Saturday, 8 January 2011

0 Demam Denggi T____T

Assalamualaikum buat pembaca-pembaca entri ini :D

Hari ini saya mahu menaip entri berkenaan dengan demam denggi. Sudah sedia maklum bahawa demam denggi boleh membawa maut. Jadi marilah kita bersama-sama membanteras demam denggi ini. Chewwah :D

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa saya menaip entri ini? Adakah saya terkena demam denggi?

~Kata Aiman : Minta-minta dijauhkan dari penyakit demam denggi ini. Amin.....

Saya bersemangat untuk menaip entri bukan disebabkan saya terkena demam denggi. Tidak!!! Saya bersemangat menaip entri ini sekadar bagi berkongsi info yang baru saya terima berkenaan dengan demam denggi. Mahu share :D


Inilah Nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes Yang Sedang Berehat-Rehat Di Sini :D

Info ini merupakan info yang sebenar. Jadi jangan pandai-pandai nak mendakwa info ini adalah TIPU...

Bismillahirrahmanirrahim...

APA ITU DEMAM DENGGI?

  • Demam ini disebabkan oleh virus Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
  • Demam ini amat berbahaya kerana tiada ubat untuk merawatnya. Ia boleh membawa maut.
  • Orang yang sihat juga boleh terkena Demam Denggi melalui gigitan nyamuk Aedes.
  • Cara yang berkesan untuk mengawalnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
TANDA-TANDA DEMAM DENGGI ?

  • Demam kuat mengejut.
  • Demam yang berlarutan.
  • Sakit kepala.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
  • Ruam merah di kulit.
  • Pendarahan pada bawah kulit, hidung dan gusi.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami muntah dan sakit perut.
KENALI NYAMUK AEDES.

  • Nyamuk Aedes senang dikenali melalui belang hitam di badan dan kakinya.
  • Ia biasanya menggigit mangsa pada waktu awal pagi dan senja.
  • Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jenih sama ada di dalam atau di luar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.



TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI LUAR RUMAH.

  • Bekas air minuman burung atau binatang ternakan.
  • Tin-tin dan botol.
  • Saluran air hujan.
  • Kolam ikan terbiar.
  • Tempurung kelapa.
  • Tayar terpakai.
  • Pasu bunga.
  • Bekas plastik.

Gambar Hiasan...

TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI DALAM RUMAH.

  • Tangki pam tandas.
  • Tempat simpanan air.
  • Pasu bunga perhiasan.
  • Perangkap semut.
  • Takungan air peti sejuk.
TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN DALAM PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.

  • Tutup semua bekas penyimpanan air.
  • Tukar air di dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buang takungan air dalam penggalas pasu bunga.
  • Pastikan saluran air hujan tidak tersumbat.
  • Tanam atau masukkan semua bahan buangan yang boleh menakung air ke dalam beg plastik dan buang di tempat yang disediakan.
  • Pastikan tayar-tayar terpakai tidak menakung air atau dimusnahkan.
  • Gunakan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate 1% (1 sudu + 10gm bagi 20 gelen air) ke dalam bekas simpanan air tiap-tiap 3 bulan sekali.
  • Tidur di dalam kelambu.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa dengan melakukan semburan aerosol.
  • Memasang jaring perangkap nyamuk pada jendela rumah.
AKTA PEMUSNAH SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 (PINDAAN 2000)

Kompaun Serta-Merta Tidak Melebihi RM500.00...

Jika gagal membayar kompaun anda boleh didenda di mahkamah.

Kesalahan Pertama :-
  • Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan Kedua :-
  • Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Denda Harian :-
  • Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap kesalahan dan diteruskan sehingga punca pembiakan dihapuskan.
*  *  *  *  *

Itulah info berkenaan dengan demam denggi. Terima kasih kerana sudi memba entri ini :D

'Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati'

'Tiada Aedes, Tiada Denggi'

BERSAMA KITA MEMBANTERAS NYAMUK AEDES ! ! !

No comments: