28 January 2011

0 Fuyooo.... Apa itu?

Assalamualaikum kawan-kawan :D

Lama sudah tidak updated entri. Apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja. Mari senyum ^___^

Saya tiada masa nak updated blog. Banyak sangat kerja sekolah.  Kerja Add Math. Kerja Physics. Kerja Biology. Kerja Chemistry.

Memang banyak T____T

Ada sesiapa nak tolong siapkan kerja sekolah saya?

Ok. Oleh kerana saya sudah lama tidak updated entri. Hari ini saya mahu taip entri pasal persekolahan saya. Mesti best! 

Mahu dengar ke tidak?

Banyak sangat cerita pasal persekolahan ini. Saya ambil separuh sahajalah.

Saya masuk kelas sains. 4 Sains 1. Cikgu selalu beritahu bahawa kelas 4 Sains 1 memang banyak kerja sekolah. Lepas satu, satu kerja sekolah landing dalam buku latihan. Sekarang ini ada lapan kerja sekolah yang bertangguh :D Jangan ikut sikap saya ini!

Ini nak cerita pula pasal subjeknya. Subjeknya memang best. Ada 10 subjek. Subjek yang paling top : Semua subjek.

Mula-mula tengok Add Math : Banyak unknown x dan y. f : x---> ..... 

Jenguk Biology : Sila tengok struktur sel. Lysosomes, Golgi Apparatus, Rhibosomes... *Abaikan kesalahan ejaan. Ianya ditaip secara spontan :D *

Physics pula : Graph and graph

Chemistry : Bromine, Calcium, Neutron, Proton, Electron

Sejarah oh Sejarah : Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus...

Prinsip Akaun : Sejarah perakaunan, Luca Pacioli ( Bapa Perakaunan)

Semuanya best. Kalau belajar Biology, dapat tahu sel dengan lebih mendalam. Kalau Prinsip Akaun, dapat tahu pasal akauntan :D

Itulah sepintas lalu pasal persekolahan saya. Memang best belajar dalam kelas sains. Cuma kena rajinlah sikit. Sebab itulah tajuk entri ini pun FUYOOO....

Apa maksud Fuyooo ya?


-  -  -  -  -  -  -  -


Saya baru sahaja masukkan Nuffnang di dalam blog saya. Jadi saya harap, kawan-kawan ringankanlah tangan untuk klik button Nuffnang ini. Button yang berwarna biru itu. Kalau rajin, jangan lupa jawab kuiz dalam kotak hijau itu ya?




Jangan lupa klik!


Sebelum saya mengundurkan diri saya, macam mana dengan perubahan dalam blog ini? Comel kan?



Cukup di sini sahaja. Babai.... Sudah habis baca entri ini, klik button Nuffnang :D Jasa klik anda amat dihargai ^___^

*Klik ya! *

No comments: