali sebagai KILO. A lot of things happened during that time. We all getting to know each other :'). Banyak memori terindah tercipta. Macam macam lah. Semua indah indah waima yang pahit itu juga indah. Untuk pengetahuan. Sepanjang KILO, semua gadjet kena rampas *tak dapat nak selfie dalam dewan*. Things jadi susah *walaupun tak lah susah sangat* bila satu hari tu kami kena menjalani hidup susah. Game ni kita panggil "Survival Game".


Sebelum tu, group kami diberi nama Banana. Semua dalam dewan tu nama group adalah nama buah-buahan. Ada yang cherry, durian dan lain-lain. Untuk survival game ni, group kami kena bergabung dengan group satu lagi iaitu Papaya. Hasil dari gabungan genetik ni maka muncul lah benih baru dipanggil BANAPAYA. Group kami berserta dengan beberapa lagi group lain ni diturunkan kat Serian. Kami ditinggalkan sehelai sepinggang (tanpa handphone dan duit. yang ada pun cumalah kad matrik dan IC).

Gamenya pun bermula. Macam macam lah pengalaman dapat. For sure, Afnan tak dapat apa apalah in term of "bekerja". Hanya dapat pusing pusing exercise ja. Semua kedai reject. Hahaha. Sedih kot. Last last tolong jual air mana yang lebih tu #supportmember

Mulanya group kitaorang bincang untuk split into two which is sorang akan cari air untuk dijual dan sorang lagi buat busking. End up, sampai ja di tempat target untuk busking tu, semua berpecah. Macam magic ja. Sendiri pun tak tahu camne boleh terbubar tu. Tetiba ja nampak masing masing jual air last last. Yang bestnya tau dalam group ni Afnan dapat kenal ngan budak si Shazira😁. Dalam ni ja la baru kami start bertegur walaupun dulu pernah satu UPSA🌚. Lawak kan. Tak lupa, best juga dapat kenal yang lain lain *senyum*


Habis cite pasal Survival Game. Kita pergi pula kat cite di PERKATA. Sini pun best. Kami kena bersama dengan mereka yang istimewa dan juga comel. Masing masing boleh pilih nak anak yang mana satu. Afnan dapat sorang budak ni. Dia pasif sangat sangat. Even kalau korang pandang dia pun, dia akan tunduk muka. Tak mau korang tengok dia. Cikgu dia pun kata yang dia tu pemalu. Joanne kalau tak silap namanya. Kat sini juga Afnan dapat kenal ngan sorang yang ada masalah dengan motor skill dimana adik ni dia punya pergerakan agak lambat. Even kalau nak tepuk tangan pun lambat tau. Tapi dia comel!

Dan kat sini kami dapatlah kenangan yang insyaAllah Afnan akan simpan sampai bila bila iaitu bookmark. Bookmark yang ada lukisan yang mereka yang istimewa ni lukis. Mahal harganya.


Sampai sini sahaja coretan kenangan sepanjang menjadi LO. Bye😊

No comments: