Sunday, 17 April 2011

0 3 Hari Perkhemahan Di Kem Etnobotani

Assalamualaikum kawan-kawan....

Setelah berhari-harian tidak bertemu, kali ini kita bertemu kembali. Hari ini saya menaip entri dengan penuh semangat biarpun keletihan ditambah dengan demam. Hari ini saya mahu mengepilkan isi demi isi berkenaan dengan tajuk di atas.

Selama 3 hari 2 malam, saya berada di Kem Etnobotani. Mari mendengar cerita dari saya. Semoga terhibur ^___^


Bermulalah Al-Kisah.....

Kami bertolak ke sana dengan menaiki trak Jabatan Pertahanan Awam. Siapa kenal trak JPA ini, angkat tangan??

Banyak aktiviti di sana. Rugi buat sesiapa yang tidak pergi. Best! Memang Best!!!
  1. Tidur atas jalan tar yang empuk.
  2. Masuk hutan
  3. Masuk dalam gua yang sangat gelap sambil main lumpur. TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA LAMPU SULUH
  4. Jalan seorang diri dalam hutan. Like this activity 2x. TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA LAMPU SULUH
  5. Rock Climbing
  6. Flying Fox
  7. Kalau Berpacaran
Itulah antara aktiviti yang kami lalui di sana. Seharian kami tidak dapat tidur. Kalau tidur, cuma 20 minit. Itu pun kena bersedia. Tidur dengan kasut. Memang tidak selesa langsung. Ditambah pula, dalam khemah ada pasir.

Satu hari tu, jurulatih kami menyuruh kami untuk tidur atas jalan tar. Hari pertama memang kami tak nak. Tapi, bila tiba hari kedua, semua berebut nak tidur atas jalan tar. Maklumlah, jalan tar lebih empuk dari tilam. Ada yang tidur sambil berdengkur.... Itulah pengalaman yang paling best. Hahaha :)

Setakat ini sahaja entri saya. Jari sudah tidak larat untuk menaip lagi... Bye Bye

Last but not least, Tahniah buat skuad PBSM. Congrats!!!

No comments: