Tuesday 4 January 2011

1 Entri Pertama Pada Tahun 2011...

Bismillahirrahmanirrahim....

Ini entri pertama bagi Tahun 2011. Harap sudi membacanya. Chewwahhh.... ^__^

Hari ini sudah masuk 4/1/2011. Selamat bersekolah buat sesiapa yang bersekolah dan buat diri saya sendiri :D Lama tidak buat entri baru. Tarikh akhir entri yang lepas pun 31/12/2010. Lama juga saya tinggalkan blog ini. *Muka sedih*

Okay. Hari ini saya sudah selamat mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 4 bagi Tahun 2011. Bukan hari ini tetapi 3/1/2011.

Teruskan Wahai Aiman...

Saya masih lagi meneruskan sesi persekolahan bagi Tahun 2011 ini di sekolah lama saya. Hari ini dan semalam telah bermulanya sesi oreantasi. Maka disinilah bermulanya tugas bagi seorang pelajar seperti saya. Perlu bangun awal pada waktu pagi bagi mempersiapkan diri ke sekolah.  *Muka meraih simpati :D*

Oreantasi ini akan diadakan selama .... (tidak diketahui tarikhnya.) Dalam program oreantasi ini, cikgu ada bagi sedikit penerangan berkenaan dengan pakej untuk ke tingkatan 4. Nak masuk kelas sains. Apa pakejnya? Kelas sastera pula. Apa pakejnya?

Pakej untuk ke tingkatan 4 bagi kelas sains 1 dan 2 lebih kurang sama sahaja.


  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik moden
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Prinsip Akaun (4 Sains 1)
  • Lukisan Kejuruteraan (4 Sains 2)
Pakej untuk ke tingkatan 4 bagi kelas sains 3 tidak disalin :D Harap-harap berjayalah saya mendaftarkan diri bagi kelas 4 Sains 1. Amin...

Banyak juga mata pelajaran yang perlu diambil jika mahu masuk kelas 4 Sains 1. Ada 10 yang perlu diambil. Entri pendek untuk permulaan Tahun 2011. 

Okay. Sila lemparkan senyuman manis anda di sini. Smile ^___^ Bye-bye.


Selamat Melangkahkan Kaki Ke Tingkatan 4, Aiman. 

^___^

1 comment:

Sindarella said...

congratee !

psstt..form 4 susa taww..
ta mcm pmr g dahh..kne sedia mental lebih..muahaha~

ingatan tulus ikhlas drp kak seniorr.. ;p
akak pun straight a's gak dulu..
tapi tuu dah jdi sej..HAHA !