Friday, 28 January 2011

0 Fuyooo.... Apa itu?

Assalamualaikum kawan-kawan :D

Lama sudah tidak updated entri. Apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja. Mari senyum ^___^

Saya tiada masa nak updated blog. Banyak sangat kerja sekolah.  Kerja Add Math. Kerja Physics. Kerja Biology. Kerja Chemistry.

Memang banyak T____T

Ada sesiapa nak tolong siapkan kerja sekolah saya?

Ok. Oleh kerana saya sudah lama tidak updated entri. Hari ini saya mahu taip entri pasal persekolahan saya. Mesti best! 

Mahu dengar ke tidak?

Banyak sangat cerita pasal persekolahan ini. Saya ambil separuh sahajalah.

Saya masuk kelas sains. 4 Sains 1. Cikgu selalu beritahu bahawa kelas 4 Sains 1 memang banyak kerja sekolah. Lepas satu, satu kerja sekolah landing dalam buku latihan. Sekarang ini ada lapan kerja sekolah yang bertangguh :D Jangan ikut sikap saya ini!

Ini nak cerita pula pasal subjeknya. Subjeknya memang best. Ada 10 subjek. Subjek yang paling top : Semua subjek.

Mula-mula tengok Add Math : Banyak unknown x dan y. f : x---> ..... 

Jenguk Biology : Sila tengok struktur sel. Lysosomes, Golgi Apparatus, Rhibosomes... *Abaikan kesalahan ejaan. Ianya ditaip secara spontan :D *

Physics pula : Graph and graph

Chemistry : Bromine, Calcium, Neutron, Proton, Electron

Sejarah oh Sejarah : Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus...

Prinsip Akaun : Sejarah perakaunan, Luca Pacioli ( Bapa Perakaunan)

Semuanya best. Kalau belajar Biology, dapat tahu sel dengan lebih mendalam. Kalau Prinsip Akaun, dapat tahu pasal akauntan :D

Itulah sepintas lalu pasal persekolahan saya. Memang best belajar dalam kelas sains. Cuma kena rajinlah sikit. Sebab itulah tajuk entri ini pun FUYOOO....

Apa maksud Fuyooo ya?


-  -  -  -  -  -  -  -


Saya baru sahaja masukkan Nuffnang di dalam blog saya. Jadi saya harap, kawan-kawan ringankanlah tangan untuk klik button Nuffnang ini. Button yang berwarna biru itu. Kalau rajin, jangan lupa jawab kuiz dalam kotak hijau itu ya?




Jangan lupa klik!


Sebelum saya mengundurkan diri saya, macam mana dengan perubahan dalam blog ini? Comel kan?



Cukup di sini sahaja. Babai.... Sudah habis baca entri ini, klik button Nuffnang :D Jasa klik anda amat dihargai ^___^

*Klik ya! *

Friday, 14 January 2011

0 Aiman Kembali ^___^

Assalamualaikum buat kawan-kawan, ibu-ibu dan bapa-bapa di luar skrin komputer.... *Apa yang aku sedang merapu*

Apa khabar? Rindu saya tak :P

Hari ini, saya curi-curi masa untuk edit blog dan menambah entri baru. Bersemangat sangat untuk menaip entri baru sebab baru lepas demam reda. Baru sahaja taip entri pasal demam denggi. Tup! Tup! Terus demam T____T. Namun, Alhamdulillah... Demam cepat juga reda ^___^ Bye2x Demam. Main jauh-jauh :P

Hari ini mahu cerita apa ya?

Okay. Hari ini dan sebelumnya serta kehadapannya. Sudah termaktub di dalam kitab kedatangan sekolah Tahun 2011, saya telah ter-tidak pergi ke sekolah selama 2 hari. Bangga kan? Atau pun terharu :(

Cukuplah sekadar saya tidak beritahu sebab saya tidak pergi sekolah. Takut ada yang bergosip (Perasan).

Hari ini, saya mahu tanya satu soalan dengan kawan-kawan.
  1. Macam mana dengan sekolah? Best tak?
Jawab! Jangan Tidak jawab!

Entri ini sahaja untuk hari ini. Semoga bertemu kembali. Sedih sangat nak tinggalkan blog ini T____T *Sedang berdrama*



p/s : Masih lagi tiada idea untuk taip panjang-panjang. Kemanakah kau wahai idea?


Saturday, 8 January 2011

0 Demam Denggi T____T

Assalamualaikum buat pembaca-pembaca entri ini :D

Hari ini saya mahu menaip entri berkenaan dengan demam denggi. Sudah sedia maklum bahawa demam denggi boleh membawa maut. Jadi marilah kita bersama-sama membanteras demam denggi ini. Chewwah :D

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa saya menaip entri ini? Adakah saya terkena demam denggi?

~Kata Aiman : Minta-minta dijauhkan dari penyakit demam denggi ini. Amin.....

Saya bersemangat untuk menaip entri bukan disebabkan saya terkena demam denggi. Tidak!!! Saya bersemangat menaip entri ini sekadar bagi berkongsi info yang baru saya terima berkenaan dengan demam denggi. Mahu share :D


Inilah Nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes Yang Sedang Berehat-Rehat Di Sini :D

Info ini merupakan info yang sebenar. Jadi jangan pandai-pandai nak mendakwa info ini adalah TIPU...

Bismillahirrahmanirrahim...

APA ITU DEMAM DENGGI?

  • Demam ini disebabkan oleh virus Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
  • Demam ini amat berbahaya kerana tiada ubat untuk merawatnya. Ia boleh membawa maut.
  • Orang yang sihat juga boleh terkena Demam Denggi melalui gigitan nyamuk Aedes.
  • Cara yang berkesan untuk mengawalnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
TANDA-TANDA DEMAM DENGGI ?

  • Demam kuat mengejut.
  • Demam yang berlarutan.
  • Sakit kepala.
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
  • Ruam merah di kulit.
  • Pendarahan pada bawah kulit, hidung dan gusi.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami muntah dan sakit perut.
KENALI NYAMUK AEDES.

  • Nyamuk Aedes senang dikenali melalui belang hitam di badan dan kakinya.
  • Ia biasanya menggigit mangsa pada waktu awal pagi dan senja.
  • Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jenih sama ada di dalam atau di luar rumah.
  • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.



TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI LUAR RUMAH.

  • Bekas air minuman burung atau binatang ternakan.
  • Tin-tin dan botol.
  • Saluran air hujan.
  • Kolam ikan terbiar.
  • Tempurung kelapa.
  • Tayar terpakai.
  • Pasu bunga.
  • Bekas plastik.

Gambar Hiasan...

TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI DALAM RUMAH.

  • Tangki pam tandas.
  • Tempat simpanan air.
  • Pasu bunga perhiasan.
  • Perangkap semut.
  • Takungan air peti sejuk.
TINDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN DALAM PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.

  • Tutup semua bekas penyimpanan air.
  • Tukar air di dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buang takungan air dalam penggalas pasu bunga.
  • Pastikan saluran air hujan tidak tersumbat.
  • Tanam atau masukkan semua bahan buangan yang boleh menakung air ke dalam beg plastik dan buang di tempat yang disediakan.
  • Pastikan tayar-tayar terpakai tidak menakung air atau dimusnahkan.
  • Gunakan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate 1% (1 sudu + 10gm bagi 20 gelen air) ke dalam bekas simpanan air tiap-tiap 3 bulan sekali.
  • Tidur di dalam kelambu.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa dengan melakukan semburan aerosol.
  • Memasang jaring perangkap nyamuk pada jendela rumah.
AKTA PEMUSNAH SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 (PINDAAN 2000)

Kompaun Serta-Merta Tidak Melebihi RM500.00...

Jika gagal membayar kompaun anda boleh didenda di mahkamah.

Kesalahan Pertama :-
  • Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan Kedua :-
  • Denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Denda Harian :-
  • Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap kesalahan dan diteruskan sehingga punca pembiakan dihapuskan.
*  *  *  *  *

Itulah info berkenaan dengan demam denggi. Terima kasih kerana sudi memba entri ini :D

'Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati'

'Tiada Aedes, Tiada Denggi'

BERSAMA KITA MEMBANTERAS NYAMUK AEDES ! ! !

Friday, 7 January 2011

1 Ingin Menaip Apa Di Sini?

Assalamualaikum...

Apa yang saya ingin taipkan di sini?

-----
----
----
----
---

Tidak ada idea :(

Entri yang agak merapu >_<

Tuesday, 4 January 2011

1 Entri Pertama Pada Tahun 2011...

Bismillahirrahmanirrahim....

Ini entri pertama bagi Tahun 2011. Harap sudi membacanya. Chewwahhh.... ^__^

Hari ini sudah masuk 4/1/2011. Selamat bersekolah buat sesiapa yang bersekolah dan buat diri saya sendiri :D Lama tidak buat entri baru. Tarikh akhir entri yang lepas pun 31/12/2010. Lama juga saya tinggalkan blog ini. *Muka sedih*

Okay. Hari ini saya sudah selamat mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 4 bagi Tahun 2011. Bukan hari ini tetapi 3/1/2011.

Teruskan Wahai Aiman...

Saya masih lagi meneruskan sesi persekolahan bagi Tahun 2011 ini di sekolah lama saya. Hari ini dan semalam telah bermulanya sesi oreantasi. Maka disinilah bermulanya tugas bagi seorang pelajar seperti saya. Perlu bangun awal pada waktu pagi bagi mempersiapkan diri ke sekolah.  *Muka meraih simpati :D*

Oreantasi ini akan diadakan selama .... (tidak diketahui tarikhnya.) Dalam program oreantasi ini, cikgu ada bagi sedikit penerangan berkenaan dengan pakej untuk ke tingkatan 4. Nak masuk kelas sains. Apa pakejnya? Kelas sastera pula. Apa pakejnya?

Pakej untuk ke tingkatan 4 bagi kelas sains 1 dan 2 lebih kurang sama sahaja.


  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik moden
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Prinsip Akaun (4 Sains 1)
  • Lukisan Kejuruteraan (4 Sains 2)
Pakej untuk ke tingkatan 4 bagi kelas sains 3 tidak disalin :D Harap-harap berjayalah saya mendaftarkan diri bagi kelas 4 Sains 1. Amin...

Banyak juga mata pelajaran yang perlu diambil jika mahu masuk kelas 4 Sains 1. Ada 10 yang perlu diambil. Entri pendek untuk permulaan Tahun 2011. 

Okay. Sila lemparkan senyuman manis anda di sini. Smile ^___^ Bye-bye.


Selamat Melangkahkan Kaki Ke Tingkatan 4, Aiman. 

^___^